Mahfuz Omar [ PAS Pokok Sena ] Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013

Dewan Rakyat 15 Julai 2013

PAS Pokok Sena Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013

b. USUL-USUL DAN RANG UNDANG-UNDANG BACAAN KALI KEDUA
1. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“BAHAWASANYA, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula beberapa Kementerian berkuat kuasa 16 Mei 2013 seperti berikut :
(a) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan dengan Kementerian Pelajaran yang kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan;
(b) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi berkaitan kebudayaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Pelancongan yang kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; dan
(c) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi kesejahteraan bandar di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang kini dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Continue reading

MP PAS Pokok Sena: Sambutan Hari Koperasi tidak dapat sambutan?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: DATO HAJI MAHFUZ BIN OMAR [ POKOK SENA ]
TARIKH : 30.10.2012 (SELASA)

SOALAN 30 : Minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kenapa dan apakah puncanya majlis perasmian Hari Koperasi Negara yang di rasmikan oleh Perdana Menteri pada 14 Julai 2012 tidak mendapat sambutan yang menggalakkan serta kehadiran peserta yang tidak ramai seperti majlis perasmian yang lain.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Hari koperasi Negara telah di adakan sejak tahun 2002 dengan tujuan untuk menghargai sumbangan gerakan koperasi kepada pembangunan negara dan sambutan bagi tahun ini merupakan sambutan kali ke-11.

Bagi tahun 2012, seramai 100,000 kehadiran telah disasarkan untuk majlis perasmian Hari Koperasi Negara oleh YAB Perdana Menteri pada 14 Julai 2012 jam 8.30 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tempat ini dipilih kerana ia boleh menampung kapasiti kehadiran tersebut dan acara perasmian dilaksanakan pada waktu malam mengikut kesesuaian tempat mengikut masihat daripada pihak perbadanan stadium untuk keselesaan semua pihak.

Daripada sasaran tersebut, seramai 76,000 orang telah hadir dan jumlah ini tidak termasuk yang berada di tapak ekspo di luar stadium. Jumlah ini adalah jauh lebih besar berbanding contoh pada tahun 2011 seramai 20,000 orang telah menghadiri majlis perasmian oleh YAB Perdana menteri di Putrajaya.

Berdasarkan angka kehadiran di atas, di dapati kehadiran pada tahun ini adalah jauh lebih ramai. Jumlah kehadiran yang disasarkan tidak dicapai kerana kegagalan syarikat bas menyediakan pengangkutan yang dijanjikan. Perkara ini adalah di luar kawalan SKM.

MP PAS Pokok Sena: Projek2 di bawah TERAJU?

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN: LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB. DATO’ HAJI MAHFUZ BIN OMAR [ POKOK SENA ]
TARIKH: 29.10.2012

NO. SOALAN: 16 Minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah bilangan dan nilai projek-projek yang telah diagihkan kepada kontraktor-kontraktor dan firma bumiputera melalui usaha yang dijalankan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sejak penubuhan TERAJU pada 2011. Namakan projek serta kontraktor dan firma Bumiputra yang diberikan projek berkenaan.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Pada dasarnya, TERAJU tidak mengurnia atau mengagihkan kontrak dan projek kepada kontraktor-kontraktor serta syarikat-syarikat Bumiputra. Namun begitu, melalui intervensi strategik dan usaha-usaha yang dijalankan oleh TERAJU bagi memperkasa ekonomi Bumiputra seperti insiatif carve out (dengan izin) yang mengagihkan sebanyak 47% kos projek MyMRT atau nilai benar sebanyak RM 9.3 bilion kepada kontraktor dan syarikat Bumiputra. Inisiatif carve out (dengan izin) setakat ini telah memberi manfaat kepada 23 syarikat Bumiputra yang terpilih untuk melaksanakan projek MyMRT melalui proses pemilihan yang telus.

Selain itu, dalam usaha menyediakan platform kolaborasi Syarikat Bumiputra yang telah Berjaya (BCC) dengan Syarikat TERAS sebagai usaha untuk menyediakan pekuang perniagaan untuk syarikat-syarikat TERAS, BCC telah digalakkan untuk mengadakan kolaborasi bersama syarikat-syarikat TERAS untuk membantu syarikat-syarikat ini mencapai peningkatan perniagaan dan mengembangkan perniagaan di peringkat serantau tanpa bergantung kepada kontrak Kerajaan. Kolaborasi tersebut melibatkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selama 21 tahun. Manakala, satu rangkaian bekalan bernilai RM500 juta dalam industri pembinaan and kontrak bekalan akan diwujudkan bagi Bumiputra untuk tempoh 2 tahun.

MP PAS Pokok Sena: Pemberian Kuota Beras?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN :  LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DATO HAJI MAHFUZ BIN OMAR [ POKOK SENA ]
TARIKH : 24.10.2012 (RABU)

SOALAN  37 : Minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan  :
a)      Apakah langkah pembaikan yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam pemberian kuota beras nasional ST15% dan senaraikan syarikat atau individu yang mendapat kuota beras ST15 dan nyatakan jumlah yang diperoleh oleh setiap syarikat dan individu.
b)      Apakah langkah pembaikan yang dilakukan Kementerian dalam program pembekalan benih padi sah kepada petani, senaraikan juga syarikat yang dilantik mengikut agihan kuota untuk membekal benih padi sah pada petani.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian telah mengambil beberapa langkah penambahbaikan pelaksanaan Program Beras Subsidi ST15 % seperti berikut;

  1. Penyedia garis panduan pelaksanaan program beras subsidi ST15 %
  2. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaksanaan Program Beras Subsidi
  3. Penguatkuasaan dan pemantauan secara berterusan ke atas pemborong yang mendapat kuota beras subsidi
  4. Penubuhan ‘flying squad” di peringkat ibu pejabat kawalselia padi dan beras untuk menjalankan pemeriksaan khas ke atas pengilang,pemborong dan peruncit yang terlibat dalam pelaksanaan program beras subsidi
  5. Membuat kajian untuk mewartakan Beras ST 15% sebagai barang kawalan.

Pembahagian kuota di kalangan pemborong adalah berasaskan kepada beberapa criteria terutamanya jumlah penduduk yang miskin, prestasi jualan pemborong-pemborong dan kemudahan serta kapasiti mesin pengempitan masing-masing.

Secara asasnya, bekalan beras St 15 % yang dikeluarkan sebanyak 40,000 tan metrik sebulan dan Semenanjung dan 20,000 MT di Sabah/Sarawak.  Jumlah pembborong yang terlibat di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 337 buah syarikat manakala di Sabah/ Sarawak adalah berjumlah 229 buah syarikat.

Sementara itu,mengenai penambahbaikan pelaksanaan program pengeluaran benih padi sah, pembekalan benih padi sah telah di buat secara tender terbuka bagi tahun 2013-2014.  Disamping itu,dari segi pemantauan kualiti pula Jabatn Pertanian akan mengeluarkan perakuan benih padi bagi memastikan ianya mengikut spesifikasi dan tahap piawaian benih di bawah standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM-2009) seperti dari segi ketulenan biji benih sah pada kadar 98%, percambahan pada kadar 80% dan kelembapan pada kadar 14 %.

Syarat-syarat tender juga diperketatkan di mana syarikat pengeluar diwajibkan mempunyai Indented Cylinder yang boleh mengasingkan padi angin dan benih padi sah.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menggalakkan pesawah menggunakan benih padi yang bermutu tinggi dan disahkan supaya hasil pengeluaran padi dapat ditingkatkan selain membantu pesawah mendapatkan bekalan benih yang lebih murah dan berkualiti.

Sebanyak 9 syarikat telah dilantik untuk membekalkan benih padi yang sah kepada bagi tahun 2012 yang terdiri daripada syarikat milik kerajaan, agensi kerajaan dan swasta.kuota pengeluaran yang diluluskan adalah seperti yang berikut:

BIL                                       SYARIKAT  KUOTA(MT)
1 Paddytech resources Sdn Bhd  3,158
2 Kelang Beras Jelapang Selatan (muar) Sdn Bhd  3,158
3 FELCRA Plantation Services Sdn Bhd  6,316
4 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)  6,316
5 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lahar Baru  7,680
6 Bernas Bhd  9,474
7 Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd  9,474
8 Haji Md Nor bin Hj Abd rahman (M) Sdn Bhd  12,632
9 Kilang Beras Seri Merbok Sdn Bhd  21,792
                                                          JUMLAH  80,000

HDC ambilalih pengeluaran sijil Halal JAKIM April 2008

PERTANYAAN LISAN DIJAWAB BERTLIS BAGI SOALAN NO: 32
DARIPADA : Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ]
TARIKH : 19 Oktober 2009

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah ringgit Malaysia yang diperuntukkan kepada HDC sewaktu pengambilalihan pengendalian urusan persijilan halal dari JAKIM tempoh hari.

Jawapan : (Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semasa pengambilalihan urusan Pensijilan Halal daripada JAKIM, Halal Industry Development Corporation (HDC) tidak diberi peruntukan kewangan yang khusus untuk melaksanakan urusan pensijilan Halal tersebut. HDC telah mengambil alih urusan pengeluaran sijil Halal daripada JAKIM dari bulan April 2008 sehingga Kerajaan memutuskan pengeluaran Sijil Halal dikembalikan kepada JAKIM pada Julai 2009.

HDC telah menggunakan peruntukkan yang sedia ada bagi melaksanakan segala perbelanjaan operasi pensijilan halal termasuklah pemprosesan permohonan, pemantauan dan pengauditan sijil Halal.

Dalam tempoh pengendalian pensijilan Halal oleh HDC, sejumlah RM1.2 juta telah dibelanjakan bagi menampung semua kos operasi berkaitan pensijilan Halal. Dalam tempoh tersebut, HDC juga telah mengeluarkan sebanyak 4,970 sijil Halal, merangkumi produk halal, premis makanan, pusat penyembelihan dan logistik.

MP Pakatan Rakyat vs Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (2)

Sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air) pada 2 Disember 2009.

Nota: Bajet 2010 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Kepala B29, P29; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 121,123,900 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,326,865,000.

Mahfuz minta PAC siasat peruntukan Dana RM10 bilion kepada Khazanah Nasional

MP PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar petang tadi menyerahkan surat memohon Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid menyiasat peruntukan dana RM10 bilion dalam pakej ransangan ekonomi yang diberikan pada Khazanah Nasional Berhad tahun lepas.

MP PAS Pokok Sena, Dato Mahfuz Omar menyerahkan surat permohonan kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid. Turut memerhati Ahli PAC, Dato' Kamarudin Jaffar

Permintaan Mahfuz itu ekoran Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar sebelum ini yang berjanji menyediakan lebih 70 ribu peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang, projek ‘pasang siap’ serta pelaburan khusus di Wilayah Pembangunan Malaysia (WPI) melalui pakej tersebut.

“Saya mahu suatu siasatan dibuat ke atas Khazanah Nasional, saya nak tahu projek apa (yang dibuat), di mana (impak pembangunan) dan sejauh mana projek tersebut sedang dilaksanakan,” gesa Mahfuz.

Beliau turut mempersoal tentang penyusutan 1.2 peratus ekonomi negara.

“Mengapa boleh ada penyusutan ekonomi negara sebanyak 1.2 peratus untuk suku tahun ketiga tahun ini, sedangkan Khazanah menjanjikan pelbagai projek pasang siap dengan ransanga ekonomi ini, sepatutnya penyusutan ini tidak berlaku.”

“Apakah langkah pemantauan yang diambil oleh Khazanah untuk pantau RM10 bilion ini? Ada ketelusankah di dalamnya (pengurusan dana) dan bagaimana ia menguntungkan rakyat,” soal Mahfuz lagi.

Beliau yang juga Naip Presiden PAS berkata, ada pihak berpendapat peruntukan dana tersebut untuk meransang saham beberapa anak syarikat Khazanah sendiri di dalam Bursa Saham Malaysia.

Beliau turut memberikan contoh, sejumlah wang tertentu dari dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan untuk menyelamatkan ValueCap Sendirian Berhad.

Tambahnya lagi, kerajaan juga memperuntukan banyak dana untuk meransang ekonomi nasional sebelum ini, namun rakyat tidak merasai impak ekonomi dan pembangunan dari pakej ransangan tersebut.

Dana-dana yang dimaksudkan termasuk pemberian RM2 bilion kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk membina terminal pengangkutan tambang murah di KLIA.

Selain itu, kerajaan juga memperuntukan dana RM250 juta untuk pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang.

Telekom Malaysia Berhad turut mendapat RM2 bilion untuk penyediaan sistem jalur lebar berkelajuan tinggi dan RM480 juta kepada PLUS Berhad kerana tidak menaikan tol.

Selepas membuat kenyataan tersebut, Mahfuz menyampaikan suatu memorandum kepada Azmi.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers