MP Pasir Puteh: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Dr Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta Perdana Menteri menyatakan usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak JAKIM untuk memastikan status halal dalam bidang farmaseutikal di Malaysia.

2. Dr Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan kesan daripada peruntukan geran penanaman semula kelapa sawit berhasil rendah yang telah diberikan kepada pekebun kecil sejak 3 tahun kebelakangan ini.

3. Dr Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk meneruskan rancangan untuk mewujudkan 1Care, suatu skim caruman kesihatan.

4. Dr Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa bilangan guru-guru yang telah lulus daripada IPG atau UPSI yang belum dan sudah ditempatkan?

5. Dr Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauhmana kejayaan Kempen Taknak Merokok dikalangan pelbagai lapisan rakyat. Nyatakan statisktik terbaru ‘Pesalah Merokok’ mengikut negeri dan jantina serta peringkat umur bagi tahun 2010 hingga kini.

MP PAS Pasir Puteh: Nasib pensyarah Pelatih Perubatan/ Pergigian?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN [ Pasir Puteh ]
TARIKH : 30.10.2012 (SELASA)

SOALAN 20 : Minta MENTERI PELAJARAN TINGGI menyatakan bilakah penyelarasan gaji pensyarah pelatih perubatan dan pergigian gred DU 45 dan DUG 45 hendak dilakukan supaya selaras dengan rakan-rakan mereka di Kementerian Kesihatan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pengajian Tinggi KPT telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah tertentu dalam menangani isu skim perkhidmatan Pensyarah perubatan dan pensyarah pergigian. Antara cadangan penyelesaian yang dicadangkan ialah meminda skim perkhidmatan sedia ada. Cadangan ini sebenarnya di persetujui dalam pindaan Skim Perkhidmatan Pensyarah Perubatan dan Pergigian di bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA). Namun berikutan pembatalan SBPA yang diumumkan Kerajaan pada 8 Mac 2012, semua penjawat awam tertakluk di bawah skim perkhidmatan yang berkuatkuasa iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM). Dengan itu, Skim Perkhidmatan Pensyarah dan pensyarah pergigian yang akan ditambahbaik dengan gred 51 sebagai gred lantikan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 di bawah SBPA juga turut di batalkan.

Lanjutan daripada keputusan itu, pihak KPT dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meneliti semula cadangan pindaan Skim Perkhidmatan tersebut. Seterusnya pada 7 Ogos 2012 Kerajaan telah bersetuju untuk meminda skim perkhidmatan pensyarah perubatan dan pensyarah pergigian seperti berikut:
a) Memansuhkan gred yang sedia ada di Gred 45 dan dijadikan Gred 51 sebagai gred lantikan tambahan syarat lima tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
b) Urusan kenaikan pangkat pensyarah perubatan DU45 dan pensyarah pergigian DUG45 yang telah disahkan dalam perkhidmatan ke jawatan pensyarah perubatan gred DU52 dan pensyarah pergigian DUG52 hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu sebelum segala urusan pertukaran pelantikan bagi pensyarah pelatih dilaksanakan.
c) Tarikh berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013.

Pada masa ini, JPA sedang menyediakan pekeliling perkhidmatan untuk melaksanakan keputusan tersebut.

MP PAS Pasir Puteh: Lebuhraya KB – Kuala Krai dalam RMK-11 ??

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN [ KAWASAN PASIR PUTIH ]
TARIKH : 15 OKTOBER 2012 (ISNIN)

SOALAN : 4 Minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jenis bantuan yang diberikan bagi membantu Kerajaan negeri Kelantan membina lebuh raya Kota Bharu – Kuala Krai dan sebuah stadium bola sepak yang bersesuaian dengan keperluan negeri itu sekarang.

JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Projek membina dan menaik taraf jalan dari Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan ialah sebahagian dari skop projek menaik taraf Jalan Persekutuan Central Spine. Jajaran JalanCentral Spine ini melibatkan skop menaik taraf jalan dari Simpang Pelangi,Bentong,Pahang hingga ke Kota Bharu,Kelantan sepanjang 463.5 kilometer.

Untuk makluman yang berhormat, Kementerian Kerja Raya tidak pernah membatalkan cadangan pelaksanaan projek Jalan Kota Bharu – Kuala Krai. Sebaliknya ia ditangguhkan untuk membolehkan kementerian ini menilai semula dan mencari alternative yang lebih baik berbanding cadngan skop asal projek berkenaan.

Berdasarkan perancangan semula,projek menaik taraf Jalan Kota Bhura – Kuala krai Kelantan akan diberikan keutamaan dan dipertimbangkan untuk dilaksanakan dalam tempoh RMKe_11.

Manakala isu mengenai cadangan pembinaan stadium bola sepak yang baru di Kelantan pula terletak di luar bidang kuasa kementerian ini.

Sekian terima kasih.

MP PAS Pasir Puteh: Tinjauan Rakyat terhadap mekanisme Perjalanan Pilihanraya?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN [PASIR PUTIH]
TARIKH : 08.10.2012 (ISNIN)
SOALAN 31 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang mengadakan tinjauan bagi mendapatkan pandangan rakyat berkaitan tahap keyakinan terhadap mekanisme perjalanan pilihan raya di negara ini.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman ahli yang berhormat, pada dasarnya kita telah pun melaksanakan tinjauan bagi mendapatkan pandangan rakyat berhubung dengan mekanisme dan proses perjalanan pilihan raya apabila jawatankuasa pilihan khas berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya (jawatankuasa) diluluskan penubuhannya dengan sebulat suara di Dewan Rakyat semasa Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, Parlimen ke 12, pada 3 Oktober 2011.

Melalui jawatankuasa ini,kita telahmendapatkan pandangan rakyat menerusi siri-siri sesi pendenganran awam yang telah diadakan mulai Oktober 2011 sehingga Januari 2012 di Kuala Lumpur (bagi zon tengah), Pulau Pinang (zon utara), Johor Bahru (zon selatan), Kelantan ( zon timue), Sarawak dan Sabah.

Hasilnya, Jawatankuasa telah menerima pelbagai teguran, pandangan dan syor daripada pelbagai individu,organisasi masyarakat sivil dan parti politik kepada Suruhanjaya pilihan raya (SPR) Malaysia.

Penambahbaikan kaedah perjalanan pilihan raya merupakan suatu proses yang memerlukan SPR merencana kaedah dengan teliti, terperinci dan tersusun. Ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan syor-syor tersebut dibuat mengikut kerangka perundangan yang sedia ada, keperluan teknologi terkini dan kesesuaian semasa, sebelum ia benar-benar dapat dilaksanakan dengan lebih praktikal dan sistematik agar kelak ia berupaya menjadikan sistem pilihan raya Negara yang tetrbaik, adil dan berwibawa.

MP PAS Pasir Puteh: Kemudahan Rangkaian Jalanraya ke Pelabuhan Tok Bali?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN [PASIR PUTIH]
TARIKH : 01.10.2012 (ISNIN)
SOALAN 20 : Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jalan-jalan, jambatan dan kemudahan berkaitan yang akan dinaik taraf dengan bermulanya operasi pelabuhan Tok Bali yang kini digunakan untuk mengeksport bijih besi.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman yang berhormat, Kementerian Kerja raya sememangnya mempunyai perancangan untun menaiktaraf rangkaian jalan raya di sekitar kawasan tok Bali, Pasir Putih, Kelantan.

Antara projek terlibat ialah menaiktaraf Jalan Pasir putih – Gong Kulim – Tok Bali yang kini sedang giat dilaksanakan. Projek tersebut yang dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac 2013 itu akan berperanan untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat,termasuklah dari/ke Pelabuhan Tok Bali.

Di samping itu, Kementerian ini juga telah merancang untuk menai taraf jalan persisiran pantai sedia ada, iaitu daripada Tok Bali ke sempadan negara Thailand sepanjang 85 kilometer. Projek dengan anggaran kos sebanyak RM600 juta itu merupakan antara cadangan Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya Kebangsaan (HNDP) yang diterbitkan pada tahun 2008.

Pada masa kini kementerian Kerja raya sedang merunding untuk mendapatkan kelulusan peruntukan daripada Agensi Pusat bagi tujuan mereka bentuk projek berkenaan dalam rolling plan ke – 3,RMKe_10 (2013-2014).

MP PAS Pasir Puteh: Sempadan Kelautan Negeri2 ?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN [PASIR PUTIH]
TARIKH : 27.09.2012 (KHAMIS)
SOALAN 38 : Minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sempadan kelautan bagi negari-negeri semenanjung Malaysia terutama bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, sebelum pembentukan Persekutuan Tanah Melayu Ber4banding selepas menyertai Persekutuan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk Makluman Ahli Dewan yang Berhormat, berdasarkan rekod-rekod, antara lain, Territorial Waters Jurisdiction Act 1878 ( akta pihak british), ketika zaman Persekutuan Tanah Melayu seperti negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi urusan pentadbiran dan sebagainya adalah tidak melebihi one marine league (bersamaan dengan 3 batu nautika )yang diukur dari tikas air surut (low-water line) di persisiran pantai.

Dalam perkembangan seterusnya,setelah terbentuknya Persekutuan perkara-perkara mengenai sempadan maritime negeri-negeri terdapat dalam Kanun Tanah Negara (Akta 56/1965), Ordinan darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No. 7/1969 dan No. 11/1669 yang antara lain adalah seperti berikut:

Ordinan darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No. 11/1969 Subsekyen (2) seksyen 4
‘’Bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966, akta Lombong Petroliam 1966, Kanun Tanah Negara dan mana-mana undang-undang bertulis mengenai tanah yang berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan mengenai perairan wilayah yang terdapat di dalamnya hendaklah ditaksifkan sebagai satu sebutan mengenai bahagian laut bersempadan dengan pantai negeri tersebut tidak lebih daripada tiga batu nautika yang diukur daripada tikas air surut.’’

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.11/1969 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Laut wilayah 2012 yang telah berkuatkuasa pada 22 jun 2012. Perkara-perkara berkaitan perairan laut wilayah negeri-negeri yang terdapat dalam Akta Laut Wilayah 2012 yang antara lain adalah seperti berikut:

Had laut wilayah
‘’3. (3) Bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83]. Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95}, Kanun Tanah Negara [Akta 56/65] dan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan mengenai laut wilayah dalamnya hendaklah berhubung dengan mana-mana wilayah ditafsir sebagai sebutan mengenai bahagian laut itu yang berdapingan dengan pantai wilayah itu tidak melebihi 3 batu nautika diukur dari garis air surut.’’
Sekian, Terima kasih.

Semua pihak bersetuju dengan pelaksanaan RON95?

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 31
DARIPADA : TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN (PASIR PUTEH )
TARIKH : 22.10.2009

TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN (PASIR PUTEH ) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah pihak Kementerian telah membuat kajian yang mendalam terhadap penggunaan RON95 di terutamanya kesan terhadap enjin kenderaan.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Sebelum keputusan untuk memperkenalkan RON95 dilaksanakan, beberapa siri perbincangan antara pihak Kerajaan, NGO dan persatuan kenderaan telah diadakan bagi mendapatkan maklum balas dari setiap aspek penggunaan petrol RON95.

Semua pihak tersebut bersetuju dengan pelaksanaan RON95 memandangkan ianya boleh menyumbang kepada alam sekitar yang bersih clan sesuai bagi kebanyakan enjin kenderaan di Malaysia.

Kebanyakan enjin kenderaan ketika ini menggunakan teknologi yang direkabentuk sesuai dengan penggunaan petrol RON95. Dengan menggunakan petrol yang mempunyai nilai RON minimum yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan sepertimana yang disyorkan oleh pengeluar enjin kenderaan akan memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya lantas mengelakkan berlakunya fenomena ketukan enjin.

Oleh yang demikian, sekiranya enjin kenderaan cukup sekadar dengan pembakaran RON95, penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan kepada keupayaan enjin secara optimum. Para pengguna boleh merujuk buku panduan kenderaan atau pengeluar enjin kenderaan bagi memastikan tahap minimum RON yang diperlukan.

Negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95. Di Eropah, penggunaan petrol RON95 adalah lebih 80% daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.

Walaubagaimanapun, petrol RON97 masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukan nilai RON minimum 97 terutamanya kenderaan-kenderaan yang berkuasa tinggi.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,527 other followers