MP PAS Kuala Selangor: Isu Kontrak pembelian Tenaga PPA, IPP dan TNB

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA YB. DR HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD [ KUALA SELANGOR ]
TARIKH: 29.10.2012

NO. SOALAN: 28 Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan komitmen beliau, setelah menerima system tender terbuka sebagai kaedah terbaik untuk mendapatkan ‘value-for –money’ berbanding “direct-nego”, untuk menjamin ketelusan atau ‘ transparency’ dalam sIstem ‘open tender’ khasnya dalam permberian kontrak oleh Suruhanjaya Tenaga (EC) terdekat ini, serta kesediaan membuat penjelasan dan sebab-sebab dalam pemberian kontrak di Prai dan lanjutan kontrak pembelian tenaga PPA dari IPP dengan Tenaga Nasional Berhad.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua, Untuk Maklumat Ahli Yang Berhormat,

1. Kerajaan telah membuat keputusan untuk mengambil pendekatan least-cost, dengan izin ke atas sistem bekalan elektrik di mana sebarang pembinaan bagi stesen jana kuasa baru mahupun penyambungan tempoh operasi mana-mana stesen jana kuasa sedia ada dilaksanakan melalui proses pembidaan kompetitif seperti mana yang sedang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga pada waktu ini untuk memenuhi unjuran permintaan bekalan elektrik di Semenanjung.

2 Bagi memastikan ketelusan proses bidaan tersebut, Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga telah meletakkan beberapa syarat-syarat teknikal dan kewangan yang perlu dipatuhi oleh pembida. Ini bermakna proses pembidaan tersebut adalah telus ke atas semua pembida dan seterusnya menggalakkan level playing field, dengan izin.

3 Selain itu, Kerajaan telah menyediakan satu templat Power Purchase Agreement (PPA), dengan izi, bagi kesemua Independent Power Producer (IPP) di mana IPP yang Berjaya memenangi bidaan tersebut perlu menandatangani PPA baru tersebut yang lebih adil kepada semua pihak

Tuan Yang Dipertua,

4. Pelaksanaan bidaan kompetitif bagi pembinaan stesen jana kuasa di Prai adalah bagi memastikan bekalan elektrik di Semenajung adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan permintaan pada masa akan datang. Stesen jana kuasa ini dijangka akan siap menjelang tahun 2016 di mana rizab simpanan (reserve mairgin) pada tahun tersebut dijangka dapat dikekalkan pada paras sekitar 18% hingga 21%, bergantung pada permintaan puncak. Sekiranya stesen ini tidak dibina, reserve margin dengan izin pada masa tersebut dijangka akan menurun ke paras di bawah 15% dan ini akan membahayakan sistem pembekalan eletrik Negara.

5. Kementerian saya dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan MyPower Corporation telah menyediakan satu garis panduan kepada IPP Generasi pra-syarat kepada yang berminat untuk menyertai pembidaan secara kompetitif bagi penyambung semula PPA sedia ada. Pra-syarat tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Kadar Capacity Payment yang merangkumi Fixed Operating Rate (FOR) dan Capacity Rate Financial (CRF) perlu diturunkan sekurang-kurangnya RM 3/kw;

(ii) Energy Payment yang merangkumi kos bahan api dan Variable Operating Rate (VOR) perlu dikurangkan;

(iii) Tempoh pengurangan pembayaran kapasiti bermula 48 bulan sebelum tamat tempoh PPA sedia ada;

(iv) IPP perlu menandatangani PPA baru yang menggunakan format yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga di mana format baru PPA ini adalah lebih adil kepada semua pihak;

(v) Tempoh penyambungan PPA hanya dihadkan kepada maksimum 10 tahun daripada tempoh tamatnya perjanjian pembelian kuasa sedia ada, bergantung kepada kadar pengurangan dan keperluan kapasiti tersebut; dan

(vi) Kadar pulangan Internal Rate of Retun (IRR) dihadkan kepada 8.5%.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers