MP PAS Pendang: Projek Khusus Pembangunan Daerah Pendang sejak 2008?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: DATO DR HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN [ PENDANG ]
TARIKH : 30.10.2012 (SELASA)

SOALAN 28 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan persekutuan yang disalurkan melalui Projek khusus untuk pembangunan Daerah Pendang sejak 2008 dan berapakah projek yang telah dilaksanakan dan disiapkan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman ahli yang berhormat, dari tahun 2008 hingga 2012 siling peruntukan RM 115.1 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan 93 Program / Projek pembangunan di dalanm Daerah Pendang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 71 projek telah disiapkan.

MP PAS Pendang: Kos peralatan ICT PPSMI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB DATO DR HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN [ PENDANG ]
TARIKH : 24.10.2012 (RABU)

SOALAN 28 : Minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengenai jumlah kos peralatan ICT untuk program PPSMI sehingga kini termasuk software dan hardwarenya serta dimanakah status pembelajaran PPSMI kini.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kos keseluruhan bagi menbangunkan Teaching Courseware PPSMI fasa 1-6 adalah sebanyak RM220 juta, sementara kos bagi hardware fasa 1-6 adalah berjumlah RM 2.66 bilion.

Keputusan berkenaan status pembelajaran PPSMI telah diumumkan oleh YAB Menteri Pembelajaran pada 4 November 2011 dan juga melalui surat siaran KPM Bil. Tahun 2011 bertarikh 14 November 2011 bahawa pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dilaksanakan secara soft landing. Ini bermaksud mired sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum 2010 boleh meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5.

MP PAS Pendang: Cukai Jualan dan Duti Eksais Juala Kereta semenjak tahun 2000

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB DR. HAJI MODH HAYATI BIN OTHMAN [PENDANG]
TARIKH : 01.10.2012 (ISNIN)
SOALAN 33 : Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai berapakah jumlah cukai jualan dan duti eksais untuk jualan kereta setiap tahun sejak tahun 2000.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
untuk makluman yang berhormat, jumlah kutipan duti eksais dan cukai jualan ke atas kereta dari tahun 2000 hingga 2011 adalah berjumlah RM66.3 bilion iaitu sebanyak RM 56.17 bilion (85%) bagi duti eksais manakala sebanyak RM 10.13 bilion (15%) bagi cukai jualan.

117 orang Pengarah beragama Islam terlibat dalam syarikat berkaitan Arak

Pertanyaan Jawab Lisan Dijawab Bertulis Bagi Soalan No 38 pada 11 November 2009

Dr. Haji Mohd Hayati bin Othman ( Pendang ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah orang-orang Islam yang terlibat sebagai Pengarah syarikat berkaitan arak clan judi di dalam Negara Malaysia.

Jawapan:
Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 117 orang Pengarah syarikat berkaitan arak yang beragama Islam dan tiada orang-orang Islam yang terlibat sebagai pengarah syarikat judi di negara ini

MP PAS Pendang: Apa tujuan dokumen di OSA kan?

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 35
DARIPADA : Y.B. DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN [Pendang]
TARIKH : 10 NOVEMBER 2009

Y.B. DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN (PENDANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah yang dimaksudkan dan dikategorikan sebagai dokumen OSA dan tujuan ianya dikategorikan di dalam dokumen OSA berkenaan.

JAWAPAN : Tuan yang Dipertua,

Buat pengetahuan Ahli Yang Berhormat, yang dimaksudkan sebagai dokumen Akta Rahsia Rasmi (Official Secret Act (OSA)) ialah dokumen yang menepati tafsiran rahsia rasmi di bawah seksyen 2 Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) iaitu:

“rahsia rasmi” ertinya apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa maklumat dan bahan berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”, mengikut mana yang berkenaan, oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 2B;

Di samping itu, yang dimaksudkan sebagai Dokumen OSA juga meliputi suratan rasmi bagi apa-apa maksud kepada keselamatan dan kepentingan Malaysia di bawah seksyen 9(2) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

Tujuan ia dikategorikan di dalam dokumen OSA ialah untuk memelihara rahsia rasmi dan dokumen rasmi yang mempunyai kepentingan keselamatan Negara daripada jatuh ke tangan orang-orang yang tidak dibenarkan dan dikelaskan mengikut peraturan yang terkandung dalam Buku Arahan Keselamatan Kerajaan. la juga bertujuan untuk mencegah kelalaian yang bersalahan, iaitu satu kesalahan jenayah dan juga untuk menghalang apa-apa bantuan haram yang sengaja diberikan kepada pihak lain termasuk agensi Negara asing atau subversif.

Suratan dikategorikan di bawah OSA adalah mengandungi maklumat sensitif dan aksesnya dihadkan kepada orang tertentu bagi mengelakkan daripada terdedah dan boleh membawa implikasi yang amat besar kepada Malaysia, membahayakan keselamatan Negara, memberikan keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing, memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau menyebabkan kesusahan kepada pentadbiran.

Sekian. Terima kasih.

Jenayah Indeks seluruh negara 2005 – 2009

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 35
DARIPADA : DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN [ PENDANG ]
TARIKH : 22 OKTOBER 2009 2058

Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah jumlah indeks jenayah bagi seluruh negara mengikut negeri-negeri sejak tahun 2005 hingga kini.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Pendang yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, jumlah jenayah indeks yang dicatatkan mengikut negeri di seluruh negara bermula daripada tahun 2005 sehingga kini adalah seperti berikut:-

MP Pakatan Rakyat Bahas Bajet 2010 Kem Kemajuan Luar Bandar (3)

Sesi Perbahasan Rang Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) pada 24 November 2009

MP PKR Balik Pulau – YB Mohd Yusmadi Yusoff Bahas

MP PAS Pendang – YB Dr Mohd Hayati bin Othman Bahas

MP PAS Padang Terap vs Timbalan Menteri

Nota: Bajet 2010 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Kepala B22, P22; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 3,516,857,300 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 3,698,013,000.

Wang dipulangkan kepada pencarum jika tiada anak

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 24 November 2009

- Soalan tambahan MP PAS Pendang kepada soalan asal No. 5. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) apakah usaha-usaha bagi menggalakkan budaya penabungan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) serta apakah kelebihan sekiranya membuat potongan gaji SSPN; dan (b) berapakah jumlah nilai akaun deposit sejak SSPN mula diperkenalkan pada Ogos 2004 mengikut negeri-negeri. [24 Nov. 2009]

MP PAS Pendang prihatin Wanita

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 23 November 2009

- Soalan tambahan MP PAS Pendang kepada soalan asal No. 3. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramai wanita yang berjaya dalam perniagaan di Malaysia ini supaya boleh menjadi model kepada wanita lain. [23 Nov. 2009]

MP PAS Pendang: Apakah rasional RM5,000 ….

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 16 November 2009

– Soalan tambahan MP PAS Pendang kepada soalan asal No. 9. Dato’ Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah pelaksanaan dasar pembelian kereta terpakai yang telah berusia 15 tahun bagi tujuan pelupusan dan sehingga kini, berapa ramai pemilik kenderaan yang menyertai skim ini dengan jumlah kenderaannya sekali [16 Nov 2009

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers