Rang Undang2 Yang dibahas pada Mesyuarat pada 24 Sept – 29 Nov 2012

Hari ni 29 Nov 2012 adalah hari terakhir sidang Dewan Rakyat ke 12 Parlimen ke 12. Ucapan akhir Speaker, KLIK DI SINI, minit ke 14. Dan Ucapan oleh YB Dr Mohd Hatta Ramli mewakili Pembangkang.

Rang Undang-Undang Yang dibahas dan diluluskan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen ke 12 pada 24 September hingga 29 November 2012

1. (D.R. 30/2012) Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 [ Menteri Kesihatan ]

2. (D.R. 33/2012) Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]

3. ((D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 .

4.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012  [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

6.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ]

7. (D.R. 36/2012) Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja  (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Manusia ]

8. (D.R. 37/2012) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2012 [ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 40/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 [ Menteri Kewangan ]

10. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ]

11. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

12. (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]

13. (D.R. 43/2012) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan)2012 [ Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan ]

14. (D.R. 42/2012) Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

15.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.59 dan ST.60 tahun 2012 disahkan.”

16.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 6, Akta Eksais 1976 supaya PerintahPerintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.96 dan ST. 97 tahun 2012 disahkan.”

17.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 15, Akta Cukai Jualan 1972, Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.98 dan ST. 99 tahun 2012 disahkan.”

MP PAS Kota Bharu: Kerajaan jamin Jambatan Sultan Yahya Petra Ke2 siap Februari – Ogos 2013

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB DATO HAJI WAN ABD RAHIM BIN WAN ABDULLAH [KOTA BHARU]
TARIKH : 18.10.2012 (KHAMIS)

SOALAN 41 : Minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tarikh sebenar Jambatan Ke-2 Sultan Yahya Petra Kota Bharu dicadangkan di buka untuk pengguna-pengguna jalanraya.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan penjadualan semula sehingga 31 septembert 2012, kemajuan keseluruhan fizikal projek membina Jambatan Ke-2 Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan ialah 90%.

Berdasarkan kontrak semasa, projek ini sepatutnya disiapkan pada 30 ogos 2012 yang lalu. Walau bagaimanapun pelaksanaan projek ini telah mengalami kelewatan akibat daripada masalah teknikal iaitu melibatkan skop penanaman cerucuk di dasar Sungai Kelantan.

Sehubungan itu, pada masa kini pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mempertimbangkan Tempoh Lanjutan Masa (EOT) menerusi Perjanjian Kontrak Tambahan kepada pihak kontraktor. Oleh itu berdasarkan perancangan semula JKR projek membina Jambatan ke-2 sultan Petra ini dijangka memerlukan tempoh masa setahun lagi untuk disiapkan iaitu pada bulan ogos 2013.

Walau bagaimana pun untuk mengurangkan kesesakan trafik di laluan tersebut, JKR akan melaksanakan pembukaan secara berperingkat-peringkat melibatkan laluan dari Kota Bharu ke Pasir Pejan selewat-lewatnya pada bulan Februari 2013 ini.
Sekian terima kasih.

MP PAS Sik: Tugas Guru bertambah dengan beban SAPS, APDM dan E-Kehadiran

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN HAJI CHE UDA BIN CHE NIK [SIK]
TARIKH : 18.10.2012(RABU)

SOALAN 38 : Minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pengenalan SAPS, APDM dan E-Kehadiran mengambil masa yang banyak, tugas pengajaran dan pembelajaran guru terabai. Apakah langkah kementerian untuk mengatasi perkara ini.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pengisian data ke dalam semua sistem aplikasi seperti SAPS, APDM dan E-Kehadiran merupakan inovasi serta tranformasi kaedah bekerja pada masa ini.vSemua penjawat awam termasuk guru digalakkan untuk membudayakan kurang kertas.

Walaubagaimanapun, Kementerian Pelajaran Malaysia (PM) menyedari sokongan daripada segi infrastruktur yang disediakan adalah tidak berpadanan dengan keperluan sedia ada. Sehubungan itu, KPM menyarankan supaya pengisian data yang juga fungsi utama guru bagi menilai prestasi murid boleh dilakukan dalam waktu-waktu lain selain waktu berada di sekolah.

Untuk makluman, Sistem ini boleh diakses daripada mana-mana sahaja. Selain itu, Pihak KPM juga sedang menaiktaraf talian INTERNET kepada kelajuan yang lebih tinggi bagi mengatasi masalah ini. Pengisian data yang tepat dan pantas adalah amat diperlukan dalam memastikan perancangan pendidikan yang berkesan dalam melahirkan modal insan yang diperlukan negara.

Penggunaan E-Kehadiran pula adalah inisiatif negeri-negeri tertentu bagi mendapatkan maklumat terkini kehadiran murid di sekolah.Keberkesanan pelaksanaannya masih dikaji di peringkat KPM dengan mengambilkira beban tugas yang dihadapi oleh guru.

MP PAS Kubang Kerian: Nasib Penduduk berdepan dengan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan minyak dan Petrokimia (RAPID)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [KUBANG KERIAN]
TARIKH : 18.10.2012 (RABU)

SOALAN 36 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana dibuat kajian terhadap nasib dan mata pencarian penduduk selepas diambil tanah mereka serta dipisahkan dari sumber pendapatan mereka untuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan minyak dan Petrokimia (RAPID) petronas di Pengerang dan sejauh manakah kajian terhadap pencemaran alam sekitar akibat projek itu.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Nasib penduduk pengerang yang terlibat dalam program pengambilan tanah dan penempatan semula terus di bela oleh pihak kerajaan.Kajian telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan pihak pelabur iaitu PETRONAS dan DIALOG bagi menentukan jumlah penduduk yang terlibat, pecahan kaum jantina, pekerjaan, jumlah isi rumah dan lain-lain.

Melalui kajian ini, satu program penempatan semula telah dirangka atas prinsip para penduduk yang terlibat mendapat manfaat lebih besar dan kehidupan lebih baik berbanding keadaan asal sebelum pengambilan balik tanah.

Kajian terperinci kesan alam sekitar telah dilakukan oleh pihak PETRONAS bagi projek RAPID dan DIALOG untuk projek terminal laut dalam atau pengerang independent Deepwater Petroleum Terminal (PIDPT). Kedua-dua kajian ini diluluskan oleh jabatan alam sekitar pada 4 april 2011 untuk projek DIALOG dan 27 Ogos 2012 untuk projek RAPID.

Jabatan Alam Sekitar Malaysia mempunyai syarat-syarat yang ketat bagi dipenuhi oleh pihak pemaju projek sebekum sesebuah projek industri dilaksanakan. Segala aspek alam sekitar telahpun diambil kira di dalam kajian EIA untuk kedua-dua projek ini.

Untuk makluman dewan, segala aktiviti di Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) yang menetapkan projek RAPID PETRONAS dan PIDPT DIALOG adalah aktiviti industri yang telah sekian lama dijalankan di malaysia seperti Kertih Terengganu, Sungai Udang Melaka, dan Gebeng Pahang. Sepanjang operasi perkilangan dan industri penapisan minyak dan petrokimia di tempat yang telah disebutkan tadi,tiada rekod kes pencemaran alam sekitar yang dilaporkan.

Untuk makluman dewan juga tiada sebarang aktiviti di PIPC akan melibatkan pemprosesan atau penghasilan sisa radioaktif.

MP PAS Baling: Syarikat Bumiputera sukar bersaing di pasaran terbuka?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DATO TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB [BALING]
TARIKH : 18.10.2012 (RABU)

SOALAN 24 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kerajaan sedar Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) begitu sukar mendapat tempat di pasaran terbuka disebabkan persaingan sengit dengan pelabur-pelabur luar jika sedar, apakah langkah-langkah yang diambil.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan sedar bahawa masih terdapat ketidakseimbangan dalam pegangan ekuiti korporat, pemilikan aset ekonomi dan tahap pendapatan masyarakat Bumiputera sehingga kini. Justeru Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) telah ditubuhkan dan berperanan sebagai sekretariat bagi menerajui, menyelaras dan memacu penyertaan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai bidang inisiatif baru dan sedia ada. Bagi tujuan ini, hala tuju transformasi ekonomi bumiputera telah diperkenalkan dengan memnggariskan langkah dan tindakan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi lebih seimbang.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan bagi pembangunan usahawan Bumiputera, Program syarikat Bumiputera berprestasi tinggi (TERAS) telah diperkenalkan. Syarikat-syarikat yang dikenalpasti mempunyai potensi tinggi akan dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi, sehingga ke peringkat antarabangsa.

Kerajaan turut sedar persaingan di arena perniagaan dari dalam dan luar negara amatlah sengit terutamanya dikalangan usahawan Bumiputera.Justeru Kerajaan sedang dan akan mengatur langkah untuk mempertingkatkan keupayaan dan daya saing usahawan-usahawan syarikat di bawah Program TERAS.

Ke arah ini, badan-badan Kerajaan (IDO) seperti SIRIM,MDEC,CIDB dan juga EDO seperti SME corp,PUNB dan MARA ditugaskan untuk membangunkan usahawan-usahawan Bumiputera.Dengan ini,harapan Kerajaan adalah supaya syarikat-syarikat TERAS bukan sahaja boleh berdaya saing dalam negara malahan dapat menerusi pasaran antarabangsa.

Ketua Pembangkang: Penggunaan Pukat Tunda jejas Nelayan Pantai

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM [PERMATANG PAUH]
TARIKH : 17.10.2012 (RABU)

SOALAN 32 : Minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh mana pemantauan terhadap gejala penggunaan pukat tunda di kawasan persisiran pantai Malaysia dan tindakan tegas berhubung dengan penggunaan pukat tunda ini yang menyebabkan kekurangan sumber perikanan dan kesannya terhadap kehidupan nelayan pantai yang semakin meruncing.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini aktiviti penguatkuasaan di laut dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang boleh menjalankan penangkapan bagi kesalahan-kesalahan di bawah akta perikanan 1985. Walau bagaimanapun pihak jabatan perikanan Malaysia masih membuat pemantauan yang berterusan terhadap vesel-vesel pukat tunda melalui beberapa kaedah, antaranya dengan menjalankan pemeriksaan rambang secara berterusan di samping pemeriksaan tahunan untuk pembaharuan lesen vessel dan perkakas ikan. Sehingga bulan ogos 2012, sejumlah 12,420 buah vessel penangkapan ikan di seluruh negara telah diperiksa di pengkalan.

Pada tahun ini, sebanyak 363 tangkapan telah direkodkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta perikanan 1985 dan daripada jumlah tersebut 191 kes adalah melibatkan vesel pukat tunda. Jumlah tangkapan pada tahun 2011 pula adalah sebanyak 609 kes di mana 347 melibatkan pukat tunda. Bermula bulan Februari 2012, vesel pukat tunda yang menceroboh zon A dikenakan tindakan selain menggantungkan lesen selama 3 hingga 6 bulan juga telah diperkenalkan selain kompaun. Sehingga kini, sebanyak 9 buah vesel telah dikenakan tindakan.

MP PAS Shah Alam: Kerajaan belum bersedia laksana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN KHALID BIN ABD SAMAD [SHAH ALAM]
TARIKH : 17.10.2012 (RABU)

SOALAN 29 : Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada pihak kementerian mempunyai rancangan untuk melaksanakan GST tahun depan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman yang berhormat, kerajaan belum lagi menetapkan tarikh sebenar untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan GST. Apa yang dilakukan sekarang adalah menjalankan kajian bagi memastikan pelaksanaannya dapat dibuat dengan teratur dan tidak memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Selain itu, Kerajaan juga memberi masa yang secukupnya kepada semua pihak untuk membuat persediaan yang sewajarnya. Program penerangan, pendidikan dan proses rundingan secara inklusif yang sedang digerakkan juga akan diteruskan dan di perluas ke seluruh negara.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers