Usul

Mesyuarat Ke 3, Penggal ke 4, Parlimen ke 11, pada 27 Ogos hingga 13 Disember 2007

5. 22 Oktober 2007 Salahuddin Ayub (Ketua Whip PAS di Parlimen – Kubang Kerian) telah mengemukakan usul di bawah peraturan 18 kepada Speaker Dewan bagi membincangkan isu tertentu yang berkaitan dengan orang yang perlu disegerakan iaitu mengenai Laporan Kertas Putih Persoalan Dasar dan sistem Penyampaian dan pengawasan Pekerja Asing yang melebihi daripada dua juta orang dinegara ini yang telah merampas peluang pekerjaan 240,000 pelajar lepasan PMR,SPM, STPM.

Sekira dibenarkan oleh Speaker akan membentangkan di Dewan Rakyat pada 24 Oktober (Hari Rabu).

Teks usul adalah seperti berikut:-
YB. Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib
Yang DiPertua Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia,
50680 Kuala Lumpur.

22 oktober 2007

YB. Tan Sri,
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT PERKARA 18 (1)
Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini diberikan notis bahawa saya, Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) mohon mencadangkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

“Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan tentang perlunya satu Laporan Kertas Putih Persoalan Dasar dan sistem Penyampaian dan pengawasan Pekerja Asing dibentangkan.

Tan Sri Yang diPertua,
Laporan Juru Audit Negara apada akhir bulan disember 2006, bilangan pekerja asing di seluruh negara ialah 1.87 juta orang berbanding dengan siling 1.80 juta yang telah di tetapkan.

Bilangan Pekerja asing resmi di Malaysia telah mencapai 2,021,099 orang pada September 30, 2007. Setiap1,600 orang pekerja asing mendarat di lapangan terbang KLIA dan LCCT. Juga terdapat hampir 800,000 PATI di gaji majikan.

Pengambilan pekerja asing melalui ’outsourcing’ agen telah menjadikan negara terkenal sebagai sebuah negara perdagangan manusia yang terbesar di Asia.

Tindakan sekumpulan 779 pekerja Bangladesh dari Johor Baharu mendakwa mereka tertipu. 52 orang mahasiswa bidang perhotelan Indonesia dijadikan buruh murah kerana di tipu agensi Malaysia yang di miliki Warga Indonesia.

Pekerja Asing Tanpa Izin juga telah membawa banya masalah sosial, bersama sindiket jenayah mereka menyumbangkan 20% kes jenayah.

Tan Sri Yang diPertua,
Pekerja asing memang dapat membantu meningkatkan nilai ekonomi Malaysia. Tetapi ia juga merampas peluang pekerjaan 240,000 pelajar lepasan PMR,SPM, STPM.
Negara belanjakan RM1.169 juta sehari untuk menahan hampir 24,000 Pendatang AsingTanpa Izin di 54 penjara dan 15 pusat tahanan.

Di Sabah telah menjejas perkhidmatan kesihatan dan pendiikan di Sabah di mana hak-hak rakyat sabah di rebut oleh orang asing. Laporan Fomema menunjukkan 3.2 peratus pekerja asing gagal dalam ujian kesihatan dan pembawa penyakit.

Masalah Dasar Pekerja Asing, sistem penyampaian Pengambilan dan pengawasan pekerja asing adalah satu perkara yang tertentu, ia berkepentingan orang ramai kerana maslah sosial yang terwujud sudah menjejas kestabilan sosial negara. Ia perlu di segerakan kerana seluruh masyarakat sedang merasa terancam dengan peningkatan pekerja asing yang tidak terkawal.

Saya mohon mencadang,
SALAHUDDIN HAJI AYUB

————————————————-
4. Usul 18 – Protes pro-demokrasi terhadap junta tentera Myanmar bagi menghentikan penyalahgunaan hak asasi manusia di negara berkenaan

YB. Tan Sri Ramli Ngah Talib
Yang DiPertua,
Dewan Rakyat Parlimen Malaysia,
50680 Kuala Lumpur. 9 Oktober 2007

YB. Tan Sri,

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT PERKARA 18 (1)

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini diberikan notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

YB. Tuan Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) mohon mencadangkan:

“Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merunding dan membincang berkaitan protes pro-demokrasi terhadap junta tentera Myanmar bagi menghentikan penyalahgunaan hak asasi manusia di negara berkenaan”

Tan Sri Yang diPertua,

Lebih 100,000 orang penunjuk perasaan antikerajaan diketuai oleh 20,000 orang barisan sami Buddha mengetuai perarakan dalam protes umum terbesar di Myanmar sejak pemberontakan prodemokrasi dihancurkan oleh tentera pada 1988 yang diadakan pada 26 September baru-baru ini.

Manakala kira-kira 2,000 orang berkumpul di kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 28 September dan 2 Oktober. Dan sekumpulan kira-kira 50 orang warga Myanmar, termasuk beberapa orang buangan, mengadakan demonstrasi yang hingar-bingar di Dag Hammarskjold Plaza, tidak jauh dari Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut laporan, berbelas orang terbunuh, termasuk seorang jurufoto Jepun, apabia tentera melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di jalan raya. Seorang warga Singapura pula dilaporkan ditembak dengan peluru getah. Media juga melapurkan bahawa 10 ditahan manakala kira-kira 10 orang lagi cedera atau diganggu ketika junta tentera Myanmar cuba menyekat liputan mengenai demonstrasi pro-demokrasi.

Turut ditangkap termasuk Min Zaw, koresponden akhbar harian Jepun, Tokyo Shimbun, dan tiga wartawan muda Myanmar yang tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang lain. Dilaporkan juga lebih 1,500 orang termasuk wartawan ditahan.

Saya mohon mencadang,
SALAHUDDIN HAJI AYUB
————————————————-
3. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub telah mengemukakan usul tergempar dibawah peraturan 18 (1) bagi merundingkan dan membincangkan peristiwa keganasan polis pada 8 September 2007, di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

YB. Tan Sri Ramli Ngah Talib
Yang DiPertua,
Dewan Rakyat Parlimen Malaysia,
50680 Kuala Lumpur.

9 September 2007

YB. Tan Sri,
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT PERKARA 18 (1)

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini diberikan notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan8

YB. Tuan Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) mohon mencadangkan:

“Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan peristiwa keganasan polis pada 8 September 2007, di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu”

Tan Sri Yang diPertua,

Pada hari Sabtu 8 September 2007, lebih kurang jam 11.45 malam , seorang anggota polis yang tidak beruniform telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan dengan menggunakan dengan sengaja peluru hidup dan akibatnya dua orang awam telah mengalami kecederaan yang sangat seruis.

Mangsa pertama Encik Swandi bin Abd Ghani, 37 tahun telah menggalami kecederaan parah dan sehingga usul ini dikemukakan beliau telah dipindahkan daripada Hospital Besar Kuala Terengganu ke Hospital Kubang Kerian, Kota Bahru, beliau masih dalam keadaan yang amat kritikal. Mangsa kedua, Encik Mohd Azman Bin Abd Aziz, 21 tahun juga mengalami kecedaraan parah dan masih dirawat di Hospital Besar KualaTerengganu.

Dewan yang mulia ini seharusnya diberikan peluang yang sebaiknya dan seadilnya untuk isu dan tragedi ini dibincang dan diperbahaskan secara terbuka agar keadilan dan maklumat sebenarnya dapat ditegakkan. Pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri perlu memperjelaskan kepada seluruh rakyak Malaysia kenapa peluru hidup perlu digunakan keatas orang awam yang tidak bersenjata.

Integriti pihak polis sangat–sangat dipersoalkan dalam peristiwa ini dimana seolah-olah budaya “trigger happay” diaplikasikan keatas orang awam tanpa memperhitungkan nyawa dan keselamatan awam.

Persoalannya, adakah penggunaan peluru hidup telah menjadi satu pendekataan baru pasukan Polis DiRaja Malaysia?. Tragedi hitam dan sedih ini tidak mungkin akan berlaku sekira pihak keselamatan memberikan keizinan (permit) kepada mana-mana pihak yang berhasrat ini menganjurkan perhimpunan aman sepertimana yang diperuntukan oleh perlembagaan Negara dan semangat demokrasi didalam Negara kita.

Saya mohon mencadang,
SALAHUDDIN HAJI AYUB

————————————————-
2. Usul 18 – mengenai Kekerasan Pegawai Polis terhadap Tetamu Negara
Tarikh: 28 Ogos 2007

Kepada
YB Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib
Yang Di-pertua Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur

Tuan Yang Dipertua
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT
DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Kekerasan Pegawai Polis terhadap Tetamu Negara

“Bahawa di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), Dewan ini memberi laluan kepada Ahli Parlimen Kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haji Harun untuk menangguhkan Majlis Mesyuarat untuk membincangkan suatu perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan iaitu mengenai tindakan Kekerasan anggota Polis Di Raja Malaysia yang mengancam keselamatan Tetamu Negara Dalam Pertandingan Karate Asia di Nilai, Negeri Sembilan.

Tuan Yang Dipertua
Seperti yang dilaporkan akhbar Metro dan Malay Mail (28 Ogos) dan media arus perdana Indonesia (Sinar Harapan), pada 24 Ogos 2007, Tetamu Negara dalam Pertandingan Karate Asia merangkap Ketua Juri Kontigen Karate Republik Indonesia, Donald Pieters Luther Kolopita telah dipukul oleh empat orang pegawai polis Malaysia sewaktu beliau berjalan kaki balik ke Hotel beliau setelah menghadiri mesyuarat teknikal di Hotel Alison Kelana yang berakhir di tengah malam.

Kerana tidak dapat Teksi, beliau terpaksa berjalan kaki pulang ke Hotel penginapan beliau. Ketika berjalan beliau di tahan 4 orang pegawai polis yang tidak berpakaian seragam dan tidak mengenalkan diri, mengikuti beliau dari Hotel Alison Kelana.

Takut akan beliau di ikuti penjahat beliau terus melari tetapi diserang dan berlaku tumbuk menumbuk sehingga Donald Pieters Luther Kolopita di pukul sehingga cedera dan kemudiannya di gari sebelum di bawa ke Balai polis Nilai.

Di dalam Kereta polis, tetamu negara tersebut di pukul sehingga pengsan walaupun polis sudah mengenali indentiti beliau.

Insiden ini adalah perkara yang tertentu kerana ia merupakan satu kekerasan yang berlaku keatas tetamu negara yang kita undang untuk menjadi Juri pertandingan Karate Asia.
Ia adalah pekara yang berkepentingan Orang Ramai kerana kekerasan Polis terhadap orang ramai sudah membabitkan tetamu negara dan melibat jiran kita Indonesia.

Tuan Yang Dipertua,
Perkara ini perlu disegerakan kerana ia telah memalukan negara dan membangkitkan kemarahan pemimpin negara jiran serumpun yang mencaci nama baik negara dan kini mendapat perhatian berat Presiden Indonesia dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia yang akan mencacatkan hubungan diplomatik kita dengan Indonesia.

Saya mohon mencadangkan,

Abdul Fatah Haji Harun
Ahli Parlimen Rantau Panjang

—————————————-

1. Usul di bawah Peraturan 27
Tuan Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun [ Rantau Panjang ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya suatu Suruhanjaya Diraja hendaklah ditubuhkan bagi menyiasat semua laporan-laporan dakwaan salah laku rasuah dan penyelewengan yang dihadapkan kepada Bekas Ketua Badan Pencegah Rasuah, Datuk Zulkifli Mat Noor dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Fakta-fakta kes yang dibawa oleh bekas Pengarah BPR Sabah, Ramli Manan terhadap
Bekas Ketua Pengarah BPR itu sepatutnya tidak terlepas begitu sahaja oleh Peguam Negara.

Begitu juga laporan yang dibuat oleh pegawai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengenai dakwaan kes rasuah membabitkan Ketua Polis Negara seperti yang dinyatakan
dengan jelas di Dewan yang mulia oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Kubang Pasu pada mesyuarat lalu membayangkan suatu yang tidak kena telah berlaku dalam institusi Kerajaan kini.

Alasan penutupan kes-kes berprofil tinggi seperti ini oleh Peguam Negara menggambarkan betapa Integriti Jabatan Peguam Negara semakin terhakis dan kian lemah dari masa
ke semasa. Rakyat sepatutnya diyakinkan dengan pertanggungjawaban Kerajaan untuk memerangi salah laku rasuah, penyelewengan dan jenayah berprofil tinggi yang kian parah.”
(Perdana Menteri)

Satu Respons

  1. PAS kena bawak pasal ramai pelajar SPM yang bagus keputusannya atau cukup kelayakan tapi tak dapat masuk universiti, politeknik dan maktab?. Kenapa? Kesian anak org kampung.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers