MP PAS Shah Alam: Status Pembinaan Sekolah di U10 Shah Alam

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB TUAN KHALID BIN ABDUL SAMAD [ SHAH ALAM ]
TARIKH : 30.10.2012 (SELASA)

SOALAN 18 : Minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah projek pembinaan sekolah di kawasan U10 Shah Alam akan dimulakan dan siapakah kontraktor yang telah dipilih.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merancang dan menyediakan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan di U10 Shah Alam. Sehingga kini, projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana yang terletak di kawasan U10, Shah Alam, Selangor telah dimulakan pembinaannya pada 18 September 2012.

Untuk makluman ahli yang berhormat, kontraktor yang terpilih adalah Syarikat Huzil Engineering Sdn Bhd.

MP PAS Shah Alam: Kerajaan belum bersedia laksana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN KHALID BIN ABD SAMAD [SHAH ALAM]
TARIKH : 17.10.2012 (RABU)

SOALAN 29 : Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada pihak kementerian mempunyai rancangan untuk melaksanakan GST tahun depan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman yang berhormat, kerajaan belum lagi menetapkan tarikh sebenar untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan GST. Apa yang dilakukan sekarang adalah menjalankan kajian bagi memastikan pelaksanaannya dapat dibuat dengan teratur dan tidak memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Selain itu, Kerajaan juga memberi masa yang secukupnya kepada semua pihak untuk membuat persediaan yang sewajarnya. Program penerangan, pendidikan dan proses rundingan secara inklusif yang sedang digerakkan juga akan diteruskan dan di perluas ke seluruh negara.

Pengeluaran Petroleum Negara Tahun 2005 – 2008

Pertanyaan Jawab bertulis Dewan Rakyat pada HARI ISNIN : 23 NOVEMBER 2009

DARIPADA : Y.B TUAN KHALID BIN ABDUL SAMAD (SHAH ALAM)
SOALAN : NO.20

Y.B Tuan Khalid bin Abdul Samad (Shah Alam) minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus sumbangan negeri Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan kepada pengeluaran petroleum negara antara 2005 hingga 2008 serta jumlahnya dalam ringgit Malaysia.

JAWAPAN :

Tuan Yang di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peratus pengeluaran minyak mentah, kondensat dan gas dari luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak antara tahun kewangan berakhir 31 Mac 2005 hingga 2008 adalah seperti berikut :

Anggaran nilai berdasarkan penjualan minyak & kondensat dan gas asli bagi tahun-tahun kewangan tersebut adalah seperti berikut:

Sekian, terima kasih

MP Pakatan Rakyat Bahas Bajet Kementerian Pengangkutan (3)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Pengangkutan) pada 1 Disember 2009

MP PKR Wangsa Maju – YB Wee Choo Keong Bahas

MP DAP Batu Gajah – YB Fong Po Kuan Bahas

MP PAS Shah Alam – YB Khalid Samad bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Pengangkutan
Kepala B28, P28; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 925,588,600 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM2,168,687,000.

MP PAS Shah Alam Bahas Bajet 2010 Jabatan Perdana Menteri

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa), 17 November 2009

MP PAS Shah Alam Bahas Bajet 2010 JPM – YB Khalid Samad membahaskan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) bagi Kepala Bekalan B1-B9 dan P6/P7 Jabatan Perdana Menteri pada 17 November 2009.

Jabatan Kastam Kelantan taksir cukai kawasan JDA? – MP PAS Shah Alam

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 16 November 2009

Jabatan Kastam Kelantan taksir cukai kawasan JDA? – MP PAS Shah Alam kemuka soalan No. 14. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak bilakah Jabatan Kastam Kelantan digunakan untuk tujuan taksiran dan kutipan cukai bagi pengeluaran gas dan minyak di kawasan Joint Development Area (JDA) melibatkan Malaysia – Thailand dan Malaysia – Vietnam Commercial Area Agreement (CAA) dan kenapakah sebelum ini Jabatan Kastam Terengganu digunakan sedangkan Kota Bharu adalah lebih dekat bagi kawasan-kawasan itu. [16 Nov 2009]

Bagaimanapun Khalid tidak sempat kemuka soalan tambahan sebab masa tamat.

Punca kenapa rakyat Malaysia guna kereta ‘tua’

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar – Penggulungan oleh Menteri dan Timbalan Menteri), 10 November 2009

Punca kenapa rakyat Malaysia guna kereta ‘tua’ – MP PAS Shah Alam, Khalid Samad mencelah penggulungan Bajet 2010 Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 10 November 2009

MP PAS Shah Alam: Rasional Pembinaan Projek Hidro?

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar), 10 November 2009

MP PAS Shah Alam, Khalid Samad mencelah penggulungan Bajet 2010 Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Dewan Rakyat pada 10 November 2009.

MP PAS Shah Alam Bahas Bajet 2010

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar), 5 November 2009

YB Khalid Abdul Samad membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Dasar) di Dewan Rakyat pada 5 November 2009

Soalan MP PAS Shah Alam mengenai ‘kepala lembu’ tidak dijawab

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 4 November 2009

Soalan tambahan MP PAS Shah Alam kepada soalan asal No. 2. Dato’ Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah sebab dan faktor-faktor yang meyakinkan sehingga Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Kerajaan Malaysia dapat memainkan peranan utama untuk menganjurkan dialog antara agama melibatkan pelbagai negara bagi menjamin persefahaman antara penduduk dunia berbilang bangsa dan agama. [4 November 2009]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,354 other followers