Presiden PAS Bahas Titah Diraja 2013

Dewan Rakyat 1 Julai 2013
MP PAS Marang Bahas Titah Diraja 2013

Isu Pengerang: MP PAS Kota Bharu dll vs BN Pengerang Bahas Titah Diraja 2013

MP Marang: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan

1 Julai 2013
1. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI untuk menyatakan, mengapakah tidak dipanggil Sidang Khas Parlimen bagi membincangkan isu Pencerobohan Lahad Datu ketika kejadian itu sedang berlaku pada bulan Mac 2013 yang lalu?

2 Julai 2013
2. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN I untuk menyatakan, adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji dan melaksanakan sistem percukaian berasaskan sistem Islam di Malaysia yang terbukti lebih adil dan saksama?

3 Julai 2013
3. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI untuk menyatakan, apakah status pembayaran Wang Pajakan (Cession Money) kepada waris Kesultanan Sulu sehingga hari ini?

4. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan, mengapa Malaysia tidak mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menyelesaikan tragedi pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar?

8 Julai 2013
5. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI untuk menyatakan, apakah status sebenar lawatan beliau ke Gaza, Palestin, pada bulan Januari 2013 yang lalu, sama ada lawatan sosial (kemanusiaan) atau lawatan rasmi kerajaan, dan apakah hasil daripada lawatan tersebut?

9 Julai 2013
6. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta MENTERI PENDIDIKAN I untuk menyatakan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengurangkan bebanan kerja guru akibat pelaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?

10 Julai 2013
7. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan, apakah bentuk sumbangan kerajaan Malaysia terhadap Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) dan halatuju sebenar penubuhan yayasan tersebut?

15 Julai 2013
8. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah GST yang bakal dilaksanakan nanti akan mengenakan liputan yang lebih meluas terhadap barang dan perkhidmatan dari amalan semasa ?. Jika benar, tidakkah ini akan lebih memberi kesan terhadap kenaikan barang/ inflasi ?

16 Julai 2013
9. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah nilaian dalam Ringgit Malaysia (RM) terhadap semua janji projek pembangunan dan peruntukan-peruntukan tunai lainnya yang diberi oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum 13, iaitu bermula dari tempoh pembubaran parlimen hingga ke hari mengundi.

10. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasilan kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Malaysia sejak tahun 2010 hingga 2012.

Pertanyaan Jawab Bertulis
11. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menerangkan langkah-langkah awal kerajaan selepas Pilihanraya Umum Ke-13 untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti terhadap institusi berkepentingan awam.

12. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini proses untuk mewujudkan National Human Rights Action Plan (NHRAP) di Malaysia.

13. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan peranan yang telah dimainkan oleh kerajaan dalam membantu menyelesaikan konflik ketegangan di Syria.

14. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan justifikasi keinginan pengurusan Tabung Haji untuk membeli bangunan pejabat komersial di London sebagai aset pelaburan hartanah.

15. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan impak Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) terhadap kestabilan kewangan dan pasaran harta tanah pada tahun 2012 dan unjurannya pada tahun 2013.

MP PAS Marang: Status Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB DATO SERI ABDUL HADI AWANG [ MARANG ]
TARIKH : 30.10.2012 (SELASA)

SOALAN 38 : Minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah status Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari segi kelayakkan memasuki Universiti al-azhar Mesir, setelah Universiti tersebut memperkenalkan Ujian Kemasukkannya ( Imtihan Qabul) sendiri.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman yang berhormat, ststus Sijil Tinggi Agama Malaysia (sijil STAM) kekal seperti yang terkandung dalam perkara 6.1 seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan (MoU) antara Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewakili Kerajaan Malaysia dengan Al-Azhar As Syariff yang mewakili Kerajaan Mesir yang telah dimeterai pada tahun 1999.

MP PAS Marang: Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri?

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB. DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG [ MARANG ]
TARIKH : 23.10.2012

NO. SOALAN : 20 minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah bilangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) yang telah berdaftar dengan Kementerian sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), dan bagaimana pula bentuk bantuan kepada SAR dan SAN yang tidak berdaftar sebagai SABK.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Sehingga bulan Jun 2012, jumlah Sekolah Agama yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah sebanyak 169 buah. Daripda jumlah tersebut, 52 buah adalah Sekolah Agama Negeri (SAN) dan 117 buah adalah Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Sesungguhnya Kerajaan sangat perihatin terhadap pendidikan anak bangsa. Kerajaan juga bersikap adil dan tidak pernah meminggirkan sekolah-sekolah SAN dan SAR yang tidak berdaftar dengan Kerajaan Persekutuan dalam pemberian bantuan atau peruntukan. Sebagai contoh, Kerajaan tetap memberikan peruntukan kepada semua sekolah termasuk SAR yang tidak berdaftar, yang menjalankan program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Kerajaan telah memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah tersebut sebanyak RM 21.8 juta pda tahun 2009, RM 19.3 bagi tahun 2010, RM 4.9 juta bagi tahun 2011 dan RM 10.5 juta lagi pada tahun 2012. Disamping itu juga, pada tahun 2011 Kerajaan telah memperuntukan sebayak RM 95 juta kepada 247 buah SAR di seluruh Negara. Bantuan tersebut meliputi bantuan perkapita (PCG), mpembangunan, kursus dan perpustakaan. Kerajaan juga telah menyalurkan bantuan awal persekolahan kepada semua murid SAR di seluruh Negara mulai tahun 2012 dan akan diteruskan pada tahun 2013. Manakala SAN pula menggunakan peruntukan yang dibiayai khusus oleh pihak berkausa negeri. Semua bentuk peruntukan yang disalurkan itu adalah berdasarkan kepada prosedur kewangan dan kelayakan yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, bagi membolehkan SAR dan SAN menierima bantuan sepenuhnya dan secara berterusan. KPM mengalakkan serta mengalu-alukan sekolah-sekolah tersebut berdaftar sebagai SABK supaya anak-anak di sekolah dapat menikmati manfaat dan kemudahan pendidikan yang lebih selesa seperti yang dinikmati oleh sekolah-sekolah aliran perdana yang lain.

MP PAS Marang: Kementerian Wanita … meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DATO SERI ABDUL HADI BIN AWANG [MARANG]
TARIKH : 16.10.2012 (SELASA)

SOALAN 28 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan sehingga bila jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus disandang oleh beliau, sedangkan Kementerian berkenaan memikul peranan yang sangat besar dalam menerajui pencapaian NKRA sektor “Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah (LIH)”

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang kini disandang oleh YAB Perdana Menteri adalah bersifat sementara waktu sahaja. Pelatikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang baru akan dilakukan apabila tiba masa yang sesuai.

Langkah ini menunjukkan YAB Perdana Menteri sendiri ingin terlibat secara langsung dalam menerajui agenda pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat selaras dengan Gagasan 1Malaysia . “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”

Tuan Yang di-Pertua,
Pihak kerajaan amat prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh rakyat khususnya golongan miskin yang berpendapatan rendah. Dalam hal ini, Program tranformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan telah diperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Result Areas (NKRA). Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah (LIH) yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mana pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan keluarga dan seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Salah satu inisiatif yang dilaksanakan di bawah NKRA LIH bagi membantu golongan ini adalah Program 1 Azam. Program 1Azam yang berteraskan kebajikan priduktif atau dengan izin “productive welface” membantu golongan berpendapatan rendah dengan menyediakan peluang menjana pendapatan.

Dalam melaksanakan program 1Azam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendapat kerjasama padu daripada “champions” program tersebut dari pelbagai agensi Kerajaan, badan berkanun dan kerajaan negeri. Sebagai contoh, Program AZAM Niaga dan AZAM khidmat dilaksanakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia manakala AZAM Tani diselaraskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. AZAM Kerja pula dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dean Masyarakat mendapat Kerjasama daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bagi negeri-negeri tersebut sendiri melaksanakan program-program 1AZAM di kedua-dua negeri berkenaan.

Sesungguhnya, pelaksanaan program-program NKRA LIH khususnya Program 1 AZAM bukan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat secara bersendirian. Sebaliknya tugas ini dipikul bersama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber manusia, Amanah Ikhtiar Malaysia serta Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Program ini telah berjalan lancar dengan penglibatan seramai 90,403 orang di seluruh negara.

Negara kita amat bertuah kerana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai barisan pegawai dan kakitangan yang berdedikasi dan berjiwa rakyat. Mereka sentiasa memikirkan inisiatif baru bagi membantu golongan miskin dan mereka yang memerlukan.

Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat telah mengorak langkah untuk meningkatkan pendampingan dengan kumpulan sasar menerusi Program Merisik Khabar Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Program ini telah diperkenalkan pada tahun 2012 telah berjaya diadakan sebanyak 6 siri di 4 buah negeri iaitu Melaka, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang.Sekurang-kurangnya 3,5000 orang telah berpeluang menyuarakan permasalahan mereka dan mengemukakan permohonan bantuan kebajikan kepada kementerian untuk di beri pertimbangan dan diselesaikan secara in-situ. Sehubungan itu, Program merisik khabar Ketua Setiausaha Kementerian Pemabangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diteruskan ke negeri-negeri lain.

MP PAS Marang: Kenapa PM tidak hadir Sidang kemuncak Bumi?

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN jawab bertulis
DARIPADA : Y.B. DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG [ KAWASAN MARANG ]
TARIKH : 09.10.2012
SOALAN : 16 Y.B DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa beliau tidak menghadiri Sidang Kemuncak Bumi (RIO + 20) yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil, pada 20 hingga 22 Jun 2012 yang lalu, sedangkan sepatutnya Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perana Menteri sebagaimana dua sidang Kemuncak Bumi pada tahun 1992 dan tahun 2002 sebelum ini.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Di Persidangan Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau lebih dikenali sebagai Sidang Kemuncak Rio + 20 yang telah berlangsung pada 20-22 Jun 2012 di Rio de Janeiro, Brazil, delegasi Malaysia diketua oleh YB Dato’ Sri Douglas Uggh Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri.

Sidang Kemuncak Rio + 20 baru-baru ini tidak dihadiri oleh semua ketua Negara/kerajaan. Sebaliknya, banyajk delegasi hanya diketuai oleh Naib Presiden, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri Masing-masing.

Walupun Malaysia diwakili di peringkat Menteri di Sidang Kemuncak tersebut, ia tidak memperlihatkan atau menceminkan bahawa Malaysia memberi kurang perhatian atau penekanan ke atas isu Pembangunan Mampan. Malah Malaysia telah menunjukkan kesungguhnya apabila berperanan secar aktif semasa mesyuarat-mesyuarat persediaan yang telah diadakan sebelum Sidang Kemuncak tersebut, dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa sebagai salah satu negara yang berdaya saing, progresif, moden dan Berjaya mengimbangi untutan pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

MP PAS Marang: Tindakan ASEAN menangani Pembunuhan Etnik Rohingya Myanmar?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB DATO SERI ABDUL HADI BIN AWANG [MARANG]
TARIKH : 02.10.2012 (SELASA)
SOALAN 30 : Minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia khususnya melalui pertubuhan serantau ASEAN dalam menangani pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman yang berhormat, Menteri-menteri Luar ASEAN telah membuat satu kenyataan bersama mengenai perkembangan di Rakhine pada 17 Ogos 2012 bagi tujuan untuk menyatakan perkembangan pendirian ASEAN mengenai konflik perkauman yang berlaku di Rakhine,Myanmar pada awal Jun 2012.

Dalam kenyataan tersebut, Menteri-menteri Luar ASEAN menyambut baik usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan Myanmar untuk menyelesaikan isu dalaman negara tersebut termasuk memberikan kerjasama kepada agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan bukan kerajaan yang telah dikenal pasti (world Food Programme) bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk-penduduk Rakhine yang telah terjejas berikutan kejadian tersebut.

Menteri-menteri Luar ASEAN turut menyuarakan kesediaan mereka,sekiranya diperlukan oleh Kerajaan Myanmar,untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan di Rakhine.

Tuan yang di-Pertua,
Menteri-menteri Luar ASEAN juga menegaskan bahawa usaha-usaha menggalakkan perpaduan dan keharmonian di kalangan pelbagai kumpulan etnik di Myanmar merupakan satu aspek penting dalam proses dalam proses pendamaian nasional dengan izin national Reconciliation dan pendemokrasian dengan izin Road Map to Reconciliation di Myanmar.

Dalam hal ini, Menteri-menteri Luar ASEAN turut menyatakan keyakinan di atas usaha kerajaan Myanmar ke arah mencapai matlamat tersebut dan berharap agar Myanmar akan terus komited dengan proses-proses peralihan yang berlaku di negara itu.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,527 other followers