Kerajaan Belanja RM130.5 Juta Anjur Formula 1 2007

Kerajaan telah membelanjakan RM130.5 juta bagi penganjuran sukan perlumbaan kereta Formula 1 tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Liow Tiong Lai berkata jumlah itu adalah bagi bayaran fi kepada Formula 1 Management Limited.

Beliau berkata tahun lepas, pihak pengurusan Sepang F1 membelanjakan RM121.8 juta sebagai bayaran fi tersebut berbanding RM110.7 juta tahun 2005 dan RM98.4 juta pada 2004.

“Manakala jumlah pendapatan yang diperolehi ialah berjumlah RM58.5 juta melalui penganjuran acara itu baru-baru ini, RM50.8 juta (2006), RM56.4 juta (2005) dan RM59 juta (2004),” katanya menjawab soalan Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat) berhubung perbelanjaan yang ditanggung kerajaan untuk menganjurkan acara itu dan soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) mengenai kadar bayaran fi.

Dalam soalan asal Datuk Kamarudin meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan jumlah perbelanjaan yang ditanggung Kerajaan bagi melaksanakan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia-Petronas baru-baru ini.

Kepada soalan tambahan Kamaruddin berhubung kos tambahan yang terpaksa ditanggung negara sekiranya Malaysia menyambung kontrak penganjuran acara itu, Liow berkata kira-kira RM20 juta kos tambahan diperlukan bagi tujuan itu.

Kos tambahan itu katanya adalah bagi memenuhi syarat lanjutan kontrak yang antara lain adalah untuk mengadakan perlumbaan pada waktu malam yang akan memerlukan infrastrukturnya dinaik taraf seperti baik pulih litar termasuk memasang lampu.

Datuk Kamarudin dalam soalan tambahannya berkata merujuk kepada the chair as a hold, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang disoal oleh Yang Berhormat Pontian semalam dan berkaitan dengan Super GT, saya juga bersama dengan beliau dan ingin mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, teguran berkenaan dengan pakaian-pakaian seksi dalam program-program seperti ini. Saya fikir Formula One juga sama amalannya.

Tambahan lagi saya fikir sama dengan Super GT. Acara pemberian hadiah dalam program Formula Satu ini, biasanya dan amalannya di seluruh dunia ialah dengan amalan sembur-menyembur minuman keras, Champagne dan sebagainya. Ini program rasmi kerajaan dan sebagaimana yang kita tahu daripada tahun 80-an lagi, arahan kerajaan, garis panduan kerajaan ialah program-program rasmi kerajaan tidak ada minuman keras bersamanya. Jadi saya ingin mendapatkan pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang dasar kerajaan dalam kes Formula Satu ini.

Yang Berhormat Timbalan Menteri juga menyentuh tentang Singapore dan sebagainya. Kalau kita kaji, Singapore akan mengadakan program Formula One ini, tetapi seperti amalan di Monaco dan juga di Melbourne ianya akan menggunakan apa yang dinamakan Street Circuit.
Iaitu menggunakan jalan raya yang sedia ada. Kita boleh memahami Singapura begitu, kita
boleh memahami Monaco seperti itu, tetapi Melbourne sebagaimana rakan-rakan yang menuntut di Australia tahu, Australia negara yang luas dan mereka boleh membuat circuit sendiri.

Kita memilih untuk membuat circuit sendiri dan sekarang ini belanjanya mahal sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi. Soalan saya ialah, saya membaca laporan bahawa tuan punya lumba ini Encik Atles Stone telah menyatakan bahawa untuk kita menyambung kontraknya, memerlukan kita membuat perubahan-perubahan, penambahbaikan-penambahbaikan dan sebagainya.

Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut beberapa angka belanja tambahan. Adakah ini yang dimaksudkan syarat itu, ataupun ada lagi perbelanjaan-perbelanjaan yang diperlukan oleh Atles Stone untuk memberi kita kontrak yang seterusnya? Jika ini belanja tambahan, berapakah jumlah belanja tambahan tersebut? Terima kasih.
Gadis litar di acara sukan permotoran Jepun yang diadakan di sini baru-baru ini. Seorang ahli Dewan Rakyat Datuk Mohame Aziz (Sri Gading) berkata: Kalau promosi di Kuala Lumpur sahaja mungkin saya boleh faham, tetapi ini jelajah seluruh negara. Foto dari mstar.com.my.

Menjawab teguran tersebut, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Liow Tiong Lai menjelaskan berhubung dengan acara F1, pihaknya akan memastikan setiap peserta serta penganjur memahami adat resam masyarakat Malaysia.

Jelasnya lagi sungguhpun terdapat upacara menyembur champagne, champagne yang digunakan adalah tidak mengandungi alkohol.

Satu Respons

  1. perlu ke ditonjolkan gambar ni?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: