Makmal Patologi perlu kepakaran tinggi

Oleh: Dr Mohd Hayati bin Otman

Bidang pathology, atau kaji penyakit adalah satu cabang yang amat penting dalam bidang perubatan. Bidang inilah yang akan menentukan atau mengesahkan diagnosa seseorang pesakit, baik yang hidup atau mati, seterusnya memberikan petunjuk kepada doctor untuk meneruskan rawatan.

Rang Undang-undang RUU) ini pada satu segi nampaknya memberikan satu bentuk kawalan didalam pelaksaaan sesebuah makmal itu untuk beroperasi, tetapi dari segi yang lain mungkin akan menyebabkan kos setiap ujian yang dilaksanakan akan bertambah.

Menyentuh tentang pemegang lesen untuk permohonan makmal pathology ini. Saya ingin mendapat penjelasan apakah ianya sama saperti yang dilakukan untuk ahli farmasi , pegawai pergigian atau perubatan dimana dalam setiap makmal itu mesti ada seorang ahli pathology , iaitu adakah beliau semestinya seorang pegawai yang mempunyai pengkhususan didalam bidang pathology iaitu pakar pathology atau hanya sekadar pegawai perubatan yang mempunyai pengalaman didalam bidang pathology mengikut tahap pengalaman tertentu sahaja yang diberi kuasa oleh KP, atau pegawai sains makmal pathology yang mempunyai pengalaman beberapa tahun dibawah naungan satu-satu rangkaian makmal yang besar yang dipantau oleh seorang pakar pathology saperti yang pernah berlaku didalam system KKM dihospital kerajaan.

Bagaiman pula seandainya pegawai pathology itu kalau ia berhenti atau bertukar adakah lesen untuk premis itu dinafikan untuk beroperasi atau boleh diganti dengan pakar pemantau atau ‘locum ‘ pathologist . Masa untuk melaporkan pertukaran orang yang mengendalikan makmal pathology adalah 14 hari, bagaimana kalau dalam masa ini , adakah pengendalian makmal itu layak dipantau oleh ahli pathology berdekatan saperti mana yang sering berlaku didalam kes ‘forensic pathologist’ dari Pulau Pinang mengendalikan kes di Alor Setar dan Perlis. Ataukah diturunkan kepada juruteknology makmal yang berpengalaman sementara menunggu pengganti yang bertukar itu sampai, apakah ini menyebabkan makmal itu boleh disabitkan dengan kesalahan, apakah pegawai pathology yang lama tersabit atau yang baru akan kena sabit kesalahan.

Kelayakan menjalani latihan dan pengalaman hanya ditentukan oleh ketua pengarah, ia merupakan satu yang amat berkuasa dan subjektif, tidak diyatakan secara jelas dalam perkara ini, apakah hanya pegawai sains pathology, juruteknologi makmal pathology atau doctor perubatan dalam pengkhususan pathology atau pakar pathology dengan subspeciality tertentu untuk makmal yang khusus dan tertentu sahaja. Apakah parasitology dan entomology juga boleh digolongkan kedalam status makmal pathology dalam praktis harian kalaupun bukan dalam ilmu perubatan khusus kerana ia juga merupakan sumber yang menyebabkan pathogen kepada sesuatu masalah penyakit.

Didalam perkara 17 dinyatakan berhubung dengan kelas dan kekhususan , ini juga merupakan semacam satu ketidakadilan kepada pengamal didalam bidang pathology kerana seandainya sesuatu pengkhususan itu hendak di detailkan, maka kita terpaksa mempunyai berbagai jenis makmal didalam sesuatu kawasan operasi, contohnya makmal sitopathology, makmal forensic pathology, makmal biochemistry, makmal bacteriology, makmal virology, makmal fungilogy dan beranika bidang lagi, sekiranya tiada pengkhususan, maka mereka boleh disabitkan kesalahan.

Apakah pula kelas dan pengkhususan ini boleh melibatkan banyak bidang dalam sesuatu makmal tersebut apabila permohonan dibuat, bagaimana pula dengan tenaga kerja yang melibatkan setiap kelas pengkhususan itu yakni pakar atau pegawai pathology yang berkepakaran khusus dalam bidang kelas tersebut. Kalau ini boleh berlaku, maka kita terpaksa mempunyai ramai pegawai atau pakar dalam sesuatu makmal, bahkan dalam KKM pun perkara ini jarang dilakukan, mungkin hanya fakulti perubatan sahaja yang mempunyai kemudahan tersebut..

Laporan terhadap hasil ujian yang dijalankan, siapakah yang perlu menandatangani laporan kalau kekhususan ini diberikan penegasan serius dalam RUU ini, kerana mungkin pakar bacteriology tidak berhak membuat laporan kepada bidang cytology, atau biochemistry tidak layak membuat laporan kepada sitology atau sebagainya. Kalaulah ini benar, apakah sesuatu makmal itu perlu mempunyai semua disiplin pathology ini baru diberikan lessen.

Memandangkan kemungkinan akan berlaku cross infection jika sekiranya makmal tersebut ada melakukan ujian untuk benteriology atau virology dalam satu makmal. Bagaimana pula pemantauan yang dilakukan terhadap prosedur ujian yang dijalankan, standard operating procedure dan berapa kerapkah ianya akan dipantau kerana setiap ujian yang dilakukan seandainya lari daripada tahap piawaian yang standard sudah tentu akan memjejaskan diagnosa yang akan dibuat oleh doctor yang merawat dan pesakit akhirnya akan menghadapi risiko. Oleh itu pemantauan dari segi standard procedure, kaedah ujian yang dijalankan, pembuangan bahan-bahan lepas ujian juga mestilah mencapai tahap kejituan yang sempurna. Ini kerana semua specimen yang merupakan bendalir badan yang dihantar untuk ujian adalah lazimnya mempunyai risiko untuk menjangkiti orang lain dan peralatan yang digunakan dimakmal pathology mempunyai kecenderongan untuk memudaratkan/ mencederakan orang lain, saperti jarum, tabung uji, beaker, pipet, slide, scapel blade, termasuk specimen saperti kencing, darah, nanah, najis dan berbagai lagi .

Proses pembuangan/ pelupusan bahan specimen ini juga mestilah diperhalusi mengikut kaedah yang standard kerana sekiranya ia tidak dibuang dengan kaedah yang selamat, nescaya wabak penyakit akan terjadi dan menjangkiti staff makmal itu sendiri atau mereka yang berada disekitar. Saperti cara pelupusan yang dilakukan ketika memuncaknya wabak selsema burung tempoh hari. Begitu juga dengan Reagant dan bahan kimia yang digunakan untuk melakukan ujian tersebut, apakah ianya tersenarai didalan senarai bahan-bahan toksik yang membahayakan kesihatan baik manusia atau haiwan atau tumbuhan. Dan seandainya dikeluarkan melalui alur air biasa kemungkinan akan menyebabkan percampuran dengan bahan tertentu dan boleh menyebabkan sisa toksik yang boleh dikenakan tindakan mengikut akta racun toksik berjadual.

Panduan terhadap pelupusan bahan buangan makmal saperti melalui bilik autoclave, penyimpanan bahan nyah kuman yang telah diautoclave dengan yang tercemar, penggunaan bahan yang mudah didisinfectant, bahan-bahan kimia yang digunakan untuk nyahkuman sebelum dibuang, penggunaan bahan ‘single use’ dan ‘multiple usage’ , dan kaedah pelupusan bahan buangan tajam saperti jarun, pipette, scaple blade perlu dinyahkuman sebelum dibuang ditempat tertentu perlu dinyatakan dengan jelas dan keperluan kepada kemudahan pembuangan bahan ini siapakah yang perlu mnyediakannya, adakah pihak PBT, bandaran atau pengendali, samada pelupusan secara incinerator atau ada cara lain didalam sesuatu PBT tersebut. Benda-benda tajam ini tidak sepatutnya dilupuskan ditempat pembuangan sampah ‘landfill’ biasa, apakah ini dirasakan tidak perlu dalam akta ini. // …bersambung…
——————–
Perbahasan Rang Undang-undang Makmal Patologi 2007 pada 27 Jun 2007, jam 3.30 petang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: