Dewan Rakyat 21 Mac 2011: Pertanyaan MP Pakatan Rakyat (2)

Dewan Rakyat 21 Mac 2011 – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan


Soalan tambahan YB PAS Pokok Sena kepada soalan asal No. 7. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dalam membantu mangsa banjir di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang pada bulan Februari yang lalu. [ Soalan Tambahan : BN Sri Gading, PAS Pokok Sena ]


Soalan tambahan kepada soalan asal No. 8. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan konsep pendidikan percuma yang pernah dimaklumkan sebelum ini tetapi telah menimbulkan kekeliruan terhadap ibu bapa yang masih membayar yuran persekolahan serta nyatakan perbelanjaan untuk memastikan pendidikan percuma berjaya dilaksanakan. [ Soalan Tambahan : PKR Balik Pulau, BN Jempol ]


Soalan tambahan MP PKR Machang kepada soalan asal No. 9. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula dan menurunkan kadar cukai pendapatan individu dan perniagaan akibat peningkatan kos hidup di negara ini. [Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, PKR Machang ]


Soalan tambahan kepada soalan asal No. 10. Dato’ Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan dalam Komitmen Malaysia (Kerajaan Pusat) untuk mengamalkan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management) apakah kerjasama yang disumbangkan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri untuk melaksanakan komitmen ini. Sebagai balasan apakah sumbangan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri untuk menjayakan komitmen ini. [ Soalan Tambahan : PKR Merbok, BN Pasir Salak ]


Soalan tambahan kepada soalan asal No. 12. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk memansuhkan plaza tol PJS 2 di New Pantai Ekspres Highway (NPE) supaya selari dengan slogan rakyat didahulukan dan yang selama ini dituntut oleh semua penduduk di Taman Medan dan Taman Dato’ Harun. [ Soalan Tambahan : PKR Petaling Jaya Selatan ]

About these ads

Satu Respons

  1. […] Dewan Rakyat 21 Mac 2011 – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan Soalan tambahan YB PAS Pokok Sena kepada soalan asal No. 7. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dalam membantu mangsa banjir di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang pada […] Ahli Parlimen PAS […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers