2012 in review

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

4,329 films were submitted to the 2012 Cannes Film Festival. This blog had 49,000 views in 2012. If each view were a film, this blog would power 11 Film Festivals

Click here to see the complete report.

MP PAS Pasir Puteh: Aduan pengguna Telefon Bimbit

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN [PASIR PUTIH]
TARIKH : 22.10.2012 (ISNIN)

SOALAN 18 : Minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan aduan-aduan kerugian yang dialami pengguna telefon bimbit akibat eksploitasi penipuan menerusi iklan-iklan yang memperdayakan dan tindakan yang diambil terhadap fenomena ini.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sehingga Jun 2012, sejumlah 477 aduan berkaitan dengan iklan SMS yang mengelirukan/memperdayakan telah diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kementerian amat memandang serius perkara ini.

Oleh yang demikian, pada 1 Julai 2010, SKMM telah menguatkuasakan Standard Mandatori bagi Perkhidmatan Kandungan Mudah Alih mengawal selia perkhidmatan ini dengan lebih efektif. Pematuhan kepada standard mandatory ini adalah wajib dan sebarang perlanggaran boleh membawa kepada hukuman denda maksimum sebanyak RM 100,000 atau penjara maksimum dua atau kedua-duanya sekali.

Pada April 2012, satu arahan juga telah dikeluarkan melarang Content Provider (CP) daripada melakukan aktiviti promosi dan pemasaran melalui kod ringkas siri 6 bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan kod ringkas siri. Pihak Celcos juga telah diarahkan untuk menyekat SMS tersebut sekiranya cuba dihantar oleh CP. SKMM pada masa ini sedang mengawasi aktiviti-aktiviti promosi ini.

Pelbagai siri program kesedaran pengguna juga sedang giat dijalankan oleh SKMM bagi memberi pengetahuan kepada pengguna berhubungan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pemberi perkhidmatan termasuk perkhidmatan kandungan mudah alih.

Rang Undang2 Yang dibahas pada Mesyuarat pada 24 Sept – 29 Nov 2012

Hari ni 29 Nov 2012 adalah hari terakhir sidang Dewan Rakyat ke 12 Parlimen ke 12. Ucapan akhir Speaker, KLIK DI SINI, minit ke 14. Dan Ucapan oleh YB Dr Mohd Hatta Ramli mewakili Pembangkang.

Rang Undang-Undang Yang dibahas dan diluluskan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen ke 12 pada 24 September hingga 29 November 2012

1. (D.R. 30/2012) Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 [ Menteri Kesihatan ]

2. (D.R. 33/2012) Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]

3. ((D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 .

4.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012  [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

6.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ]

7. (D.R. 36/2012) Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja  (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Manusia ]

8. (D.R. 37/2012) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2012 [ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 40/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 [ Menteri Kewangan ]

10. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ]

11. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

12. (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]

13. (D.R. 43/2012) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan)2012 [ Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan ]

14. (D.R. 42/2012) Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

15.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.59 dan ST.60 tahun 2012 disahkan.”

16.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 6, Akta Eksais 1976 supaya PerintahPerintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.96 dan ST. 97 tahun 2012 disahkan.”

17.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 15, Akta Cukai Jualan 1972, Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.98 dan ST. 99 tahun 2012 disahkan.”

MP PAS Kubang Kerian: Pengeluaran minyak/Gas 2009-2011

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN :      LISAN JAWAB BERTULIS

DARIPADA       :     TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB

[KUBANG KERIAN]

TARIKH           :      11.10.2012 (KHAMIS)

SOALAN  30    :  Minta PERDANA MENTERI  menyatakan jumlah pengeluran minyak dan gas di negara pada tahun 2009, 2010 dan 2011 serta pecahan (mengikut Production sharing Contract) perolehan bersih kepada Petronas dan juga perolehan bersih rakan niaga {etronas dalam Production Sharing Contract tersebut seperti Exxon, Shell dan lain-lain serta berapakah jumlah pendapatan kasar dan bersih Petronas pada tahun 2009, 2010 dan tahun 2011.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman ahli yang berhormat,jumlah pengeluaran minyak dan gas negara pada tahun kewangan (April-Mac) 2009, 2010 dan 2011 adalah seperti berikut:

  2009/2010 2010/2011 2011 (April-Disember)
Minyak (Kbd) 535.4 511.8 450.2
Kondensat(Kbd) 121.8 115.2 106.1
Bekalan Gas(Kboe) 974.1 986.7 970.4

Kbd – Kilo barrels per day

Kboe – Kilo barrels of oil equivalent

Manakala jumlah perolehan dan keuntungan PETRONAS adalah seperti berikut:

Perolehan (Kboe) 2009/2010 2010/2011 2011 (April-Disember)
PETRONAS (termasuk PETRONAS Carigali Sdn Bhd) 1,101.5 1,111.8 1,102.3
Kontraktor lain 529.7 501.9 424.5

 

Keuntungan (RM Juta) 2009/2010 2010/2011 2011 (April-Disember)
Keuntungan kasar(Gross Profit) 82,350 97,801 96,561
Keuntungna bersih(Profit for the period/year) 45,489 63,008 55,574

 

MP PKR Machang: Hutang Negara Terkini RM502.4 bilion

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL [MACHANG]
TARIKH : 11.10.2012 (KHAMIS)
SOALAN 14 : Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang negara terkini kadar defisit semasa dan apa strategi Kerajaan mendepani dua perkara ini.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Hasil daripada pengurusan kewangan yang baik, hutang Kerajaan Persekutuan dijangka kekal terurus pada RM 502.4 bilion atau 53.7% daripada keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) pada tahun 2012. Bayaran khidmat hutang Kerajaan Persekutuan juga dijangka terus terkawal pada 10.1% daripada perbelanjaan mengurus dan 9.9% daripada hasil.

Sementara itu,hutang luar negeri negara ini yang terdiri daripada hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan, Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK) dan sector swasta kekal rendah pada RM 269.5 bilion atau 28.8% daripada KDNK pada akhir bulan Jun 2012.

Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan telah berjaya dikurangkan selama tiga tahun berturut-turut daripada 6.7% daripada KDNK pada tahun 2009 kepada 4.8% pada tahun 2011 dan ia dijangka berkurangan lagi kepada 4.5% pada tahun 2012 dan 4.0% pada tahun 2013. Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak akan melebihi paras 55% daripada KDNK dan defisit dirancang untuk dikurangkan kepada bawah 3% pada tahun 2015.

Tuan Yang di-Pertua,
Bagi memastikan paras defisit dan hutang Kerajaan Persekutuan terus terkawal, kepatuhan yang tegas terhadap disilpin fiskal dan sasaran fiskal jangka sederhana akan diberi perhatian utama. Dalam hal ini, usaha akan di tumpukan kepada peningkatan kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan dan peluasan sumber asli. Perbelanjaan akan dipastikan selaras dengan kemampuan hasil Kerajaan dan sasaran defisit fiskal. Penyemakan peruntukan perbelanjaan akan dilakukan dengan teliti termasuk mengurangkan perbelanjaan yang bukan kritikal.

Nilai setara atau value for money dengan izin dalam perolehan Kerajaan akan terus diberi penekanan termasuk mempertingkatkan lagi penggunaan ePerolehan dan tender terbuka.Perancangan dan pelaksanaan serta penyediaan siling program dan program di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh secara Rolling setiap dua tahun dan pengurusan nilai yang disyaratkan bagi projek pembangunan fizikal yang melebihi RM 50 juta juga akan membantu memperkukuh kewangan Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan sentiasa mengamalkan pengurusan ekonomi yang pragmatic dan kewangan yang berhemat di samping mengambil langkah proaktif bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh dan mapan dipacu sector swasta. langkah-langkah ini termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta program konsolidasi fiskal yang berterusan. Usaha ini seterusnya akan menyumbang kepada peningkatan hasil dan pengukuhan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan.

MP PAS Kubang Kerian: Perkembangan Kajian Dasar Pelajaran Kebangsaan?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB .TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [KUBUNG KERIAN ]
TARIKH: 24.09.2012
SOALAN : Minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah kemajuan dan perkembangan jawatankuasa untuk mengkaji dasar pelajaran kebangsaan serta apakah bidang-bidang utama yang dikaji.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sebagaimana yang telah diperjelaskan semasa Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia pada 11 septerber 2012 yang lalu,beberapa tindakkan telah dan sedang dilaksanakan oleh Kemenratian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Pejabat Pengurusan Projek (PMO) yang ditubuhkan sejak Ogas 2011.Mereka ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus,merancang dan melaksanakan kajian sistem pendidikan.Sehingga kini, KPM telah menghasilkan dua laporan iaitu :

a)Laporan Penilaian dan Diagnostik Pencapaian Sistem Pendidikan semasa.Berdasarkan laporan ini,sembilan bidang keutamaan dikenalpasti untuk diperhalusi iaitu guru,kepimpinan sekolah,kualiti sekolah,kurikulum dan pentaksiran,profisiensi pelbagai bahasa,peluang lepas menengah,ibu bapa, komuniti,kecekapan, keberkesanan sumber, kapasiti dan kemampuan penyampai KPM.

b)Laporan Awal : Pelan Pembangunan Pendadikan Malaysia 2013 -2025
laporan ini menggariskan 11 anjakan iaitu :
i. Menyediakan akses yang sama kepada kualiti pendidiakn berdasarkan standard antarabangsa.
ii.Memastikan setiap kanak-kanak berkemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
iii.Membangunkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
iv.Mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
v.Memastikan setiap sekolah mepunyai pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi.
vi.Penurunan kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri,Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah untuk mencari penyelesaian berdasarkan keperluan.
vii.Mentransformasikan kebolehan dan keupayaan Kementarian.
viii.Penggunaan ICT untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.
ix.Mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa,masyarakat dan sektor swasta.
x.Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
xi.Meningkatkan ketelusan bagi tujuan kebertanggungjawaban awam secara terus.

Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pelajaran mengharapkan Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia yang dihasilkan ini akan dapat merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistic serta memenuhi ekspektasi dan aspirasi rakyat.Sungguhnya,apa yang dirancang dan dilaksanakan ini adalah untuk menambah bail sistem pendidikan negara yang amat memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak tanpa mengira fahaman politik,latar belakang sosio ekonomi,pendidikan,agama dan bangsa.

Apa yang lebih penting ialah untuk memastikan sistem ini mampu melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran dalam kepimpinan,memiliki profisiensi dwibahasa,mepunyai identiti nasional dan menghayati etika dan kerohanian.Eleman ini turut memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga,masyarakat dan negara.

Dewan Rakyat 13 Jun 2012 – Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul

Usul 18(1) oleh PAS KubangKerian mengenai Umat Islam Syiria

c. Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 22/2012) Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (12 Jun, 2012) [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Perbahasan – PAS KubangKerian

PKR Selayang

PAS Kuala Selangor

Dewan Rakyat 13 Jun 2012 (Sesi Pertanyaan Jawab Lisan)

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan


1. Dato’ ShamsulAnuar bin Nasarah[ Lenggong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :
(a) data terkini prestasi dan jumlah pelabur anasing dalam negara; dan
(b) kesan terhadap pelaburan ke negara ini ekoran Perhimpunan BERSIH 3.0. [ Soalan Tambahan : BN Lenggong, PKR Gombak ]


2. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [ PermatangPauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakanmaklumbalasKerajaanterhadapcadangan yang terkandungdalam interim Report of International Fact-Finding Mission On Elections in Malaysia. [ SoalanTambahan : PKR PermatangPauh, BN Jasin]


3. DatukbMatulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauhmanakah langkah Kerajaan mengisytiharkan 154 butiran terdiri daripada 24 objek tapak, 10 objek ketara, 111 objek tidakketara dan 9 tokoh Warisan Kebangsaan Negara mampu memartabatkan pembangunan seni warisan negara serta memupuk semangat kenegaraan. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, PAS Sik]


4. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bukti dakwaan beliau bahawa perhimpuna nBersih 3.0 adalah satu cubaan rampasa nkuasa ole hpiha kPembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan. [ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Timur, Bebas Pasir Mas]

13 Jun 2012 – YB Pasir Mas Penipu


5. DatukJuslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan oleh kedutaan negara kit adalam menangani rakyat Malaysia yang berada di luar negara sering memutarbelit fakta dan memberi persepsi yang salah terhadap negara sendiri.
[ SoalanTambahan : BN Libaran, PAS Bachok]

13 Jun 2012 – Ketua Pemuda PAS Di Makah

Dewan Rakyat 11 Jun 2012

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan


2. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [PermatangPauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengesan, menyiasat dan mendakwa anggota-anggota polis yang bertindak ganas terhadap wartawan-wartawan dan peserta-peserta perhimpunan bersih 3.0 pada 28 April 2012 serta maklumbalas Kerajaan terhadap ketetapan Majlis Peguam Malaysia mengenai keganasan polis semasa perhimpunan Bersih tersebut.[ SoalanTambahan : PKR PermatangPauh, YB Sri Gading ]


3. Dato’ Abdul Manan bin Ismail [ PayaBesar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan faktor-faktor yang membolehkan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebagai penjana keuntungan kumpulan syarikat berstatus konglomerat global bagi menghasilkan dana apabila disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan apakah status terkini mengenai firma global yang bakal menjadi rakan niaga strategik antarabangsa FGVH.[ SoalanTambahan : BN Paya Besar, PKR Machang ]


4. Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah telah dijalankan kajian menyeluruh di peringkat nasional tentang beban tugas para guru, dan jika ada apakah dapatan-dapatan daripada kajian tersebut. [ Soalan Tambahan : PAS Marang, BN Arau ]


5. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ SriGading ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah kayuukur kejayaan ‘Himpunan Jutaan Belia’ dalam sambutan Hari Belia Negara pada bulan Mei yang lalu serta sejauhmana ia menjadi pemangkin halatuju golongan belia dalam cabaran terkini dan masadepan. [ SoalanTambahan : BN Sri Gading, PKR Lembah Pantai ]

Senator Pakatan Rakyat Bahas Belanjawan 2012

Dewan Negara – 12 – 13 Dis 2011 – Perbahasan Belanjawan 2012

Dr Syed Husin

Hjh Mumtaz Md Nawi

13 Dis 2011 – Dato’ Dr Johari Mat Bahas Belanjawan 2012

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,354 other followers