Dewan Rakyat 31 Okt 2011: Panas!! Umno ada buat Mou dengan Parti Komunis China

Dewan Rakyat 31 Oktober 2011 – Sesi Pertanyaan bagi jawab lisan

10. Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-
(a) apakah kesan positif dari hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara Komunis; dan
(b) nyatakan jumlah dan nama negara-negara Komunis yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Soaalan lain MP PAS
2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah pemaju yang gagal membentuk Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam tempoh yang diperuntukkan undang-undang dan apakah tindakan undang-undang yang telah diambil terhadap mereka.

4. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap mereka yang dikategorikan sebagai golongan ‘expatriate’ yang masih bekerja di luar negara. Nyatakan berapakah jumlah yang masih berada di luar negara dan jumlah mereka yang telah berjaya dibawa pulang ke tanah air untuk meneruskan kerjaya mereka di negara ini.

5. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd atau Rapid KL bagi menambah baik operasi perkhidmatan basnya dari aspek kelewatan, kurang kerap di banyak laluan, keselesaan pengguna seperti bas yang tanpa penghawa dingin di samping isu keselamatan penumpang yang ada kalanya diabaikan.

Soalan tambahan MP PKR Indera Mahkota

6. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada benar statistik kenaikan pangkat unit beruniform JPJ Sabah dari gred 27 kepada gred 32 tidak memberi keutamaan kepada mereka yang berasal dari Sabah walaupun mereka jauh lebih layak. Sekiranya benar, kenapa berlaku demikian.

8. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan terkini tentang prestasi pelbagai GLCs yang telah pun mengalami program transformasi dan khususnya apakah faktor-faktor kekangan yang masih memerangkap pelbagai GLCs yang sehingga kini gagal di baik pulih atau di ‘turn-around’kan.

About these ads

Satu Respons

  1. apa logiknya kita menghalang hubungan yang dapat memberi faedah dari segi ekonomi.. ? Saya masih muda dan tak tahu..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers