Najib akui Singapura-Israel jalin hubungan baik

Menteri Pertahanan, Dato Seri Najib Razak berkata Kementerian memang menyedari bahawa pihak Singapura dan Israel telah menjalinkan hubungan baik dan ia meliputi bidang kelengkapan pertahanan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Salahuddin Haji Ayub (Kubang kerian) di Dewan Rakyat hari ini.

“Sebagai sebuah negara berdaulat Singapura berhak untuk menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana negara negara serta mengadakan usahasama dalam bidang-bidang tertentu,” katanya.

Salahuddin dalam soalannya meminta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa Singapura mempunyai perniagaan kelengkapan pertahanan dengan Israel melalui Singapore-Israel Industrial Research and Development (SIIRD) di bawah naungan Singapore Economic Development Board (SEDB) dan The Office Of The Chief Scientist (OCS) di Israel yang berpotensi besar digunakan untuk membunuh rakyat Palestin malah boleh menjadi ancaman keselamatan serantau dengan mengambil kira rekod keganasan antarabangsa Israel dan langkah Kementerian bagi memantapkan pertahanan negara.

Bagaimanapun Najib tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa hubungan Singapura tersebut menjejaskan keselamatan serantau.

Mengenai kemanan di Palestin, Najib berkata rakyat Palestin berhak untuk tanahair, keamanan dan pembangunan diketahui oleh dunia termasuk Singapura.

// LAGI

Satu Respons

  1. Tahu tapi tak leh buat apa…rancangan masa depan mereka
    yang pasti akan membawa malaysia kearah tidak stabilan satu hari lagi…ejen ejen dah masuk lama kat singapore dan beroperasi disana…memang kalau dikaitkan dengan singapora
    memang jelas tettu ada hubungan dengan yahudi…

    Malaysia Thailand tidak terlepas dari susupan ejen ejen jahat ini

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: