MP PAS Kini

Ahli Parlimen PAS sesi 2008-2012

7 April 2009 – Keputusan rasmi, calon PAS, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

Dato' Seri Mohd Nizar menang dengan majoriti 2789 undi

Dato' Seri Mohd Nizar menang dengan majoriti 2789 undi

Keputusan tidak rasmi jam 9.20 malam, calon PAS, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan undi (21,860), mengalahkan BN (19,071) dan Bebas (62). Majoriti – 2,789 (majoriti dalam pilihan raya 2008 – 1,566).

Wahid Endut diisytiharkan menang  pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu

Wahid Endut diisytiharkan menang pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu

Ahli Parlimen PAS bertambah seorang lagi menjadikan jumlah kesemuanya 23 orang apabila Mohd Abdul Wahid Endut berjaya menewaksan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Beliau menang dengan majoriti 2,631 undi.

Dalam keputusan yang diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Wan Mustafa Wan Hassan, Mohd. Abdul Wahid memperoleh 32,883 undi, Wan Ahmad Farid memperoleh 30,252 undi manakala Azharudin Mamat hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan. Penamaan calon diadakan pada 6 Januari dan pengundian pada 17 Januari 2009.

Pada Pilihanraya ke 12, PAS menang di 23 kawasan Parlimen daripada 66 kawasan. Sembilan di Kelantan, Satu di Terengganu, Dua di Perak, Satu di Wilayah Persekutu Kuala Lumpur, Enam di Kedah dan Empat di Selangor.

1. Dato Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menang di Marang mengalahkan Calon BN, Ahmad Ramzi bin Mohamad dengan majoriti 2,747. Tuan Guru Abdul Hadi memperolehi 33,435 undi manakala Ahmad Ramzi memperolehi 30,688 undi.

2. Haji Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS menang di Bachok mengalahkan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek Hussin dengan majoriti 2901 undi. Ustaz Nasharudin memperolehi 28,835 undi manakala Dr Awang Adek memperoleh 25,934 undi.

3. Dato’ Kamarudin Jaffar, Setiausaha Agung PAS, menang buat penggal ketiga di Tumpat mengalahkan Calon BN, Dr Asyraf Wajdi bin Dusuki dengan majoriti 9,377. Dato’ Kamarudin memperoleh 36,714 undi manakala Asyrah memperoleh 27,337 undi.

4. Salahuddin Haji Ayub, Ketua Dewan pemuda PAS Pusat menewaskan pencabarnya dari BN, Abdul Ghani bin Mamat dengan majoriti 10,642 undi. Salahuddin memperoleh 27,179 undi manakala Abdul Ghani memperoleh 16,537 undi.

5. Mahfuz Haji Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat juga turut menang di Pokok Sena menewaskan Calon BN, Abdul Rahman Ibrahim dengan majoriti 5731 undi. Mahfuz memperolehi 29,687 undi manakala Abdul Rahman memperolehi 23,956 undi.

6. Dr Mohd Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS Pusat beralih angin ke Kuala Krai, Kelantan menewaskan Calon BN Che Musa bin Che Omar dengan majoriti 4,984 undi. Dr Hatta memperolehi 23,562 undi manakala Che Musa memperolehi 18,578 undi.

7. Dato Ab Halim bin Ab Rahman turut mengekalkan kerusinya buat kali kedua di Pengkalan Chepa apabila menewaskan calon BN, Rahim Mohd Zain dengan majoriti 11,311 undi apabila Dato’ Abdul Halim memperolehi 26,763 undi manakala Rahim memperolehi 15,452 undi.

8. Dr Dzulkifli Ahmad selaku Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat juga turut menang di Parlimen Kuala Selangor apabila mnewaskan Calon BN, Jahaya bin Ibrahim dengan majoriti 862 undi. Dr Dzulkifli memerolehi 18,796 undi manakala Jahaya memperolehi 17,934 undi.

9. Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali pula berjaya menewaskan Calon BN di Titiwangsa, Datuk Aziz Jamaludin bin Haji Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi. Dr Lo’ Lo’ memperolehi 17,857 undi manakala Datuk Aziz memperolehi 15,885 undi.

10. Dr Hjh Siti Mariah bt Mahmud juga turut menang di Kota Raja, Selangor apabila menewaskan S.Vigneswaran a/l M.Sanasee dengan majiriti 20, 751 undi. Dr Siti Mariah Merolehi 38,630 undi manakala S.Vigneswaran memperolehi 17,879 undi.

11. Mujahid Haji Yusof Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat menang di Parit Buntar Perak apabila menewaskan Abdul Rahman Suliman dengan majoriti 7,551 undi. Mujahid memperolehi 21,221 undi manakala Abdul Rahman 13,670 undi.

12. Siti Zailah bt Mohd Yusuf, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan menang di Rantau Panjang Kelantan menewaskan Calon BN, Mohd Afandi bin Yusof dan calon Bebas Isma Airfath bin Hassanuddin dengan majoriti 4,486 undi. Siti Zailah memperolehi 19,344 undi, CAlon BN memperolehi 14,858 undi manakala calon Bebas hilang deposit memperolehi 330 undi.

13. Dr Mohd Hayati bin Othman menang di Pendang buat kali kedua apabila menewaskan Calon BN, Md Rozai bin Shafian dengan majoriti 4,073 undi. Dr Mohd Hayati memperolehi 27,311 undi manakala Md Rozai memperolehi 23,238 undi.

14. Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah, bekas Speaker DUN Kelantan berjaya di Kota Bharu, Kelantan menewaskan Calon BN, Datuk Mohamad Fatmi bin Che Salleh dengan majoriti 11,288 undi. Dato’ Wan Rahim memperolehi 32,129 undi manakala Datuk Fatmi memperolehi 20,841 undi.

15. Khalid Abdul Samad menang di Shah Alam Selangor menewaskan calon BN yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abdul Aziz Shamsuddindengan majoriti 9,314 undi. Khalid memperolehi 33,356 undi manaka Datul Abdul Aziz memperolehi 24,042 undi.

16. Taib Azamuddin Md Taib menang di Baling menewaskan Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim dengan majoriti 7,613 undi. Ustaz Taib memperolehi 36,074 undi manakala Abdul Azeez memperolehi 28,461 undi.

17. Dato Ibrahim Ali juga turut menang di Pasir Mas atas tiket PAS dengan majoriti 8,991 undi menewaskan calon BN, Ahmad Rosdi bin Mahmad. Dato Ibrahim memperolehi 28,673 undi manakala Ahmad Rosdi memperolehi 19,682 undi.

18. Dr Che Rosli Che Mat juga turut menang di Hulu Langat, Selangor menewaskan Calon BN, Markiman bin Kobiran dengan majoriti 1,745 undi. Dr Che Rosli memperolehi 36,124 undi manakala Markiman memperolehi 34,379 undi.

19. Muhammad bin Husin juga menang di Parlimen Pasir Puteh dengan menewaskan Calon BN Amran bin Mat Nor dengan kelebihan 3,968 undi. Muhamad Husin memperolehi 28,365 undi manakala calon BN memperolehi 24,397 undi.

20. Roslan bin Shaharum buat kali pertamanya berjaya di Bukit Gantang, Perak menewaskanBendahari Umno Malaysia (calon BN), Abdul Azim bin Mohd Zabidi dan calon Bebas Mohganan A/l P.manikam dengan majoriti 1,566 undi. Calon PAS, Roslan memperolehi 20,015 undi manakala Calon BN memperolehi 18,449 undi dan calon Bebas hilang deposit memperoleh 872 undi. Meninggal dunia pada 9 Februari 2009.

21. Calon Nasir Bin Zakaria menang di Padang Terap menewaskan calon BN, Ghazali bin Ibrahim dengan majoriti 369 undi. Calon PAS Nasir mendapat 15,003 undi manakala calon BN memperoleh 14,634 undi.

22. Mohd Firdaus bin Jaafar menang di Jerai Kedah menewaskan penyandang sebelum ini calon BN Datuk Badruddin bin Amiruldin dengan kelebihan 2,299 undi. Mohd Firdaus memperolehi 26,510 undi manakala Datuk badruddin memperolehi 24,211 undi.

23. Che Uda bin Che Nik menang di Sik, Kedah menewaskan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Othman bin Desa dengan kelebihan 481 undi. Calon PAS, Cikgu Che Uda memperoleh 16,864 undi manakala Calon BN memperoleh 16,383 undi.

Ahli Parlimen PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sesi 2004- 2009

Dari kiri: Haji Abdul Fatah Haron (Rantau Panjang), Ustaz Ismail Noh (Pasir Mas), Salahuddin Ayub (Kuabng Kerian – Ketua Whip PAS), Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat), Tan Sri Datok Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib (Speaker), Datin Seri Dr Wan Azizah bt Ismail (Permatang Pauh), Datuk Ab Halim b Ab Rahman (Pengkalan Chepa) dan Dr Mohd Hayati bin Othman (Pendang).

Ahli Dewan Rakyat (Parlimen ke 11 sesi 2004 – 2009)

YB. Salahuddin bin Ayub (Kubang Kerian – Ketua Whip), YB Dato’ Kamarudin Jaffar (Tumpat), YB Dato’ Ab. Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa), YB Haji Abdul Fatah Haron (Rantau Panjang), YB Ustaz Ismail bin Noh (Pasir Mas) dan YB Dr Mohd Hayati bin Othman (Pendang) telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat pada 17 Mei 2004.

Ahli Dewan Negara (yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan)

1. YB Senator Puan Wan Ubaidah binti Omar – Penggal pertama 30-6-2003 hingga 29-6-2006, Penggal kedua 30-6-2006 hingga 29-6-2009.

2. YB Senator Mumtaz binti Md Nawi - Penggal pertama 30-6-2006 hingga 29-6-2009

3. YB. Senator Puan Siti Zailah Bt. Mohd Yusof – Penggal kedua 30-6-2003 hingga 29-6-2006.

Ahli Yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu

1. YB Senator Ustaz Haji Hassan Shukri – Penggal kedua 23-12-2002 hingga 22-12-2005.
2. YB Senator Puan Safinah binti Jusoh - Penggal kedua 23-12-2002 hingga 22-12-2005.

Penglibatan dalam Jawatankuasa Khas yang diwujudkan oleh Parlimen

1. Dato’ Kamarudin Jaffar menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan Naib-Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis. Tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada dua belas orang ahli ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen kerana memeriksa:

Kira-kira Kerajaan Malaysia dan Peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri;
Apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis;
Penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut perkara 107 dalam Perlembagaan;
Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.

Semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib-Pengerusi yang disebabkan oleh keuzuran atau lain-lain sebab, Jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasan itu.

Seseorang ahli Majlis tidak boleh dilantik, memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara semasa dia menjadi seorang menteri.

Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang untuk hadir dihadapannya atau meminta mengeluarkan surat-surat, rekod-rekod dan mengeluarkan penyata kepada Majlis dari satu masa ke satu masa.

Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
Pengerusi ialah Yang Berhormat Dato’ Shahrir bin Abdul Samad dan Naib Pengerusi ialah Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw.

Ahli-ahli lain ialah Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. K.S Nijhar, Ahli bagi kawasan Subang; Yang Berhormat Dato’ Hj. Mohd. Sarit bin Yusoh, Ahli bagi kawasan Temerloh; Yang Berhormat Dato’ Dr. Tan Kee Kwong,
Ahli bagi kawasan Segambut;nYang Berhormat Datuk Wilfred Madius Tangau, Ahli bagi kawasan Tuaran;
Yang Berhormat Tuan Jimmy Donald, Ahli bagi kawasan Sri Aman; Yang Berhormat Dato’ Lim Bee Kau,
Ahli bagi kawasan Padang Serai; Yang Berhormat Datuk Ir. Hasni bin Haji Mohammad, Ahli bagi kawasan Pontian; Yang Berhormat Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob, Ahli bagi kawasan Bera; Yang Berhormat Tuan Wong Nai Chee, Ahli bagi kawasan Kota Melaka; Yang Berhormat Tuan M. Kula Segaran, Ahli bagi kawasan Ipoh Barat; Yang Berhormat Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Ahli bagi kawasan Permatang Pauh

2. Datuk Ab Halim bin Ab Rahman dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas setiap Parlimen dimulakan.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis-Majlis yang berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat apabila diserahkan oleh Majlis untuk ditimbangkan.

Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali diberi kebenaran oleh Majlis untuk berbuat demikian.

Sekiranya seseorang pemberitahu usul mengandungi apa-apa cadangan untuk meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat, pemberitahu itu hendaklah menyertakan satu rang pindaan yang dicadangkan. Usul yang telah dicadangkan dan disokong adalah disifatkan sebagai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dengan tidak dikemukakan lain-lain masalah kepada mesyuarat.

Usul yang telah dicadangkan ini tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Majlis berkenan dengan cadangan itu.

Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen Kesebelas

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua [Pengerusi mengikut Peraturan Mesyuarat 78(1)],

Ahli-ahli lain Yang Berhormat Datuk Lim Si Cheng, Timbalan Yang di-Pertua/Ahli bagi kawasan Kulai; Yang Berhormat Dato’ G. Palanivel; Ahli bagi kawasan Hulu Selangor; Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee, Ahli bagi kawasan Beluran; Yang Berhormat Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Ahli bagi kawasan Santubong; dan Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ahli bagi kawasan Tanjong.

3. Salahuddin bin Ayub menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara membincangkan Isu-Isu perpaduan kaum dan Integrasi Nasional yang berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara (14 Disember 2004 sehingga kini).

3. Dato’ Ab Halim bin Ab. Rahman menggotai Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Integriti bagi membincangkan isu-isu pengukuhan nilai, etika dan integriti di kalangan masyarakat berlandaskan pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (8 Disember 2006 sehingga kini)

12 Respons

  1. TAHNIAH ATAS PENUBUHAN LAMAN INI, SEMOGA IA AKAN MENJADI WADAH BERGUNA BUAT KITA SEMUA….

  2. bagus!
    tahniah!!
    insyaAllah..20tahun lagi saya semua akan berada di tempat duduk YB2 sekalian..doakan saya..
    disamping kita tegakkan tiang dunia,jangan kita robohkan tiang agama.

  3. Kepada kerajaan PAS Kelantan..kenapa kerajaan negeri tak mengkomersialkan kan Pantai Sri Tujuh dekat Tumpat ..Pada pandangan i pantai tu mempunyai pemandangan yang indah dengan pokok ru yg melambai-lambai..pantainya putih..Tetapi dengan ketidak cekapan kerajaan mengekploitasikannya ia terbiar begitu saja…sampah sarap bertaburan seolah pihak Majlis Daerah Tumpat tu dok makan gaji buta je…..Pantai yg penuh dgn sampah sarap ni boleh menjatuhkan maruah kerajaan pas kelantan..Tak elok bagi para pelawat terutama yg datang dari luar kelantan…Saya tengok pantai-pantai kat penang ni agak bersih walaupun di punya view tu taklah cantik sangat..Harapan i pihak kerajaan pas dapat bertindak segera memulihkan pantai sri tujuh tu jgn dok sibuk dgn ceramah je serius YB gua cakap sama lu

  4. Bagus cadangan sedara/sedari Kaka. Pantai yang asli jangan pula dirosakkan keindahannya dengan terlalu banyak pembangunan. Cuma perlu bersihkan kotoran. ambil gambar dan masukkan ke Harakah pasti dapat respons.

    Tapi air laut P.Pinang penuh dengan pencemaranlah. Gatal. Mungkin air limpahan dari industri yang tak terkawal. Pernah mandi di Batu Feringgi ke?

  5. syabas dan tahniah…jdkan malaysia sebagai negara yg penuh dgn keislaman …pemimpin yg berkaliber ada pd anda smue….ALLAH Maha berkuasa…smpai skrg, knpe ngra pnuh dgn keindahan tp lgsung tiada penerapan keislaman…itu yg kt perlu tukar…jika difikir balik, sjrah RasulAllah SAW…menagis…indahnye islam dahulu kala, manisnye islam…tp skrg kemana???how pm???how!!!!
    smue letak pd pucuk kepimpinan…
    jadikan negara yg benar2 islam…..pas boleh, not only umno…

  6. Assalamu ‘alaikum,

    Saya amat berharap agar satu web form dapat diwujudkan utk membolehkan rakyat berkomunikasi secara terus dgn MP yg dikehendaki.

    Web form tu bolehlah disalurkan terus ke emel MP tersebut.

    Dan MP berkenaan hendaklah mewujudkan satu mekanisme bagi membolehkan memberi respon secara interaktif dalam masa tidak lebih 3 hari bekerja kepada pengirim.

    Jika boleh, panjangkan kemudahan komunikasi berpusat ini kpd semua MP, senator dan ADUN BR.

    Terima kasih. Wassalam.

  7. Kilasan Nurani [MSO]

    Mengapa Pas seakan terlupa Subky Latif

    SEBELUM saya terbaca tulisan yang mencadangkan agar Muhammad Sabu dilantik sebagai Senator, cadangan itu juga sudah terpeta di dalam kepala saya. Apa lagi nama Muhammad Sabu antara 10 nama yang saya senaraikan patut berada dalam Parlimen pada penggal ini. Apabila beliau kalah tipis di Kuala Terengganu dengan kekurangan 628 undi, ia benar-benar mengecewakan saya. Ada beberapa sebab kenapa Muhammad Sabu harus dan perlu berada dalam Parlimen bersama sembilan nama lain yang saya senaraikan itu.

    Muhmmad Sabu telah menunjukkan keupayaan sebagai ahli Dewan Rakyat yang berjaya sebelum ini. Isu-isu atau perbahasan yang beliau ambil bahagian mengaitkan kepentingan rakyat marhaen, kepentingan Islam, dan bangsa Melayu. Beliau akan mendepani sesiapa saja dan penjara baginya adalah bukan penghalang lagi.
    Dalam membentangkan hujah beliau tidak pergi terlalu professional, lengkap dengan slide atau rakaman video sehingga sukar untuk difahami, namun dalam laras bahasa yang mudah.

    Muhamamd Sabu bagi saya benar-benar memperjuangkan denyut nadi rakyat dan seorang pejuangan bawahan yang sangat simple. Kerana itu Muhammad Sabu menjadi kegemaran orang kampung. Kalau nak pastikan ceramah Pas dibanjir ribuan orang maka senerailah nama Muhammad Sabu sebagai pemidato. Adalah kalanya Muhammad Sabu dijadikan pelaris untuk meramaikan orang bagi mendengar para pemidato profesionalism.

    Apabila ada orang menulis mencadangkan, maka saya menyokong penuh kalau mana-mana negeri, Kelantan dan Kedah khususnya memberi kouta Senator kepada Muhammad Sabu. Bukan untuk survival kehidupannya. Muhammad Sabu boleh hidup dengan duit lima ringgit dan dia boleh menjejalah ke seluruh Malaysia dalam tempoh tiga hari tiga malam.

    Tetapi kita mahu Dewan Senat panas dan hangat dengan perbahasan seperti juga Dewan Rakyat sesuai dengan kebajikan 82 ahli Parlimen Barisan Rakyat (BR) kini. Kita tidak mahu Dewan Senat hanya menjadi rubber stam yang mengendorcekan apa yang Parlimen luluskan. Atas kepentingan itulah perlunya bekas MP Kuala Kedah dan Kubang Kerian itu dilantik menjadi ahli Senat untuk menjadi pemantau di Dewan Senat.

    Apabila berbicara soal kerusi Senator ini, kepala saya juga sudah lama tersumbat sendiri memikirkan sesuatu polisi Pas yang saya tidak faham. Dalam pengamatan saya ada seorang tokoh yang cukup layak untuk diangkat menjadi ahli dewan Senat namun ia seakan tidak pernah terfikir.

    Sewaktu Pas menguasai kerajaan Terengganu tahun 2004 saya sudah ingin menyuarakan agar melantik tokoh berkenaan. Namun kerana Pas telah membuat peraturan dan ketatapan bahawa kerusi Senator hanya untuk muslimah menyebabkan saya mendiamkan diri.

    Namun kerana kini sudah ada anjakan, di mana muslimah juga sudah menjadi Exco dan wakil rakyat DUN dan Parlimen, bermakan kerusi Senator bukan lagi menjadi kerusi muslihat mutlak. Sehubungan itu adalah baik kalau Kerajaan Kelantan atau Kedah yang memiliki masing-masing dua kouta kerusi Senat melantik tokoh banyak berjasa ini.

    Tokoh yang saya maksud itu tidak lain dan tidak bukan ialah sdr Subky Abdul Latif, seorang penulis dan wartawan politik terkenal. Sebenarnya beliau bukan wartawan biasa tetapi lebih wajar dianggap sebagai bapa wartawan moden Malaysia khususnya keterampilan dalam mengulas isu-isu politik kontenporari. Kemuculan puluhan penulis politik dan wartawan politik dua tiga dekad ini adalah sedikit sebanyak kerana menumpang semangat beliau.

    Kehebatan ini satu aset kepada Pas apabila beliau memilih Pas sebagai wadah perjuangan. Namun Pas semacam tidak merasai akan kehebatan beliau ini. Bahkan saya mendapat tahu suatu masa dulu untuk beliau menulis dalam Harakah, akhbar rasmi Pas pun menjadi masalah walhal Harakah itu adalah hasil buah tangannya.

    Generasi muda mungkin tidak tahu sejarah dan jatuh bangun beliau dalam perjuangan Pas. Beliau pernah bertanding beberapa kali baik dalam pilihan raya kecil maupun piliahan raya umum. Seingat saya kali pertama beliau bertanding ialah dalam pilihan raya kecil di Klang dalam tahun 70-an.

    Demi perjuangan Pas beliau telah mengorbankan masa depan dan kerjayanya dalam bidang wartawan. Saya yakin kalau beliau tidak memilih untuk bersama Pas beliaulah orang yang akan mengendalikan Utusan Malaysia apabila ditawarkan untuk diantik menjadi Ketua Pengarang Kumpulan. Jelas kerana perjuangan Pas – Islam, beliau rela mengenepikan tawaran glomor itu.

    Manakala di dalam Pas pula beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Agung beberapa penggal. Antara jawatan tertinggi pernah dipegang ialah selaku Ketua Penerangan Pas Pusat dan juga Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan.

    Adalah tepat sekali dan sesuai kalau kerusi Senator diberikan kepada Subky. Pemikiran, ulasan dan krtikan-kritikan beliau masih relevan dan hijau. Kelebihan dan keistimewaan beliau menghayati dan mengulas sesuatu isu sangat berguna untuk diwacanakan dalam Dewan Senat.

    Manakala dari segi sejarah dan peranan pembangunan bangsa menerusi journalis, Subky mempunyai pengalaman yang luas dan tidak semua orang memilikinya. Sebahagian yang ada dalam khazanah pemikirannya tidak ada dalam kepada wartawan muda atau veteran hari ini.
    Kalau membaca catat-catatannya menjelaskan beliau adalah antara orang penting (setidak-tidak menjadi pendengar dan saksi bagaimana kerajaan Tuanku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein dibentuk dan menyaksi dan merasai sendiri kemelut mereka disaat-saat berlakunya Tragedi 13 Mei.

    Walaupun kini penulis dan wartawan itu sudah sering uzur kerana gaout, dan kadang kala berjalan bertemankan tongkat, namun pemikirannya tidak pernah usur. Kerajinan dan kemampuan menulis dan mengolah isu dalam beberapa akhabar termasuk Siasah dan Buletin Rakyat menjelaskan beliau masih sihat dan bersemangat. Semangatnya dalam dunia penulisan mengalahkan anak mudah baru tumbuh susuh.

    Hendaknya Pas yang ada kalanya terlupa budi dan jasa orang terdahulu tidak sama mengkesampingkan budi dan jasa Subky sejak berpuluh tahun itu. Ingat dan sedarlah apa yang dinikmati kini adalah atas rintisan beliau.

    Pun begitu melantik Subky sebagai Senator tetap tidak sepadan dengan pengorbannya dalam perjuangan Islam (Pas) selama ini, namun setidak-tidaknya perlantikan itu kelak akan dapat dijadikan sebagai cenderamata perjuangannya selama ini. [wm.kl 7: 00 am 29/03/08]

  8. Ya, saya amat setuju juga dengan pandangan agar Subky Latif diberi peluang. Mindanya geliga, huraiannya mudah. Sekurang-kurangnya ada wakil jurnalis dalam Dewan Rakyat.

  9. Salam,

    Kalau boleh semua ahli parlimen/adun PR ada blog@website sendiri utk update profile, jadual & menyelesaikan masalah rakyat. Baru la celik it.

    wassalam

  10. Memangpun pas untuk kelantan saja…orang kelantan kuat sifat kenegerian berbanding dengan anak jati negeri lain. Setuju tak sesiapa yang dah bercampur dengan orang kelantan

  11. Selamat buat PAS

    Relevan dengan tulisan ini, aku baru memposting hasil wawancara dengan Anwar Ibrahim di Jakarta. Beliau bilang siap merebut pemerintahan sebelum September :

    http://ayomerdeka.wordpress.com/2008/05/17/anwar-ibrahim-saya-akan-rebut-pemerintahan-sebelum-september/

    Terima kasih
    Salam persaudaraan dari Jakarta

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers