Salahuddin bersama Pasukan Kelantan Juara acara Bolasepak Pesta Sukan PASTI

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Haji Ayub bersama skuad Kelantan yang memenangi acara Bolasepak menewaskan Melaka dengan kemenangan tipis 1-0 dalam Pesta Sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kebangsaan di Padang Perdana Kota Bharu di sini semalam (30 Jun 2007).

Dalan ucapan penutupnya, Salahuddin memuji penganjuran sukan PASTI yang menjadi platfom penting mencungkil bakat baru di peringkat kanak-kanak lagi.

“Pesta Sukan PASTI menjadi gelanggang terbaik menonjolkan kanak-kanak seusia muda yang berkemampuan bukan sahaja dari segi pelajaran malah melalui sukan jua,” katanya.

Tempat ketiga dalam acara bolasepak adalah milik bersama Kedah dan Pulau Pinang.

Soalan Jawab Lisan Ahli Parlimen PAS/ PKR – 2 Julai 2007

Soalan Jawab Lisan, Usul dan Ucapan Penangguhan

Soalan ke 13 – Dato’ Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mempelopori kempen amalan berkhatan di kalangan kanak-kanak selaras dengan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengatakan amalan berkhatan mengurangkan risiko dijangkiti virus AIDS.

Soalan ke 35 – Salahuddin Bin Haji Ayub
[ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah siasatan aduan rasuah kepada BPR yang melibatkan Ketua Menteri Sabah.

Soalan ke 38 – Dato’ Kamarudin Bin Jaffar
[ Tumpat ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah tindakan yang diambil Kementerian terhadap stesen televisyen yang tidak memenuhi garis panduan penyiaran.

Soalan ke 43 – Dr. Mohamed Hayati Bin Othman
[ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan di dalam menghadapi penyakit TB resistan ubat yang semakin meningkat dan Denggi termutasi terutama apabila kes kematian mengejut akibat demam panas semakin kerap sekarang ini.

Soalan ke 53 – Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) berapakah peruntukan bantuan kewangan bagi mereka yang layak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam satu bulan dan apakah syarat-syarat
mereka yang layak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat; dan
(b) apakah rancangan baru yang akan dilaksanakan oleh Kementerian untuk membantu fakir miskin pada masa hadapan.

Soalan ke 64 – Tuan Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang menyemak semula dasar pelajaran lalu yang lebih tertumpu kepada orientasi membina kerjaya daripada modal insan dan apakah masalah Kerajaan dalam meggubal dasar tersebut.

Pada Jam 11.30 – Salahuddin akan membentang usul 18 mengenai CTOS dan diikuti perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Agensi Kelayakan Malaysia 2007 yang akan memansuhkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan RUU Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang akan ambil alih sebahagian kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pada Jam 5.30 petang pula Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub akan menyampaikan ucapan penangguhan bertajuk “Rasuah dan Salahguna Kuasa”.

Kelantan terus angkat martabat Wanita

Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz bt Md Nawi berkata, kebajikan wanita khususnya ibu tunggal (Ar Malah) sangat dititik berat kerajaan negeri.

Kerajaan negeri menyediakan bantuan modal kepada mereka bagi memulakan perniagaan. Lebih membanggakan lagi Pasar Besar Kota Bharu dinamakan Pasar Siti Khadijah, kata MUmtaz pada program Tautan Kasih anjuran Hal Ehwal Wanita, Puat Khidmat DUN Pengkalan Kubor di Kg Kampung Tebing di sini.

“Maruah wanita dijaga dan tidak diekploitasi bagi mengiklan barangan, wanita seksi mendedahkan aurat tidak dibenar diperagakan.

“Wanita juga dilantik sebagai Penghulu, ini juga membanggakan wanita yang tak pernah dibuat di negeri lain,” katanya.

Akan banyak lagi program yang dilaksanakan kerajaan negeri akan ditiru oleh kerajaan negeri lain, umpamanya cuti bersalin 60 hari, kerja 5 hari seminggu, dan terbaru Skim Takaful Kifaalah.