MP PAS Kuala Selangor: Isu Kontrak pembelian Tenaga PPA, IPP dan TNB

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA YB. DR HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD [ KUALA SELANGOR ]
TARIKH: 29.10.2012

NO. SOALAN: 28 Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan komitmen beliau, setelah menerima system tender terbuka sebagai kaedah terbaik untuk mendapatkan ‘value-for –money’ berbanding “direct-nego”, untuk menjamin ketelusan atau ‘ transparency’ dalam sIstem ‘open tender’ khasnya dalam permberian kontrak oleh Suruhanjaya Tenaga (EC) terdekat ini, serta kesediaan membuat penjelasan dan sebab-sebab dalam pemberian kontrak di Prai dan lanjutan kontrak pembelian tenaga PPA dari IPP dengan Tenaga Nasional Berhad.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua, Untuk Maklumat Ahli Yang Berhormat,

1. Kerajaan telah membuat keputusan untuk mengambil pendekatan least-cost, dengan izin ke atas sistem bekalan elektrik di mana sebarang pembinaan bagi stesen jana kuasa baru mahupun penyambungan tempoh operasi mana-mana stesen jana kuasa sedia ada dilaksanakan melalui proses pembidaan kompetitif seperti mana yang sedang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga pada waktu ini untuk memenuhi unjuran permintaan bekalan elektrik di Semenanjung.

2 Bagi memastikan ketelusan proses bidaan tersebut, Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga telah meletakkan beberapa syarat-syarat teknikal dan kewangan yang perlu dipatuhi oleh pembida. Ini bermakna proses pembidaan tersebut adalah telus ke atas semua pembida dan seterusnya menggalakkan level playing field, dengan izin.

3 Selain itu, Kerajaan telah menyediakan satu templat Power Purchase Agreement (PPA), dengan izi, bagi kesemua Independent Power Producer (IPP) di mana IPP yang Berjaya memenangi bidaan tersebut perlu menandatangani PPA baru tersebut yang lebih adil kepada semua pihak

Tuan Yang Dipertua,

4. Pelaksanaan bidaan kompetitif bagi pembinaan stesen jana kuasa di Prai adalah bagi memastikan bekalan elektrik di Semenajung adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan permintaan pada masa akan datang. Stesen jana kuasa ini dijangka akan siap menjelang tahun 2016 di mana rizab simpanan (reserve mairgin) pada tahun tersebut dijangka dapat dikekalkan pada paras sekitar 18% hingga 21%, bergantung pada permintaan puncak. Sekiranya stesen ini tidak dibina, reserve margin dengan izin pada masa tersebut dijangka akan menurun ke paras di bawah 15% dan ini akan membahayakan sistem pembekalan eletrik Negara.

5. Kementerian saya dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan MyPower Corporation telah menyediakan satu garis panduan kepada IPP Generasi pra-syarat kepada yang berminat untuk menyertai pembidaan secara kompetitif bagi penyambung semula PPA sedia ada. Pra-syarat tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Kadar Capacity Payment yang merangkumi Fixed Operating Rate (FOR) dan Capacity Rate Financial (CRF) perlu diturunkan sekurang-kurangnya RM 3/kw;

(ii) Energy Payment yang merangkumi kos bahan api dan Variable Operating Rate (VOR) perlu dikurangkan;

(iii) Tempoh pengurangan pembayaran kapasiti bermula 48 bulan sebelum tamat tempoh PPA sedia ada;

(iv) IPP perlu menandatangani PPA baru yang menggunakan format yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga di mana format baru PPA ini adalah lebih adil kepada semua pihak;

(v) Tempoh penyambungan PPA hanya dihadkan kepada maksimum 10 tahun daripada tempoh tamatnya perjanjian pembelian kuasa sedia ada, bergantung kepada kadar pengurangan dan keperluan kapasiti tersebut; dan

(vi) Kadar pulangan Internal Rate of Retun (IRR) dihadkan kepada 8.5%.

MP PAS Padang Terap: Undang2 Khas Kawal Ilmu Hitam?

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB. TUAN MOHD NASIR BIN ZAKARIA [ PADANG TERAP ]
TARIKH: 29.10.2012

NO. SOALAN: 27 Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah keperluan untuk mengadakan satu undang-undang untuk mengawal pengamalan ilmu hitam yang boleh memesongkan akidah dan menyusahkan orang ramai.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Pada masa ini, kesalahan berkaitan aqidah dan kesucian agama islam telah pun diperuntukan dalan undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah Ngeri-negeri. Dimana amalan yang boleh memesongkan aqidah termasuk “ilmu hitam adalah kesalahan berkaitan dengan aqidah.

Di Wilayah Persekutuan, peruntukan berkenaan dengan kesalahan aqidah dan kesucian agama Islam telah diperuntukan dalam Bahagian II Akta Kesalahan Jenayah syarikah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559]. Antara peruntukan yang boleh digunakan bagi tujuan pengawalan amalan ilmu hitam ini adalah seperti yang berikut:-

(i) Seksyen 3 . Pemujaan salah.
“(1) Mana-mana orang yang memuja alam semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana orang, binatang, tempat atau benda dengan apa-apa cara yang menyalahi Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabiladisabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa peranti barang atau benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam seksyen 1 dilucutkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atau kesalahan itu

(ii) Seksyen 4. Doktrin palsu.
(1) Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu berlawanan dengan Hukum Syarak atau mana-mana faktwa yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahub atau dusebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mna-mana kombinasi hukum itu.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam seksyen 1 diluncutkan dan dimusnahkan, walaupun tiadaa seorang pun telah disabitkan atau kesalahan itu.

Walaupun bagaimanapun, bagi memantapkan lagi undang-undang yang sedia ada, pada masa ini Kerajaan sedang membuat kajian dan penelitian kewajarannya untuk mewujukan undang-undang khas berhubung pengawalan amalan ilmu hitam.

Sekian, terima kasih

MP PAS Kota Raja: Keperluan menyediakan Sekolah Menengah di Kota Kemuning

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB. DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD [ KOTA RAJA ]
TARIKH: 29.10.2012

NO. SOALAN: 26 Minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status permohonan pembinaan Sekolah Menengah Kota Kemuning.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menilai dan meneliti keperluan sekolah di kawasan Kota Kemuning dan mendapati terdapat keperluan bagi menyediakan kemudahan sekolah menengah baru di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, KPM akan mengemukakan permohonan bagi cadangan membina sebuah sekolah menengah baru di kawasan Kota Kemuning dalam Third Rolling Pan (3RP) RMKe-10. Namun, kelulusan projek bergantung kepada klulusan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) serta kemampuan kewangan semasa Kerajaan.

MP PAS Pokok Sena: Projek2 di bawah TERAJU?

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN: LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB. DATO’ HAJI MAHFUZ BIN OMAR [ POKOK SENA ]
TARIKH: 29.10.2012

NO. SOALAN: 16 Minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah bilangan dan nilai projek-projek yang telah diagihkan kepada kontraktor-kontraktor dan firma bumiputera melalui usaha yang dijalankan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sejak penubuhan TERAJU pada 2011. Namakan projek serta kontraktor dan firma Bumiputra yang diberikan projek berkenaan.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Pada dasarnya, TERAJU tidak mengurnia atau mengagihkan kontrak dan projek kepada kontraktor-kontraktor serta syarikat-syarikat Bumiputra. Namun begitu, melalui intervensi strategik dan usaha-usaha yang dijalankan oleh TERAJU bagi memperkasa ekonomi Bumiputra seperti insiatif carve out (dengan izin) yang mengagihkan sebanyak 47% kos projek MyMRT atau nilai benar sebanyak RM 9.3 bilion kepada kontraktor dan syarikat Bumiputra. Inisiatif carve out (dengan izin) setakat ini telah memberi manfaat kepada 23 syarikat Bumiputra yang terpilih untuk melaksanakan projek MyMRT melalui proses pemilihan yang telus.

Selain itu, dalam usaha menyediakan platform kolaborasi Syarikat Bumiputra yang telah Berjaya (BCC) dengan Syarikat TERAS sebagai usaha untuk menyediakan pekuang perniagaan untuk syarikat-syarikat TERAS, BCC telah digalakkan untuk mengadakan kolaborasi bersama syarikat-syarikat TERAS untuk membantu syarikat-syarikat ini mencapai peningkatan perniagaan dan mengembangkan perniagaan di peringkat serantau tanpa bergantung kepada kontrak Kerajaan. Kolaborasi tersebut melibatkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selama 21 tahun. Manakala, satu rangkaian bekalan bernilai RM500 juta dalam industri pembinaan and kontrak bekalan akan diwujudkan bagi Bumiputra untuk tempoh 2 tahun.

MP PAS Parit Buntar: Isu Duti Eksais Kereta

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB. DR MUJAHID YUSOF RAWA [ PARIT BUNTAR ]
TARIKH: 29.10.2012

NO. SOALAN: 14 Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan cadangan untuk mengurangkan duti eksais kereta bagi meringankan beban pengguna.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Untuk maklumat Yang Berhormat, harga kereta ditentukan oleh beberapa faktar dan bukan hanya kadar cukai. Faktor-faktor lain adalah seperti kos pengeluaran, pengangkutan, pengiklanan, pengedaran dan juga keuntunagan syarikat dan pengedar yang merupakan elemen diluar kawalah kerajaam.

2. Oleh yang demikian, sebarang cadangan untuk mengurangkan harga kereta hendklah dikaji dengan teliti supaya hasilnya benar-benar dapat memanfaatkan rakyat di samping dapat membantu neningkatkan daya saing sector automotif tempatan dakam jangka panjang.

MP PAS Jerai: Isu Syarikat Juala langsung

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB. TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR [ JERAI ]
TARIKH : 29.10.2012

NO. SOALAN: 12 Minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah tindakan awal yang diambil terhadap setiap skim jualan langsung atau MLM (multi level marketing) yang baru diperkenalkan bagi memastikan perniagaan mereka tidak mempunyai unsur-unsur penipuan.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Bagi memastikan perniaga jualan langsung atau MLM (multi level marketing) tidak mempunyai unsur-unsur penipuan, Kementerian telah menetapkan syarat-syarat tertentu seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 6 Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 dan semua syarat-syarat berkenaan perlu dipatuhi oleh setiap syarikat yang diberi lesen jualan langsung. Permohonan daripada syarikat untuk mendapat lessen jualan langsung hanya dipertimbangkan oleh Kementerian sekiranya syarikat berkenaan mematuhi garis panduan permohonan lesen perniagaan jualan langsung termasuklah mengemukakan pelan pemasaran yang tidak mempunyai unsur atau cirri-ciri penipuan atau skim piramid.

Kementerian juga menetapkan bahawa pemegang lesen jualan langsung tidak dibenarkan untuk meminda mana-mana bahagian dalam pelan pemasaran yang telah diluluskan untuk tempoh selama dua (2) tahun selepas beroperasi. Ini bertujuan memastikan syarikat jualan langsung tidak memanipulasi pelan pemasaran dan diluluskan oleh pihak Kementerian dan juga melindungi pengedar dan pengguna daripada unsur penipuan. Pindaan terhadap pelan pemasaran syarikat-syarikat jualan langsung selepas tempoh dua (2) tahun perlu mendapat persetujuan dan kelulusan pihak Kementerian terlebih dahulu.

Kementerian juga melakukan pemantauan berterusan dengan menjalankan naziran ke atas premis pemegang lesen jualan langsung selepas enam (6) bulan lessen dikeluarkan bagi memastikan pemegang lesen mematuhi Akta Jualan Langsung dan Skim anti Piramid 1993 dan Peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan oleh Kementerian.

Pengguna juga boleh menyemak senarai syarikat jualan langsung di laman sesawang Kementerian atau menghubungi hotline 1-800-886-800 bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan syarikat-syarikat yang diberi lessen jualan langsung oleh Kementerian.

Mesyuarat Dewan Negara 3 Dis – 20 Dis 2012 (Handsard)

Mesyuarat Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012

Handsard
1. 3 Disember 2012
2. 4 Disember 2012
3. 5 Disember 2012
4. 6 Disember 2012

5. 10 Disember 2012
6. 11 Disember 2012
7. 12 Disember 2012
8. 13 Disember 2012

9. 17 Disember 2012
10.18 Disember 2012
11. 19 Disember 2012
12. 20 Disember 2012

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,354 other followers