Dewan Negara: Soalan ADN PAS 12 Julai 2007

Sesi soalan Jawab Lisan – 10.00 pagi hingga 11.30 pagi

  • Soalan ke 15 – Puan Wan Ubaidah binti Omar minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah bilangan rombongan serta kos yang ditanggung oleh Kerajaan dalam menaja Ekspedisi Penaklukan Kutub Utara oleh Dato’ Sharifah Mazlina dan berapa pula oleh Ekspidisi Menawan Gunung Everest baru-baru ini. Adakah Kementerian menggalakkan golongan belia dalam aktiviti mendaki gunung-gunung dalam negara dan apakah bentuk galakkan tersebut.
  • Soalan ke 35 – Puan Wan Ubaidah binti Omar minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pembaharuan yang dibuat dalam penambahbaikan pengangkutan awam sehingga kini hasil dari penjimatan subsidi minyak sebanyak RM4.4 billion.
  • Soalan ke 55 – Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENERANGAN menyatakan berapa peratuskah siaran hiburan yang berbentuk muzikal, drama dan tayangan filem yang disiarkan dalam RTM 1 dan RTM 2.
  • Soalan ke 66 – Puan Wan Ubaidah binti Omar minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan tindakan segera Kerajaan supaya peristiwa seperti letupan bom di Puduraya tidak berulang lagi di tempat awam seperti stesen LRT, stesen kereta api, komuter, stadium, pawagam dan lain-lain supaya keselamatan awam terjamin.
  • Perbahasan Rang Undang-Undang – 11.30 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 hingga 5.30 petang

  • Rang Undang-undang Pendaftaran Sewa Beli (Sarawak) (Pemansuhan) 2007
  • Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007
  • Rang Undang-undang Makmal Patologi 2007
  • Rang Undang-undang Pengangkutan Melalui Udara (Pindaan) 2007
  • Rang Undang-undang Agensi Kelayakan Malaysia 2007
  • Penubuhan Perbadanan tidak menyelesaikan masalah PBT (Siri 3)

    Oleh Dato Abdul Halim Abdul Rahman
    Bolehkah kerajaan negeri
    membantu Kerajaan Persekutuan membuat dalam bajet ini langsung kepada perbadanan sedangkan perbadanan seperti SEDC juga perbadanan lain diberi pinjam dan dibayar balik.

    Saya hendak tahu di bawah seksyen mana perbendaharaan kewangan ini boleh diberi. Kalaulah dapat diberi katalah mana-mana seksyen dapat diberi secara langsung dua bilion atau satu bilion setahun kepada perbadanan, apakah keutamaan di dalam pembangunan negara.

    Kalau pembangunan negara ini boleh diutamakan lebih baik kepada rakyat daripada perbadanan ini, saya yakin bahawa usaha untuk memberi bantuan ataupun peruntukan kepada perbadanan ini adalah usaha yang tidak begitu bijak. Tuan Yang di-Pertua…

    Teruskan membaca

    Pembantu rumah asing masih diperlukan, kata Radzi

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, Kementerian  (KHEDN) telah membuat semakan dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan memaklumkan bahawa masalah pergantungan kepada pembantu rumah asing akan berterusan kerana rumahtangga tidak mempunyai banyak pilihan.

    Dato HalimKatanya, Kerajaan menggalakkan majikan termasuk agensi kerajaan menyediakan ‘nursery’ atau Taman Asuhan Kanak-kanak di tempat kerja.

    “Kerajaan memberi insentif kewangan sebanyak RM 150.00 bagi tiap anak yang dihantar ke Taman Asuhan Kanak-kanak anjuran Kerajaan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) di Dewan Rakyat semalam.

    Dalam soalan bertulisnya, Dato Halim minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan pelan tindakan bersepadu antara kementerian sumber manusia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menjadikan Malaysia tidak terlalu bergantung kepada pembantu rumah asing.

    Kata Radzi, Kerajaan juga menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama.

    Senator Wan Ubaidah: Perbelanjaan RM12 juta untuk Program Citrawarna 2007

    Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jumlah perbelanjaan bagi program Citrawarna bagi tahun 2007 (RM 12 juta), 2006 (RM 8 juta) dan tahun 2005 (RM7.5 juta)

    Menurutnya Citrawarna Malaysia 2007 merupakan acara kebudayaan terbesar sejak diperkenalkan yang merupakan salah satu acara utama Kalendar Tahun Melawat Malaysia.

    Tengku Adnan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan Senator Wan Ubaidah binti Omar di Dewan Negara hari ini.

    Dalam soalan lisan asalnya Wan Ubaidah minta Menteri Pelancongan menyatakan jumlah perbelanjaan bagi program citrawarna bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 dan sejauh mana program tersebut dapat meningkatkan aktiviti pelancongan negara.

    Kata Tengku Adnan, ketibaan pelancong pada tahun 2006 (1,450319 orang) dan 2005 (1,317, 276 orang, manakala semasa perasmian Citrawarna jumlah pelancong 5,186 orang (2007), 4,667 orang (2006) dan 3,966 orang (2005).

    Manakala stesen TV luar negara yang hadir 11 buah (2005), 18 buah (2006) dan tahun 2007 (47 buah)

    Bangunan Parlimen antara ‘kawasan larangan merokok’

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, bangunan Parlimen adalah antara premis kerajaan yang dikuatkuasa sebagai ‘kawasan larangan merokok’ mengikut Peraturan (11)(1) (a), Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

    Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, Menteri boleh meluluskan mana-mana kawasan sama secara tetap atau bagi tempoh tertentu sebagai kawasan merokok mengikut peraturan 11 (2) peraturan yang sama.

    Abdullah berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Wan Ubaidah binti Omar di Dewan Negara hari ini.

    Katanya lagi, kerajaan akan mengkaji samada wujud keperluan untuk mengadakan ‘non smoking section’ di Parlimen pada masa terdekat ini.

    Dalam soalan lisannya Senator Wan Ubaidah minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan ‘nonsmoking section’ sama ada di dalam bilik Ahli Parlimen atau di Dewan Makan Parlimen kerana masih terdapat Ahli Parlimen dan pegawai Kerajaan yang merokok di tempat tersebut.

    Perancangan Koridor Pantai Timur dalam fasa akhir

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Petronas telah dilantik oleh kerajaan sebagai agensi peneraju pelan induk pembangunan Koridor Timor.

    Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Mumtaz binti Md Nawi di Dewan Negara hari ini.

    Menurut Perdana Menteri, pelan induk dirangka dalam peringkat akhir berdasarkan kepada kekuatan ekonomi sedia ada serta sektor yang berpotensi dengan mengambilkira kepentingan semua pihak.

    Dalam soalan asalnya Mumtaz minta Perdana Menteri menyatakan apakah perancangan terdekat serta jangka panjang kerajaan bagi memajukan negeri-negeri di Koridor Timur.

    Kata Abdullah, Pembangunan Koridor Pantai Timur meliputi Pembangunan Tok Bali-Besut dan Kemaman-Cherating, Pembinaan Universiti Darunaim di Bachok dan projek kelompok industri berasaskan minyak sawit di sempadan Terengganu-Kelantan.

    Projek lain sedang dalam kajian adalah Fasa 3 Lebuhraya Pantai Timur yang akan terus ke Kelantan, katanya dalam jawapan bertulis yang dijawab secara lisan nombor 29.

    Penubuhan Perbadanan tidak menyelesaikan masalah PBT (Siri 2)

    Oleh Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman
    Tuan Yang di-Pertua,
    jadi pegawai-pegawai ini merupakan segolongan pegawai yang kerajaan negeri pun tidak mempunyai kuasa, cuma ada kuasa dalam beberapa peringkat kerani yang dipinjamkan daripada kerajaan negeri kepada kerajaan tempatan. Kerajaan Persekutuan pun tidak ada kuasa.

    Dahulu ada cubaan daripada menteri yang ada sekarang ini untuk mengubah akta 171 ini tetapi gagal, iaitu untuk membentuk satu PBT yang sebahagiannya pegawai teknikal yang bergaji mahal ini dipinjamkan kepada agensi Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan menghantarkan engineer, teknikal dan apa-apa pegawai yang mempunyai gaji yang besar ini dan mempunyai kepakaran ini kepada PBT tetapi gagal. Kerajaan negeri hanya menghantarkan pegawai-pegawai pentadbiran itu pun gagal.

    Jadi di dalam roh PBT ini, seharusnya pegawai-pegawai ini boleh ditukar sekurang-kurangnya di antara PBT-PBT yang ada di dalam negeri tersebut supaya semangat kerjanya dan supaya kecemuhan hidup dalam satu PBT ini dapat dikeluarkan kepada PBT lain. Semangat ini akan berkobar semula.

    Teruskan membaca