Penubuhan Perbadanan tidak menyelesaikan masalah PBT (Siri 3)

Oleh Dato Abdul Halim Abdul Rahman
Bolehkah kerajaan negeri
membantu Kerajaan Persekutuan membuat dalam bajet ini langsung kepada perbadanan sedangkan perbadanan seperti SEDC juga perbadanan lain diberi pinjam dan dibayar balik.

Saya hendak tahu di bawah seksyen mana perbendaharaan kewangan ini boleh diberi. Kalaulah dapat diberi katalah mana-mana seksyen dapat diberi secara langsung dua bilion atau satu bilion setahun kepada perbadanan, apakah keutamaan di dalam pembangunan negara.

Kalau pembangunan negara ini boleh diutamakan lebih baik kepada rakyat daripada perbadanan ini, saya yakin bahawa usaha untuk memberi bantuan ataupun peruntukan kepada perbadanan ini adalah usaha yang tidak begitu bijak. Tuan Yang di-Pertua…


Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Tak lama. Satu lagi iaitu mengenai penguatkuasa tadi. Jadi saya hendak tanya apa perjanjian di antara perbadanan ini yang boleh anggota-anggota PBT yang tidak ada kaitan dengan pelupusan sampah ini boleh menguatkuasakan. Boleh menjalankan kuat kuasa bagi pihak perbadanan.

Saya rasa tidak mungkin berlaku, tidak mungkin berlaku dan kalaulah pegawai-pegawai ini diambil untuk jadi pegawai perbadanan, Yang Berhormat menteri sendiri mengatakan pegawai-pegawai ini tidak mempunyai kepakaran. Gagalnya PBT ini salah satunya kewangan 70 tidak cukup, yang keduanya pegawai-pegawai ini tidak mempunyai pengalaman dan tidak bersungguh.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat] Kalau dahulu, Alam Flora dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan dia mengenakan charge kepada PBT bukan direct billing, bukan caj kepada rakyat. Kalaulah pungutan sampah ini yang dipungut melalui cukai-cukai rumah ini, sebanyak katalah 30%, maka cukai inilah, amaun inilah ataupun peruntukan inilah akan diberikan kepada Alam Flora.

Tetapi, PBT gagal untuk memungut semua pungutan yang dikenakan melalui kepada pengguna ataupun tempat kediaman. Yang adanya mungkin 30%. Sebab itu PBT terhutang kepada Alam Flora. Jadi, kalau kaedah ini juga hendak digunakan, saya percaya bahawa syarikat konsesi dan perbadanan akan menanggung hutang dan Kerajaan Persekutuan akan menambah lagi bantuan,
mungkin lebih hingga RM3 bilion dalam masa 10 tahun akan datang.

Ini perkara-perkara yang kita selesaikan. Jadi kalau benda ini tidak diselesaikan, pemisahan merujukkan perbadanan ini dengan tidak memperkasakan apa yang sebenarnya patut diperkasakan di PBT, saya rasa akan timbul masalah banyak belanga, banyak periuk, sedangkan perkara-perkara yang ada mesti dalam perbadanan ini, pegawai-pegawainya berapa, mestilah bergaji besar.

Saya ada sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. PBT sekarang ini menanggung pengurusan sahaja 70% daripada income dia, 30% pun tidak sampai untuk pembangunan. Ini yang berlaku, sebab itu PBT ini miskin, sebab itu PBT ini tidak ada effiency, tambah lagi kerenah birokrasi yang sangat banyak.

Jadi dengan penubuhan perbadanan ini, saya tidak nampak dia dapat menyelesaikan masalah, kalau hendak try, memang boleh sebab dengan Alam Flora yang merupakan syarikatsyarikat profesional pun kita tidak mampu, tidak mampu mengatasi dengan Southern Waste Sdn. Bhd pun tidak mampu dan bagaimana kalau hanya perbadanan yang separuh kerajaan, separuh perniagaan, yang tidak mempunyai, saya rasa tidak mempunyai sikap blue collar, yang mempunyai mungkin 50% white collar, 50% blue collar.

Saya yakin Tuan Yang di-Pertua tidak dapat menyelesaikan masalah, itulah sahaja terima kasih banyak.

—————
Ucapan membahaskan Rang Undang-Undang Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 pada 4 Julai 2007, ms 66

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: