Dewan Rakyat: Soalan Jawab Lisan MP PAS/ PKR 28 Jun 2007

Soalan ke 9 – Dato’ Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah perbelanjaan yang ditanggung Kerajaan bagi melaksanakan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia-Petronas baru-baru ini.

Soalan ke 25 – Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [Permatang Pauh]
minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah hukuman mati yang telah dilaksanakan sejak tahun 2000 hingga Mei 2007.Sila nyatakan mengikut jantina, jenis kesalahan dan seksyen hukuman.; dan
(b) berapa ramai banduan yang mati sebelum hukuman gantung dilaksanakan dan punca kematian.

Soalan ke 42 – Dato’ Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman [Pengkalan Chepa]
minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan jumlah modal saham Bank Rakyat yang dibenarkan Bank Negara dan jumlah pelabur yang menunggu untuk melabur dengan Bank Rakyat.

Soalan ke 50 – Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [Pendang] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peranan PERKIM dan JAKIM dalam usaha memantapkan lagi akidah para saudara baru yang memeluk agama Islam memandangkan mutakhir ini ramai yang menjadi murtad dengan ada sedikit alasan seperti penceraian atau kematian.

Soalan ke 65 – Salahuddin Bin Haji Ayub [Kubang Kerian] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa Singapura mempunyai perniagaan kelengkapan pertahanan dengan Israel melalui Singapore-Israel Industrial Research and Development (SIIRD) di bawah naungan Singapore Economic Development Board (SEDB) dan The Office Of The Chief Scientist (OCS) di Israel yang berpotensi besar digunakan untuk membunuh rakyat Palestin malah boleh menjadi ancaman keselamatan serantau dengan mengambil kira rekod keganasan antarabangsa Israel dan langkah Kementerian bagi memantapkan pertahanan negara.

Makmal Patologi perlu kepakaran tinggi

Oleh: Dr Mohd Hayati bin Otman

Bidang pathology, atau kaji penyakit adalah satu cabang yang amat penting dalam bidang perubatan. Bidang inilah yang akan menentukan atau mengesahkan diagnosa seseorang pesakit, baik yang hidup atau mati, seterusnya memberikan petunjuk kepada doctor untuk meneruskan rawatan.

Rang Undang-undang RUU) ini pada satu segi nampaknya memberikan satu bentuk kawalan didalam pelaksaaan sesebuah makmal itu untuk beroperasi, tetapi dari segi yang lain mungkin akan menyebabkan kos setiap ujian yang dilaksanakan akan bertambah.

Menyentuh tentang pemegang lesen untuk permohonan makmal pathology ini. Saya ingin mendapat penjelasan apakah ianya sama saperti yang dilakukan untuk ahli farmasi , pegawai pergigian atau perubatan dimana dalam setiap makmal itu mesti ada seorang ahli pathology , iaitu adakah beliau semestinya seorang pegawai yang mempunyai pengkhususan didalam bidang pathology iaitu pakar pathology atau hanya sekadar pegawai perubatan yang mempunyai pengalaman didalam bidang pathology mengikut tahap pengalaman tertentu sahaja yang diberi kuasa oleh KP, atau pegawai sains makmal pathology yang mempunyai pengalaman beberapa tahun dibawah naungan satu-satu rangkaian makmal yang besar yang dipantau oleh seorang pakar pathology saperti yang pernah berlaku didalam system KKM dihospital kerajaan.

Bagaiman pula seandainya pegawai pathology itu kalau ia berhenti atau bertukar adakah lesen untuk premis itu dinafikan untuk beroperasi atau boleh diganti dengan pakar pemantau atau ‘locum ‘ pathologist . Masa untuk melaporkan pertukaran orang yang mengendalikan makmal pathology adalah 14 hari, bagaimana kalau dalam masa ini , adakah pengendalian makmal itu layak dipantau oleh ahli pathology berdekatan saperti mana yang sering berlaku didalam kes ‘forensic pathologist’ dari Pulau Pinang mengendalikan kes di Alor Setar dan Perlis. Ataukah diturunkan kepada juruteknology makmal yang berpengalaman sementara menunggu pengganti yang bertukar itu sampai, apakah ini menyebabkan makmal itu boleh disabitkan dengan kesalahan, apakah pegawai pathology yang lama tersabit atau yang baru akan kena sabit kesalahan.

Kelayakan menjalani latihan dan pengalaman hanya ditentukan oleh ketua pengarah, ia merupakan satu yang amat berkuasa dan subjektif, tidak diyatakan secara jelas dalam perkara ini, apakah hanya pegawai sains pathology, juruteknologi makmal pathology atau doctor perubatan dalam pengkhususan pathology atau pakar pathology dengan subspeciality tertentu untuk makmal yang khusus dan tertentu sahaja. Apakah parasitology dan entomology juga boleh digolongkan kedalam status makmal pathology dalam praktis harian kalaupun bukan dalam ilmu perubatan khusus kerana ia juga merupakan sumber yang menyebabkan pathogen kepada sesuatu masalah penyakit.

Didalam perkara 17 dinyatakan berhubung dengan kelas dan kekhususan , ini juga merupakan semacam satu ketidakadilan kepada pengamal didalam bidang pathology kerana seandainya sesuatu pengkhususan itu hendak di detailkan, maka kita terpaksa mempunyai berbagai jenis makmal didalam sesuatu kawasan operasi, contohnya makmal sitopathology, makmal forensic pathology, makmal biochemistry, makmal bacteriology, makmal virology, makmal fungilogy dan beranika bidang lagi, sekiranya tiada pengkhususan, maka mereka boleh disabitkan kesalahan.

Apakah pula kelas dan pengkhususan ini boleh melibatkan banyak bidang dalam sesuatu makmal tersebut apabila permohonan dibuat, bagaimana pula dengan tenaga kerja yang melibatkan setiap kelas pengkhususan itu yakni pakar atau pegawai pathology yang berkepakaran khusus dalam bidang kelas tersebut. Kalau ini boleh berlaku, maka kita terpaksa mempunyai ramai pegawai atau pakar dalam sesuatu makmal, bahkan dalam KKM pun perkara ini jarang dilakukan, mungkin hanya fakulti perubatan sahaja yang mempunyai kemudahan tersebut..

Laporan terhadap hasil ujian yang dijalankan, siapakah yang perlu menandatangani laporan kalau kekhususan ini diberikan penegasan serius dalam RUU ini, kerana mungkin pakar bacteriology tidak berhak membuat laporan kepada bidang cytology, atau biochemistry tidak layak membuat laporan kepada sitology atau sebagainya. Kalaulah ini benar, apakah sesuatu makmal itu perlu mempunyai semua disiplin pathology ini baru diberikan lessen.

Memandangkan kemungkinan akan berlaku cross infection jika sekiranya makmal tersebut ada melakukan ujian untuk benteriology atau virology dalam satu makmal. Bagaimana pula pemantauan yang dilakukan terhadap prosedur ujian yang dijalankan, standard operating procedure dan berapa kerapkah ianya akan dipantau kerana setiap ujian yang dilakukan seandainya lari daripada tahap piawaian yang standard sudah tentu akan memjejaskan diagnosa yang akan dibuat oleh doctor yang merawat dan pesakit akhirnya akan menghadapi risiko. Oleh itu pemantauan dari segi standard procedure, kaedah ujian yang dijalankan, pembuangan bahan-bahan lepas ujian juga mestilah mencapai tahap kejituan yang sempurna. Ini kerana semua specimen yang merupakan bendalir badan yang dihantar untuk ujian adalah lazimnya mempunyai risiko untuk menjangkiti orang lain dan peralatan yang digunakan dimakmal pathology mempunyai kecenderongan untuk memudaratkan/ mencederakan orang lain, saperti jarum, tabung uji, beaker, pipet, slide, scapel blade, termasuk specimen saperti kencing, darah, nanah, najis dan berbagai lagi .

Proses pembuangan/ pelupusan bahan specimen ini juga mestilah diperhalusi mengikut kaedah yang standard kerana sekiranya ia tidak dibuang dengan kaedah yang selamat, nescaya wabak penyakit akan terjadi dan menjangkiti staff makmal itu sendiri atau mereka yang berada disekitar. Saperti cara pelupusan yang dilakukan ketika memuncaknya wabak selsema burung tempoh hari. Begitu juga dengan Reagant dan bahan kimia yang digunakan untuk melakukan ujian tersebut, apakah ianya tersenarai didalan senarai bahan-bahan toksik yang membahayakan kesihatan baik manusia atau haiwan atau tumbuhan. Dan seandainya dikeluarkan melalui alur air biasa kemungkinan akan menyebabkan percampuran dengan bahan tertentu dan boleh menyebabkan sisa toksik yang boleh dikenakan tindakan mengikut akta racun toksik berjadual.

Panduan terhadap pelupusan bahan buangan makmal saperti melalui bilik autoclave, penyimpanan bahan nyah kuman yang telah diautoclave dengan yang tercemar, penggunaan bahan yang mudah didisinfectant, bahan-bahan kimia yang digunakan untuk nyahkuman sebelum dibuang, penggunaan bahan ‘single use’ dan ‘multiple usage’ , dan kaedah pelupusan bahan buangan tajam saperti jarun, pipette, scaple blade perlu dinyahkuman sebelum dibuang ditempat tertentu perlu dinyatakan dengan jelas dan keperluan kepada kemudahan pembuangan bahan ini siapakah yang perlu mnyediakannya, adakah pihak PBT, bandaran atau pengendali, samada pelupusan secara incinerator atau ada cara lain didalam sesuatu PBT tersebut. Benda-benda tajam ini tidak sepatutnya dilupuskan ditempat pembuangan sampah ‘landfill’ biasa, apakah ini dirasakan tidak perlu dalam akta ini. // …bersambung…
——————–
Perbahasan Rang Undang-undang Makmal Patologi 2007 pada 27 Jun 2007, jam 3.30 petang.

Pandangan Islam terhadap Alam Sekitar (1)

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang telah membenarkan saya untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam Akta Kualiti Alam Sekitar.


Saya bercakap tentang dua tiga perkara. Pertama mengenai alam sekitar, yang kedua pandangan Islam terhadap alam sekitar, ketiga permasalahan-permasalahan dan bagaimana Islam melihat ataupun mengatasi, memperkenalkan cara untuk mengatasi masalah alam sekitar.

Sehubungan dengan itu, suka saya memetik ayat al-Quran, Allah S.W.T berfirman [Membaca ayat al-Quran]. Bermaksud, “bukan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu dengan tanaman, kebun-kebun yang menghijau subur dengan indahnya, kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkannya, menumbuhkan pohon-pohon tersebut. Adakah sebarang Tuhan lain bersama dengan Allah S.W.T?”

Kita cuba mengenali alam sekitar ini walaupun alam sekitar sudah pun disebut oleh sahabat-sahabat daripada Parti Kerajaan dan daripada Parti Pembangkang. Bagi saya alam sekitar ini iaitu alam yang selain daripada manusia, yang boleh kita kategorikan alam selain daripada manusia yang ada di sekitar kita ini. Sebagaimana yang disebut oleh Allah S.W.T di dalam ayat [Membaca sepotong ayat al-Quran].

Di sini kita dapat melihat bagaimana pandangan Islam tentang alam sekitar ini. Apakah alam sekitar ini mesti kita anggap dia sebagai atau seumpama darah daging kita, yang mempunyai hubungan rapat dengan kita, mesti dijaga dengan penuh kasih sayang ataupun dilihat sebagai musuh kita. Jadi dua perkara itu saya rasa perlu kita tekankan.

Apakah ianya merupakan macam sahabat-sahabat karib kita, bila kita sebut bahawa alam sekitar ini adalah sahabat karib kita, mesti kita jaga, mesti kita kawal, mesti kita selia dengan sebaik-baiknya, ataupun kita melihatnya sebagai musuh.

Mesti kita warnakan dengan warna tidak baik, kita menentang dia, kita lawan dia, kita khianat dia, kita apa dia. Jadi, kedua-dua ini mesti dilihat dan Islam sebagai agama negara kita ini dan Islam sebagai agama anutan sebahagian besar daripada penduduk-penduduknya yang berada di negara kita ini.

Kita melihat bagaimana disebut di dalam ayat yang saya bacakan tadi, [Membaca sepotong ayat al-Quran], kita melihat persekitaran kita ini kepada binatang. Cuma Allah S.W.T mengambil satu juzuk bagi menerangkan juzuk-juzuk yang lain. Allah mengambil “ibbil”, binatang ini sebagaimana ia dijadikan oleh Allah S.W.T.

Ia mewakili binatang-binatang yang ada di persekitaran kita. Kemudian Allah S.W.T menyuruh supaya kita melihat lebih jauh selain daripada kita melihat sekitar kita binatang, kita melihat kepada, [Membaca sepotong ayat al-Quran], bagaimana langit, ianya diangkatkan. Ahli-ahli sains dan al-Quran mengatakan bahawa langit dan bumi ini bercantum, [Membaca sepotong ayat al-Quran].

Saya tidak belajar sains tetapi saya melihat kepada al-Quran yang mengatakan bahawa langit dan bumi ini bercantum, [Membaca sepotong ayat al-Quran]. Bercantum pada peringkat awalnya, kemudian berlaku evolusi yang begitu lama, yang menjadikan langit dan bumi ini dipisahkan, kemudian masuk cahaya, kemudian masuk udara dan masuk perkara-perkara yang memberi langit dan bumi, umur yang begitu panjang.

Kemudian Allah S.W.T menyebut kepada kita, [Membaca sepotong ayat al-Quran], bagaimana Allah jadikan bukit dan bukit ini sebagai paku kepada bumi ini supaya bumi ini mempunyai keseimbangan, ianya tidak runtuh di sana dan di sini. Kerana itulah bukit ini sebagai paku kepada bumi. Kemudian, [Membaca sepotong ayat al-Quran], bagaimana Allah jadikan bumi ini terhampar luas.

Di dalam ayat yang lain, Allah S.W.T menyebut macam-macam seperti menyebut laut, menyebut angin, menyebut hujan, menyebut siang, menyebut malam. Di antar lainnya, [Membaca sepotong ayat al-Quran], siapakah yang menunjukkan kamu dalam kegelapan daratan dan kegelapan di lautan. [Membaca sepotong ayat al-Quran], siapakah yang menghantarkan di mana angin dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada kamu kerana angin ia mengandungi benih-benih, daripada jauh diterbangkan oleh angin kemudian mencari sasarannya.

Hujan misalnya, [Membaca sepotong ayat al-Quran]. Allah S.W.T menekankan tentang hujan, bagaimana dan siapa menurunkan hujan. Siapakah yang menurunkan hujan kepada mereka dan hujan ini hujan buruk sebagai balasan kepada orang-orang yang telah diberi amaran oleh Allah S.WT.

Kemudian tentang sungai, Allah S.W.T menyebut, [Membaca sepotong ayat al-Quran]. Allah menjadikan bumi dan Allah menjadikan celah-celah di atas bumi itu dengan likuliku sungai. Menunjukkan bahawa agama Islam ini lebih awal mengajak penganut-penganutnya melihat bahawa persekitaran kita ini adalah sahabat karib kita, kawan kita dan semacam saudara-mara kita juga.

Kalau kita sayang kepada keluarga kita, maka begitu juga kita sayang kepada bukit-bukau, gunung-ganang, sungai, air dan sebagainya. Allah S.W.T menyebut, [Membaca sepotong ayat al-Quran]. Melihat ke atas pula, Allah mengatakan bahawa Dia jadikan alqamar (bulan) sebagai cahaya dan dia jadikan matahari sebagai lampu. Di sini kita melihat pula bagaimana Rasulullah S.A.W (Nabi Muhammad) dalam melihat perkara-perkara tersebut.

Di waktu Nabi S.A.W melalui bukit, Bukit Uhud, Nabi Muhammad mengatakan [Membaca hadis Nabi] ertinya, “Saya sayang kepada bukit ini dan bukit itu juga sayang kepada saya.”
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat Sahih Bukhari dan Muslim, bagaimana Rasulullah S.A.W menekankan kasih sayang kepada kejadian-kejadian. Di antaranya, ada satu bab yang memperkatakan, [Membaca hadis Nabi], wajib sayang kepada Madinah dan ahli-ahli Madinah.

Begitu juga wajib sayang kepada Mekah dan ahli-ahli Mekah yang beriman kepada Allah.
Ini menunjukkan bahawa rapatnya hubungan di antara pegangan kita dengan alam persekitarannya. Itu belum lagi kita bercakap tentang malaikat, belum lagi kita bercakap tentang jin yang merupakan alam sekitar kita.

Tuan Yang di-Pertua, Bagaimana yang saya sebutkan tadi supaya kita sayang dan supaya kita kasih kepada alam sekitar ini yang ditunjuk sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W. Saya bawa ini dalildalil kasar yang menunjukkan bagaimana mendidik kita supaya kita sayang kepada alam sekitar seperti sungai kita.

Di dalam sepotong ayat al-Quran, Allah S.W.T menyebut, [Membaca sepotong ayat al-Quran] ertinya, “Kami jadikan kamu wahai manusia, Kami jadikan seluruh kejadian ini daripada air.” Ini menunjukkan bahawa kita mesti jaga sungai kita, tempat-tempat air kita jaga.

Saya masih ingat lagi Tuan Yang di-Pertua, di waktu saya belajar di Saudi Arabia. Di sana tidak ada air banyak, air tidak ada. Yang adanya ‘ya nabiaq’. ‘Ya nabiaq’ ini iaitu mata air. Bagaimana mereka jaga mata air, bagaimana mereka jaga punca-punca air ini? Mereka tidak buang dengan buangan sisa-sisa, jauh lagi dari toksik, jauh daripada plastik dan sebagainya. Dua hari kita bercakap tentang penggunaan plastik iaitu kelmarin dan hari ini, bagaimana plastic mewarnakan kekotoran di negara kita.

Saya rasa kalau kita mengambil kesempatan dan melihat bagaimana, ini disebutkan tadi bahawa kita mesti dididik dengan suatu pegagan. Kalau kita tidak didik dengan satu pegangan, maka kita tidak perkasa. Misalnya kita buang sampah, kita tidak rasa kita berdosa dengan membuang sampah, sedangkan Islam mengajar kita, [Membaca hadis Nabi]. Nabi kata bahawa iman ini ada 93 cabang. Paling tingginya, lailahaillallah dan yang terendahnya buang sampah. Ini tidak ditekankan. Buang sampah di jalan, buang sampah di rumah dan sebagainya.

Kerana itulah kita tengok rumah tangga orang Islam sekarang ini, tidak usah kita pergi jauh-jauhlah. Kita pergi kepada rumah tangga orang Islam. Kita melihat bagaimana persekitaran rumah tangga kita. BERSAMBUNG
———
Perbahasan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2007 ms 81 pada 20 Jun 2007

Sungai Juru sebagai ‘Sungai Mati’

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Bera, terima kasih Tuan Yang diPertua. Saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Wakil Bera tentang tahap toxicity.

Semalam semasa Kepong berucap, saya ada menyentuh tentang kesan-kesan hasil daripada toksik itu. Misalnya kalau sesuatu bahan itu dimasukkan ke dalam alur air, mungkin dari segi kimianya tidak toksik, tetapi yang menyebabkan kematian hidupan-hidupan di dalam sungai ataupun di dalam laut, ini mungkin bagi haiwan toksik tetapi bagi manusia tidak toksik.

Bagaimana pula pandangan Yang Berhormat tentang, misalnya kalau di Sungai Juru itu kilang-kilang sama ada kilang haram atau pun kilang halal yang mengeluarkan bahan-bahan toksik ke dalam Sungai Juru yang menyebabkan kesan yang cukup parah kepada sungai tersebut sehingga disebut sebagai sungai itu sungai mati.

Ini maknanya setiap kilang atau pun setiap alur air yang dikeluarkan oleh kilang itu perlu diperiksa oleh penguat kuasa sebelum mereka ini didakwa mengikut undang-undang yang ada.

Ini kerana ia mungkin bercampur kilang mengecat kereta misalnya kemudian kilang membuat bahan-bahan yang lain, apabila berlaku percampuran barulah ianya menjadi ataupun dikategorikan sebagai toksik. Walaupun kilang itu satu-satu kilang yang tidak menyebabkan toksik kepada air ataupun alur air tersebut, apa pandangan daripada Yang Berhormat?

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Yang Berhormat Pendang, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat dan saya pun mempunyai persoalan yang sama.

Soalan Yang Berhormat saya minta boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada persoalan saya untuk dijawab oleh pihak kementerian, degree toxicity tadi yang membimbangkan saya.

//Perbahasan Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2007, ms 40

“Ada kerajaan negeri sedang demam berdepan dengan kenaikan gaji,” kata Abdul Fatah

Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberi bantuan kepada kerajaan negeri setelah kenaikan gaji dilaksanakan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil maklum akan kemungkinan kerajaan negeri menghadapi masalah kekurangan peruntukan untuk menampung kenaikan gaji anggota-anggota perkhidmatan awam seperti yang diumumkan oleh kerajaan mulai 1 Julai 2007.

Walau bagaimanapun, bagi negeri yang menghadapi masalah aliran tunai dalam akaun pengurusan mereka, mereka bolehlah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kewangan akan pertimbangkan. Ini berbentuk pinjaman Tuan Yang dipertua, bukan untuk pemberian tetapi berbentuk pinjaman. Kena bayar baliklah, walaupun tidak ada interest kena bayar balik.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Adakah kerajaan sedar, ada beberapa kerajaan negeri yang selalunya meminjam dengan Kerajaan Persekutuan tetapi tidak berbayar? Contohnya, Kedah lebih daripada satu bilion, Perlis demikian juga.

Adakah kerajaan sedar dalam keadaan sekarang ini terdapat beberapa negeri sedang demam apabila berhadapan dengan kakitangan kerajaan di mana Kerajaan Persekutuan mahu bayar gaji kakitangan. Sudah tentu kerajaan negeri juga terpaksa membayar balik.

Jadi adakah kerajaan sedar? Ada beberapa negeri sudah demam walaupun surat belum diminta lagi dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapat pinjaman.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tiap-tiap negeri membuat pinjaman kepada Kerajaan Pusat. Kalau ikut jumlah kalau dilihat saya tidak payah sebut kerajaan negeri-negerilah tetapi ada yang banyak dan ada yang sikit. Tetapi total, jumlah…
Hendak sebut Kelantan ya? Kelantan pinjam RM 897 million. [Dewan riuh] Tertunggak, tertunggak ya. Ada juga tertunggak.

Jadi jumlah semua sekali Tuan Yang di-Pertua tiap-tiap negeri, semua negeri pinjam. Jumlah semua sekali RM13.8 bilion. Yang tertunggak RM2.5 bilion. Tiap-tiap negeri pun ada tunggakan. Jadi memang begitulah keadaan ia. Memang kita tahu sangatlah masalah kerajaan negeri.
————————–
//Sesi Jawab Lisan pada 20 Jun 2007

Peringkat Pembinaan punca kerosakan – Dato’ Samy

Dr. Mohamed Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapa kos penyelenggaraan bangunan kerajaan yang diperlukan kerana sering mengalami masalah akhir-akhir ini serta apakah hasil siasatan terhadap masalah tersebut yang dilakukan.

Menteri Kerja Raya [Dato’ Seri S. Samy Vellu]: Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua kejadian kerosakan yang berlaku kepada bangunan kerajaan akhir-akhir ini adalah berpunca daripada kelemahan pemasangan di peringkat pembinaan. Dengan itu ialah tidak melibatkan sebarang kos penyelenggaraan kerana bangunan tersebut masih di dalam tempoh tanggungan kecacatan defect liability period, dengan izin segala pembaikan masih lagi di bawah tanggungjawab kontraktor.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Pendang.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita tahu daripada permulaan hari itu tiang MRR2 yang retak, kemudian OT di Hospital Sultanah Bahiyah terbakar, kemudian tanah runtuh di Putrajaya, siling dan paip bocor di Kementerian Pembangunan Usahawan, Parlimen bocor dan mahkamah tinggi yang baru, penyambung paip
yang digunakan adalah dari bahan yang sub standard.

Jadi saya hendak tanya kepada menteri, adakah ini merupakan salah satu daripada perancangan untuk mengenakan menteri sendiri? Itu soalan yang pertama. Yang keduanya, adakah penggunaan bahan-bahan yang sub standard ini masih tidak dikenakan tindakan kepada pemaju-pemaju tersebut sehingga bangunan mahkamah itu boleh digunakan?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, baik.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Guna bahan sub standard, harga lebih mahal tetapi bangunan itu boleh digunakan sehingga mencederakan ataupun mencacatkan pembangunan di mahkamah tersebut. Menteri juga mengatakan kos untuk siasatan sahaja melibatkan RM22 juta itu untuk siasat, belum lagi untuk pembaikan dan juga lain-lain perkara. Saya minta jawapan daripada menteri, terima kasih.

Dato’ Seri S. Samy Vellu: Ahli Yang Berhormat telah meminta lebih kurang 22 soalan dalam satu soalan yang dibangkitlah. Saya boleh juga menyatakan saya akan beri jawapan bertulis tetapi tidak payahlah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahan-bahan digunakan dalam pembinaan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur itu bukan oleh sebab mereka mengguna bahan yang tidak sesuai.

Ini boleh dikatakan kontraktor-kontraktor kecil yang telah mengambil beberapa tindakan untuk memasang alat-alat atas siling board. Bila siling board itu bukanlah untuk mengambil muat daripada mana-mana pihak, dipasang itu untuk menjaga suasana yang baik tetapi ini sudah dilaporkan dan juga beberapa siling sudah dilihat.

Bangunan tidak ada apa, bangunan satu sahaja iaitu apabila kita mengadakan expansion
join. Expansion join oleh sebab kita tidak boleh buat mana-mana satu bangunan yang panjang
seperti itu jadi satu badan, kita kena pecah jadi beberapa bahan.

Jadi bila kita ada macam itu di sesetengahnya kita telah epoxy dan kita akan mengadakan satu penutup. Tetapi apa salah telah dibuat kontraktor atau mereka telah menjalankan plaster work atas join itu. Join tidak boleh di plaster, pasal itulah bila ada juga bangunan movement dia kata dengan izin. Bila ada movement dalam structure, hari ini dia move setengah inci dan dia kembali mengikuti dengan keadaan cuaca.

Jadi ini semuanya mesti diambil kira. Kerja-kerja di mana di Hospital Sungai Petani dan juga di tempat-tempat yang lain semuanya kontraktor tidak menjaga kerja masa kontraktor kecil telah memasang.

Oleh sebab saya telah memberi arahan kepada Jabatan Kerja Raya, semua kontraktor-kontraktor kecil mesti diperiksa. Adakah mereka layak untuk menjalankan kerja atau tidak, dan
juga hantar notis tunjuk sebab mengapa kita tidak boleh mengambil tindakan untuk menyenaraihitamkan mereka daripada kerja-kerja kontrak di JKR untuk dua tahun atau tiga
tahun, semuanya sedang berlaku.

Satu sahaja saya telah minta pegawai-pegawai JKR, apabila satu-satu bangunan kerajaan sudah diselesaikan pembinaan, kita mesti mengadakan satu pemeriksaan yang lanjut untuk mendapat tahu apa masalah yang ada di dalam pembinaan itu.

Jadi ini sedang ditimbang oleh Jabatan Kerja Raya untuk mengadakan satu jabatan, Building Surveyor Department, ukur bangunan akan diadakan di mana-mana satu bangunan atau satu kerja diselesaikan dengan serta-merta, mereka memberi satu pemeriksaan yang luas untuk mendapat tahu adakah bangunan itu dibina dengan mengikuti syarat-syarat yang dikenakan oleh JKR.

Jadi saya suka juga memberitahu kepada Yang Berhormat, kerja-kerja yang sedang dijalankan, kontrak-kontrak sedang diberikan, saya telah minta JKR untuk to have a second look. Adakah kontraktor banyak di antara dapat kerja dia dapat dua atau tiga kerja, dia tidak jaga satu
kerja lagi. Jadi semua di ambil tindakan.

Sekarang saya sudah minta no more playing the fool. Kontraktor besar kah, berapa besar dia pun batal juga dengan serta-merta. Dia boleh juga memohon kepada siapa-siapa, kita tidak benar dia kerja lagi. Inilah sejarah baru.

//Sesi soal jawab Dewan Rakyat 19 Jun 2007

KAFA dan J-Qaf diajar bagi menguatkan pegangan agama

Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Mashitah Ibrahim berkata kerajaan telah memperkenalkan program KAFA dan J-Qaf yang diajar di sekolah-sekolah bagi menguatkan pegangan agama generasi muda umat Islam negara ini.

Dr Mashitah berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ustaz Ismail Noh (Pasir Mas) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan sentiasa membuat pemantauan kepada pegangan agama Islam orang-orang Melayu, khususnya kepada generasi muda yang sentiasa terdedah dengan pelbagai situasi dan keadaan.

Kata Mashitah, JAKIM senntiasa berkerjasama dengan pelbagai kementerian serta agensi kerajaan yang lain mengadakan program keagamaan bagi mengukuh akidah generasi muda.

Ibubapa dan keluarga perlu memain peranan utama dalam membimbing jenerasi muda dalam memperkukuhkan akidah dan menjauhkan diri dari pengaruh yang merosakkan akidah