Dr. Mohamed Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapa kos penyelenggaraan bangunan kerajaan yang diperlukan kerana sering mengalami masalah akhir-akhir ini serta apakah hasil siasatan terhadap masalah tersebut yang dilakukan.
Menteri Kerja Raya [Dato’ Seri S. Samy Vellu]: Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua kejadian kerosakan yang berlaku kepada bangunan kerajaan akhir-akhir ini adalah berpunca daripada kelemahan pemasangan di peringkat pembinaan. Dengan itu ialah tidak melibatkan sebarang kos penyelenggaraan kerana bangunan tersebut masih di dalam tempoh tanggungan kecacatan defect liability period, dengan izin segala pembaikan masih lagi di bawah tanggungjawab kontraktor.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Pendang.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita tahu daripada permulaan hari itu tiang MRR2 yang retak, kemudian OT di Hospital Sultanah Bahiyah terbakar, kemudian tanah runtuh di Putrajaya, siling dan paip bocor di Kementerian Pembangunan Usahawan, Parlimen bocor dan mahkamah tinggi yang baru, penyambung paip
yang digunakan adalah dari bahan yang sub standard.
Jadi saya hendak tanya kepada menteri, adakah ini merupakan salah satu daripada perancangan untuk mengenakan menteri sendiri? Itu soalan yang pertama. Yang keduanya, adakah penggunaan bahan-bahan yang sub standard ini masih tidak dikenakan tindakan kepada pemaju-pemaju tersebut sehingga bangunan mahkamah itu boleh digunakan?
Tuan Yang di-Pertua: Ya, baik.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Guna bahan sub standard, harga lebih mahal tetapi bangunan itu boleh digunakan sehingga mencederakan ataupun mencacatkan pembangunan di mahkamah tersebut. Menteri juga mengatakan kos untuk siasatan sahaja melibatkan RM22 juta itu untuk siasat, belum lagi untuk pembaikan dan juga lain-lain perkara. Saya minta jawapan daripada menteri, terima kasih.
Dato’ Seri S. Samy Vellu: Ahli Yang Berhormat telah meminta lebih kurang 22 soalan dalam satu soalan yang dibangkitlah. Saya boleh juga menyatakan saya akan beri jawapan bertulis tetapi tidak payahlah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahan-bahan digunakan dalam pembinaan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur itu bukan oleh sebab mereka mengguna bahan yang tidak sesuai.
Ini boleh dikatakan kontraktor-kontraktor kecil yang telah mengambil beberapa tindakan untuk memasang alat-alat atas siling board. Bila siling board itu bukanlah untuk mengambil muat daripada mana-mana pihak, dipasang itu untuk menjaga suasana yang baik tetapi ini sudah dilaporkan dan juga beberapa siling sudah dilihat.
Bangunan tidak ada apa, bangunan satu sahaja iaitu apabila kita mengadakan expansion
join. Expansion join oleh sebab kita tidak boleh buat mana-mana satu bangunan yang panjang
seperti itu jadi satu badan, kita kena pecah jadi beberapa bahan.
Jadi bila kita ada macam itu di sesetengahnya kita telah epoxy dan kita akan mengadakan satu penutup. Tetapi apa salah telah dibuat kontraktor atau mereka telah menjalankan plaster work atas join itu. Join tidak boleh di plaster, pasal itulah bila ada juga bangunan movement dia kata dengan izin. Bila ada movement dalam structure, hari ini dia move setengah inci dan dia kembali mengikuti dengan keadaan cuaca.
Jadi ini semuanya mesti diambil kira. Kerja-kerja di mana di Hospital Sungai Petani dan juga di tempat-tempat yang lain semuanya kontraktor tidak menjaga kerja masa kontraktor kecil telah memasang.
Oleh sebab saya telah memberi arahan kepada Jabatan Kerja Raya, semua kontraktor-kontraktor kecil mesti diperiksa. Adakah mereka layak untuk menjalankan kerja atau tidak, dan
juga hantar notis tunjuk sebab mengapa kita tidak boleh mengambil tindakan untuk menyenaraihitamkan mereka daripada kerja-kerja kontrak di JKR untuk dua tahun atau tiga
tahun, semuanya sedang berlaku.
Satu sahaja saya telah minta pegawai-pegawai JKR, apabila satu-satu bangunan kerajaan sudah diselesaikan pembinaan, kita mesti mengadakan satu pemeriksaan yang lanjut untuk mendapat tahu apa masalah yang ada di dalam pembinaan itu.
Jadi ini sedang ditimbang oleh Jabatan Kerja Raya untuk mengadakan satu jabatan, Building Surveyor Department, ukur bangunan akan diadakan di mana-mana satu bangunan atau satu kerja diselesaikan dengan serta-merta, mereka memberi satu pemeriksaan yang luas untuk mendapat tahu adakah bangunan itu dibina dengan mengikuti syarat-syarat yang dikenakan oleh JKR.
Jadi saya suka juga memberitahu kepada Yang Berhormat, kerja-kerja yang sedang dijalankan, kontrak-kontrak sedang diberikan, saya telah minta JKR untuk to have a second look. Adakah kontraktor banyak di antara dapat kerja dia dapat dua atau tiga kerja, dia tidak jaga satu
kerja lagi. Jadi semua di ambil tindakan.
Sekarang saya sudah minta no more playing the fool. Kontraktor besar kah, berapa besar dia pun batal juga dengan serta-merta. Dia boleh juga memohon kepada siapa-siapa, kita tidak benar dia kerja lagi. Inilah sejarah baru.
//Sesi soal jawab Dewan Rakyat 19 Jun 2007
Filed under: Soalan dewan | Leave a comment »