MP Tumpat: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Dato’ Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] Minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapakah purata jumlah penerbangan dan penumpang setiap hari yang menggunakan lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

2. Dato’ Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] Minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah keputusan terkini laluan baru keretapi ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan bilakah pembinaan akan bermula.

3. Dato’ Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] Minta Menteri Luar Negeri menyatakan bilakah Kedutaan Malaysia di Palestin akan dibuka.

4. Dato’ Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] Minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan berapakah jumlah kedai-kedai (outlet) judi di seluruh Negara mengikut negeri pada tahun 2012.

5. Dato’ Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] Minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan perancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir yang diakibatkan oleh air bertakung yang sering berlaku di kawasan-kawasan sebelah Malaysia di tepi Sungai Golok.

6. Dato’ Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] Minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menzahirkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Parlimen sebagaimana yang wujud di hampir semua badan legislatif di seluruh dunia.

7. Dato’ Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] Minta Perdana Menteri menyatakan jumlah makmum uang boleh di muat oleh tiap-tiap Masjid Negeri di seluruh Negara.

8. Dato’ Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] Minta Perdana Menteri menyatakan bilakah royalti Petronas akan diberikan kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang layak.

9. Dato’ Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] Minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah jambatan antara Pengkalan Kubor dan Takbai, Thailand akan dibina.

10. Dato’ Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] Minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan perancangan kerajaan untuk meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan bagi nelayan di di Getting, Tumpat.

MP PAS Tumpat: Minta Petronas majukan ‘Supply base’ Tok Bali?

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB. DATO’ KAMARUDIN BIN JAAFAR [ TUMPAT ]
TARIKH: 29.10.2012

NO. SOALAN: 33 Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan PETRONAS untuk membangunkan Tok Bali sebagai sebuah ‘supply base’ yang lengkap memberi khidmat kepada telaga minyak dan gas di perairan Kelantan dan Thailand.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Tok Bali ‘supply base’ adalah dimiliki oleh Syarikat persendirian. Buat waktu ini PETRONAS belum mengenal pasti keperluan untuk menggunakan Tok Bali sebagai Supply Base.

MP PAS Tumpat: Langkah Kerajaan Jayakan perjuangan Rakyat Palestin

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DATO KAMARUDIN BIN JAFFAR [TUMPAT]
TARIKH : 24.10.2012 (RABU)

SOALAN 12 : Minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah terkini Kerajaan untuk menjayakan perjuangan rakyat Palestin.

JAWAPAN
Untuk makluman dewan yang mulia ini, Dasar Malaysia adalah konsisten sejak dahulu lagi yang secara terbuka menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin dalam mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel serta bagi penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Yang Amat Berhormat Perdana mEnteri dan YB Menteri Luar Negeri masing-masing dalam Sesi ke-4 Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Mekah, Arab Saudi pada 14 dan 15 ogos 2012 dan Sidang kemuncak Negara-negara Berkecuali (NAM) pada 28 hingga 31 ogos 2012 di Tehran. Iran telah menggesa negara-negara anggota OIC dan Nam untuk membantu dalam apa jua cara demi perjuangan rakyat Palestin.

Pada 29 September 2012, YB Menteri Luar Negeri dalam kenyataannya semasa sesi ke-67 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan bahawa Malaysia menyokong hasrat Palestin untuk menjadikan Negara Bukan Ahli PBB dengan izin UN Non-member state dan menggesa negara-negara ahli PBB yang lain untuk turut serta menyokong hasrat Palestin tersebut.

Kerajaan Malaysia sentiasa member sokongan dari segi politik, ekonomi, kewangan, moral dan sosial kepada perjuanagan Palestin. Selain dari itu, Kerajaan Malaysia juga menberi sumbangan kepada united nations relief and works agency (UNRWA) yang dipertanggungjawabkan untuk membantu dan menjaga kebajikan pelarian Palestin di Semenanjung Gaza, Tebing Barat, Jordan, Syria dan Lubnan. Kerajaan Malaysia telah membuat sumbangan tahunan kepada UNRWA sejak tahun 1978 dan akan terus membuat sumbangan kewangan kepada badan tersebut.

Kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri akan menganjurkan The International Day of Solidarity with the Palestinian People di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kuala Lumpur pada 29 September 2012. Sambutan ini juga dikenali sebagai Solidarity day dan disambut pada tanggal 29 November pada setiap tahun. Kementerian Luar Negari akan menganjurkan beberapa program lain seperti Forum, Pameran dan Dokumentari Filem yang dibuka kepada orang awam.

Secara lazimnya, sambutan solidarity day ini dizahirkan melalui penganjuran aktiviti dan program bagi masyarakat antarabangsa, termasuk Malaysia untuk menunjukkan sokongan dan kebersamaan kita kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya untuk mengembalikan tanah air mereka sebagai negara berdaulat dan merdeka setelah sekian lama ditindas dan dijajah oleh Rejim Israel.
Sekian Terima Kasih.

MP PAS Kubang Kerian: Sejauhmana Petronas teroka Kawasan Baru minyak dan gas?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN SALAHUDDIN BINHAJI AYUB [KUBANGT KERIAN]
TARIKH : 03.10.2012 (RABU)
SOALAN 28 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Rancangan Petronas untuk menerokai simpanan minyak dan gas di kawasan-kawasan lain dalam negara ini selain dari kawasan-kawasan yang sedang dan telah diusahakan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman ahli yang berhormat, PETRONAS sentiasa membuat kajian-kajian geologi dan geofizik menggunakan teknologi terkini secara berterusan untuk mengenalpasti potensi minyak dan gas di kawasan – kawasan selain dari yang telah dan sedang diusahakan.

Setelah kawasan baru dikenalpasti potensi minyak dan gasnya, PETRONAS seterusnya akan menawarkan kawasan tersebut kepada pelabur-pelabur untuk diterokai dan dibangunkan melalui prosese bidaan kompetitif.

MP PAS Tumpat: Langkah Penyelesaian Jangka panjang masalah Air Seluruh Negara

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ KAMARUDDIN BIN JAFFAR TUMPAT ]
TARIKH : 26.09.2012 (RABU)
SOALAN : Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi menyelesaikan secara jangka panjang masalah air yang berlaku di seluruh negara.

JAWAPAN :
Tuan Yang di-Pertua,
1. Kerajaan Persekutuan komited untuk menyelesaikan masalah air di seluruh negara dan memastikan bekalan air yang berkualiti dan berterusan dapat dibekalkan kepada pengguna.Berdasarkan komitmen ini,Kerajaan Persekutuan sedang menstrukturkan semula industri perkhidmatan bekalan air negara bagi mewujudkan industry perkhidmatan bekalan air yang mapan dan berdaya maju.

2. Melalui skim penstrukturan semula industry perkhidmatan bekalan air negara, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang dimiliki sepenuhnya oleh kementerian kewangan ,akan mengambil alih semua hutang berkaitan air kerajaan-kerajaan negeri dan sebagai balasan, kerajaan-kerajaan negeri akan memindah milik aset air secara pajakan kepada PAAB untuk tempoh yang dipersetujui bersama.Dengan pengambilan liabilitydan aset ini,kerajaan-kerajaan negeri tigak lagi mempunyai hutang berkaitan air dengan Kerajaan Persekutuan,sementara operator-operator air pula boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja operasi perkhidmatan air.Mereka tidak perlu mendapatkan pembiayaan bagi tanggungjawab tersebut akan di ambil alih oleh PAAB.

3. Bagi mengawal selia industri perkhidmatan bekalan air negara,Suruhanjaya perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah ditubuhkan melalui Akta SPAN 2006 (Akta 654) yang berkuatkuasa pada 1 februari 2007. SPAN sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan air negara bertanggungjawab untuk menguatjuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008.

4. Bagi memastikan PAAB dan operator-operator air memberikan perkhidmatan yang terbaik dan efisyen kepada para pengguna, PAAB dan operator-operator air dilesenkan di bawah akta 655 oleh SPAN dan dikenakan syarat-syarat serta petunjuk prestasi utama untuk dipenuhi. Melalui lesen yang dikeluakan ini, SPAN dapat memantau prestasi PAAB dan operator-operator air dan memastikan perkhidmatan yang cekap diberikan kepada pengguna.

5. Melalui pelaksanaan skim penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negara operator-operator air akan mendapat pembiayaan bagi pembangunan infrastruktur bekalan air masa hadapan melalui PAAB dan pembiayaan secara geran bagi pembangunan infrastruktur sumber air daripada Kerajaan Persekutuan.Selain itu, penguatkuasa Akta 655 dan pengawalselian oleh SPAN akan menjadikan industri perkhidmatan bekalan air lebih cekap ,mapan dan berdaya maju serta dapat memastikan bekalan air yang mencukupi dan berterusan kepada pengguna.

MP PAS Tumpat: Usaha Wakil Kementerian berfungsi dalam GLC?

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 37
DARIPADA : DATO’ KAMARUDIN BIN JAAFAR (TUMPAT)
TARIKH : 10.11.2009

Dato’ Kamarudin bin Jaafar ( Tumpat ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan untuk memastikan wakil-wakil Kementerian dalam syarikat-syarikat Kerajaan dapat berfungsi dengan berkesan.

JAWAPAN : Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, di antara usaha Kerajaan bagi memastikan wakil-wakil Kementerian dalam syarikat-syarikat Kerajaan dapat berfungsi dengan berkesan adalah seperti berikut :

Pelantikan seseorang individu sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dalam syarikat-syarikat Kerajaan terutamanya sebagai wakil Kerajaan adalah dibuat berdasarkan kepada merit, pengalaman dan kepakaran khusus individu bagi memastikan ALP tersebut dapat menyumbang kepada hala tuju dan matlamat syarikat berkenaan.

Penglibatan ALP wakil Kementerian dalam menentukan hala tuju pengurusan syarikat tersebut adalah kaedah penting bagi memastikan Kerajaan menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemegang saham yang aktif. Dalam perkara ini, mekanisme sokongan yang sistematik disediakan kepada semua ALP lantikannya melalui dokumentasi maklumat tambahan yang berkaitan serta memberikan perspektif yang lebih baik mengenai syarikat berkenaan. Ini bagi membantu dan memastikan ALP mampu melaksanakan pemantauan ke atas perjalanan syarikat dengan lebih cekap dan berkesan.

Selain dari kursus mandatori yang perlu dihadiri oleh setiap ALP di syarikat tersenarai, pihak Kementerian turut menganjurkan kursus khas untuk ALP wakil Kementerian dalam syarikat Kerajaan secara berkala. Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama agensi luar seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi memastikan ALP sentiasa up to date mengenai keperluan pihak berkuasa serta sentiasa peka mengenai tanggungjawab dan fungsi sebagai ALP syarikat.

Selain daripada itu, susulan kepada Program Transformasi GLC yang dilancarkan pada Mei 2004, buku Hijau telah diterbitkan pada April 2006, yang mana menekankan tentang keberkesanan Lembaga Pengarah dalam syarikat GLC. Di antara perkara yang ditekankan adalah Lembaga Pengarah syarikat perlu membuat penilaian pada setiap akhir tahun mengenai keberkesanan Lembaga Pengarah tersebut dan sekira perlu, membangunkan actionable improvement program. Penilaian tersebut boleh dilakukan sendiri oleh Lembaga Pengarah ataupun dengan melantik pihak luar.

Laporan penilaian tersebut perlu dikemukakan kepada pemegang sahamnya, yang mana akan dilaporkan kepada Putrajaya Committee on GLC of High Performance, badan yang bertanggungjawab menyelia dan memantau Program Transformasi GLC ini.

MP Pakatan Rakyat bahas Bajet 2010 Kementerian Pengangkutan (4)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Pengangkutan) pada 1 Disember 2009

MP PAS Tumpat – YB Dato’ Kamarudin Jaffar Bahas

MP PKR Bagan Serai Bahas

MP PAS Baling – YB Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Pengangkutan
Kepala B28, P28; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 925,588,600 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM2,168,687,000.

MP Pakatan Rakyat Bahas Bajet 2010 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) pada 25 November 2009

MP DAP PJ Utara Bahas Bajet 2010 MITI – Kenapa kerajaan tidak lelong AP supaya hasil dapat ditingkatkan RM1.8 bilion lagi – YB Tony Pua

MP PAS Tumpat – YB Dato’ Kamarudin Jaffar Bahas Bajet 2010 MITI

MP PKR Indera Mahkota – YB Azan bin Ismail vs Tim. Menteri

MP DAP Taiping – YB Nga Kor Ming vs Tim. Menteri

MP PAS Kuala Selangor – YB Dr Dzulkefly Ahmad vs Menteri

Nota: Bajet 2010 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kepala B24, P24; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 535,440,800 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,283,672,000.

Bajet 2010: MP Pakatan Rakyat vs Timbalan Menteri Luar

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Luar Negeri) pada 19 November 2009.

MP PAS Parit Buntar dan lain-lain mencelah

MP Bebas Pasir Mas mencelah

MP PKR Balik Pulau mencelah

MP PAS Tumpat mencelah

Pengundian: Bersetuju = 37 Undi, Tidak Bersetuju+ 21 undi

Nota: Kementerian Luar Negeri
Kepala B13, P13; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM450,481,200 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 128,248,000.

Malaysia tidak berminat mencegah rasuah

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa), 19 November 2009

- MP PAS Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Luar Negeri) di Dewan Rakyat pada 19 November 2009.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,449 other followers