“Ada kerajaan negeri sedang demam berdepan dengan kenaikan gaji,” kata Abdul Fatah

Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberi bantuan kepada kerajaan negeri setelah kenaikan gaji dilaksanakan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil maklum akan kemungkinan kerajaan negeri menghadapi masalah kekurangan peruntukan untuk menampung kenaikan gaji anggota-anggota perkhidmatan awam seperti yang diumumkan oleh kerajaan mulai 1 Julai 2007.

Walau bagaimanapun, bagi negeri yang menghadapi masalah aliran tunai dalam akaun pengurusan mereka, mereka bolehlah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kewangan akan pertimbangkan. Ini berbentuk pinjaman Tuan Yang dipertua, bukan untuk pemberian tetapi berbentuk pinjaman. Kena bayar baliklah, walaupun tidak ada interest kena bayar balik.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Adakah kerajaan sedar, ada beberapa kerajaan negeri yang selalunya meminjam dengan Kerajaan Persekutuan tetapi tidak berbayar? Contohnya, Kedah lebih daripada satu bilion, Perlis demikian juga.

Adakah kerajaan sedar dalam keadaan sekarang ini terdapat beberapa negeri sedang demam apabila berhadapan dengan kakitangan kerajaan di mana Kerajaan Persekutuan mahu bayar gaji kakitangan. Sudah tentu kerajaan negeri juga terpaksa membayar balik.

Jadi adakah kerajaan sedar? Ada beberapa negeri sudah demam walaupun surat belum diminta lagi dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapat pinjaman.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tiap-tiap negeri membuat pinjaman kepada Kerajaan Pusat. Kalau ikut jumlah kalau dilihat saya tidak payah sebut kerajaan negeri-negerilah tetapi ada yang banyak dan ada yang sikit. Tetapi total, jumlah…
Hendak sebut Kelantan ya? Kelantan pinjam RM 897 million. [Dewan riuh] Tertunggak, tertunggak ya. Ada juga tertunggak.

Jadi jumlah semua sekali Tuan Yang di-Pertua tiap-tiap negeri, semua negeri pinjam. Jumlah semua sekali RM13.8 bilion. Yang tertunggak RM2.5 bilion. Tiap-tiap negeri pun ada tunggakan. Jadi memang begitulah keadaan ia. Memang kita tahu sangatlah masalah kerajaan negeri.
————————–
//Sesi Jawab Lisan pada 20 Jun 2007

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: