Dato’ Halim bahas Rang Undang2 Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa tertarik terutama kepada Menterinya dan kepada Akta ini mengenai pengukuran kebangsaan. Ada dua, tiga perkara sahaja Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak bangkitkan.

Saya rasa sangat penting pengukuran kebangsaan ini, bukan sekarang tetapi awal lagi sepatutnya dikuatkuasakan. Kita telah mengalami konflik di antara Filipina dengan Malaysia mengenai Sipadan, tetapi di dalam upacara internasional kita menang.

Saya hendak tahu pengukuran mana yang digunakan sehingga di Haque, kehakiman di Haque itu boleh beri kemenangan kepada Malaysia, salah satu faktornya? Kalau itu, adakah akta ini selaras dengan kehendak yang digunakan di The Haque itu? Yang keduanya Pulau Batu Puteh di Singapura yang menjadi konflik di antara Malaysia dengan Singapura?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan di Singapura, di Johor.
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Di Johor. Antara Malaysia dengan Singapura di Perairan Johor. Jadi, Singapura tidak hendak keluar langsung dan seolah-olah
dia menganggap Pulau Puteh itu sebahagian daripada negara dia.
Seorang Ahli: Batu Puteh.

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Batu Puteh sebahagian daripada negaranya. Jadi, dalam Akta ini, kita hendak guna, adakah selaras, bolehkah kita guna bila kita lulus nanti yang memihak kepada Malaysia ini sendiri dalam soal pengukuran yang dikatakan oleh Malaysia bahawa Pulau Batu Puteh itu ialah perairan Malaysia.

Yang ketiganya ialah di sempadan antara Malaysia dengan Thailand di Sungai Golok. Mengikut keadaan sekarang ini, ukuran sempadan internasional di antara Thailand dengan Malaysia ini berdasarkan kepada dalaman dalam sungai itu sendiri. Jadi, mana tempat dalam itulah yang membuatkan menjadi ukuran sempadan.

Jadi pihak Thailand telah menambak seluruh sungai itu dengan tambak yang kuat. Jadi bila datang bah, banjir, dengan sendirinya hakisan itu berlaku di Malaysia yang membuatkan sempadan antara Malaysia dengan Thailand ini berubah mengikut dalaman sungai itu. Adakah Akta ini boleh menyelamatkan keadaan itu apabila kita luluskannya? Di manakah standard yang akan digunakan di antara sempadan internasional ini?

Yang keempat iaitulah kawasan Joint Development Area (JDA), yang merupakan tempat, kawasan yang mempunyai 13 trilion minyak gas. Jadi, ukuran mana yang membahagikan di antara kawasan ini berada di Thailand, dan kawasan kita berada di Malaysia?

Begitu juga kawasan minyak di antara Malaysia dengan Vietnam. Ia menyatakan bahawa sebahagiannya masuk kawasan Vietnam dan satu lagi masuk kawasan Malaysia. Jadi saya hendak tahu dengan jelas, adakah Akta ini meliputi dan boleh menyebelahi apabila kita lulus nanti?

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
—————–
Ucapan disampaikan pada 25 Jun 2007

Satu Respons

  1. alhamdulillah.. akhirnya BA MENANG.. ITU petanda malaysia dirahmati ALLAH SWT.. 5 TAHUN LAGI KITA KALIH TERUS.. JGN JD PMIMPIN YANG HANYA TAHU MENGENYANGKAN DAN MEMBONCITKAN PERUT SENDIRI,KELUARGA DAN KRONI.. FIKIRKAN DAN UTAMAKAN KEBAJIKAN RAKYAT.. ANDA NAIK DISEBABKAN RAKYAT!!! JGN HANYA PANDAI MENABUR JANJI,TP AKHIRNYA DIMUNGKIRI.. MUNAFIK NAMANYA TU.. SEMOGA MALAYSIA YG KU CINTAI BERADA DALAM KEADAAN AMAN,MAJU DAN SENTOSA.. DAN SEMOGA KITA MENANG KES PULAU BATU PUTIH.. JGN JD MCM S’PORE,WT HARTA ORG MCM MAK BAPAK DIA YG PUNYA.. PEACE MALAYSIA!!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: