Nazri salahguna ‘imuniti’ di Parlimen

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar berkata, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Nazri Aziz telah secara jelas menyalahgunakan ‘imuniti’ menggunakan perkataan ‘bodoh’, ‘benak’, ‘tak ada otak’ di Parlimen.

“Ia amat membimbangkan kerana kerana Nazri adalah seorang menteri yang bertanggungjawab atas urusan hal ehwal Parlimen dan beliau juga bertindak sebagai jawatankuasa yang sedang mengkaji hak dan keistimewaan parlimen, iaitu Jawatankuasa Etika Ahli Parlimen,”tegasnya.

“Sebaliknya, beliau bercakap dengan tidak menghormati parlimen. Ini adalah kerana sebelum ini saya pernah mengemukakan soalan berkaitan dengan kes rasuah yang membabitkan Pengerusi LKIM, Timbalan Menteri, Dato’Kayveas menjawab dengan menggunakan undang-undang dengan menyatakan bahawa beliau tidak boleh menyentuh kerana perkara ini kerana ia masih dalam kajian oleh Badan Pencegah Rasuah.

“Jadi dalam kes Dato’ Johari Baharom, Nazri boleh pulak mengulas walaupun kes itu dalam bidang kuasa BPR sedangkan undang-undang mengatakan bahawa ia tidak boleh menyebut apapun apatah lagi beliau membayangkan bahawa Johari tidak bersalah. itu jelas melanggar undang-undang dan etika parlimen,” ulasnya dengan tegas.

Dalam sidang parlimen pada 21 Jun yang lalu, Nazri telah menjawab soalan yang dikemukakan oleh Lim Kit Siang seperti berikut :

“Malaysia kita boleh percaya kalau orang macam ni (macam Ketua Pembangkang) tak dak dalam dewan, dia cakap benda yang pembohongan semua aje,tidak ada tuduhan (ketika ini Sdr Lim bangun dan berkata: Tarik balik apa dia pembohongan), itu pandangan orang, itu laporan surat khabar, “INI OTAK BENAK, TAK ADA OTAK, TAK ADA OTAK, OTAK DIA BENAK”.

(Lim bangkit lagi: Dia kata saya buat bohong) “Memang bohong ( Lim: Apa bohong?!). Mana ada tuduhan? OTAK BODOH, TAK RETI BACA KAH, mana ada tuduhan, BODOH KAH, (sambil menggayakan tangannya ke arah kerusipembangkang) duduk-duduk semua, BODOH, TAK ADA OTAK, saya nak jawab Yang Berhormat (menoleh ke arah Speaker).

“Pertama, kalau cakap mengenai persepsi itu pandangan, sebentar tadi saya bagi pandangan saya, apa salahnya. Persepsi, pandangan, kita boleh pegang pada persepsi, saya nak bagi pandangan saya apa salah.

Saya nak bagi tau 5 juta, mana ada 5 juta? Itu pandangan saya, mana 5 juta yang dikatakan Timbalan Menteri ambil, mana 5 juta tu, mana ada 5 juta, tak ada, duduk, BODOH!”

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: