Dewan Negara: Soalan ADN PAS pada 23 Julai 2007

Dewan Negera, Sesi Jawab Lisan – 10.00 hingga 11.30 pagi

  • Soalan ke 25 – Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah hak-hak pekerja Islam yang telah diberikan dan dikuatkuasakan di bawah Akta Pekerja dan berapa banyak kah bilangan kes hak ini telah dilanggar oleh majikan swasta yang telah dilaporkan dan dikendalikan oleh Mahkamah Industri setakat ini.
  • Soalan ke 33 – Puan Wan Ubaidah binti Omar minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan apakah akibat terhadap negara serta tindakan segera Kerajaan terhadap langkah Amerika Syarikat yang meletakkan Malaysia ke dalam Tier 3 kerana aktiviti pemerdagangan orang. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kedudukan Malaysia turun dari Tier 3 Watchlist kepada Tier 3 walaupun baru-baru ini Kerajaan telah meluluskan Rang Undang-undang Anti Pemerdagangan Orang sebagai satu usaha membendung aktiviti tersebut.
  • Soalan ke 57 – Puan Wan Ubaidah binti Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha dan galakkan Kerajaan untuk memastikan pendaftaran sebagai pengundi bagi 4.9 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar. Apakah halangan dan kesusahan yang akan dihadapi oleh Kerajaan sekiranya rakyat yang berumur 21 tahun didaftar sebagai pengundi secara automatik.
  • Soalan ke 59 – Puan Wan Ubaidah binti Omar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan berpuas hati dengan dagangan saham syariah dan ‘second-board’ di Bursa Malaysia. Mengapa tiada lonjakkan yang memberangsangkan berbanding dengan saham di papan utama.
  • Soalan ke 62 – Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
    (a) apakah langkah untuk mengatasi kemerosotan mendadak jumlah pendaratan ikan di Tok Bali dari tahun 2004 berbanding tahun 2005 dari 7949.32 tan metrik kepada 3290.26 tan metrik ;
    dan
    (b) bagaimanakah memastikan LKIM merangka program bagi memastikan dan mengatasi sumber protein negara dalam jangka masa 30 tahun akan datang yang menjamin keberkesanan industri perikanan negara khususnya dalam menjadikannya alternatif popular sumber tenaga kerja bagi
    golongan muda.
  • Soalan ke 65 – Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan :-
    (a) berapakah jumlah bantuan kewangan yang telah diberikan kepada keluarga tahanan ISA sejak ia diperkenalkan bagi menjaga kebajikan ahli keluarga tahanan tersebut dan apakah
    jaminan bahawa mereka akan diberikan keutamaan dalam mendapat bantuan Kerajaan setelah penyara hidup mereka ditahan tanpa bicara; dan
    (b) apakah bentuk latihan dan kemahiran yang diberikan kepada tahanan ISA.
  • Perbahasan Rang Undang-Undang – 11.30 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 hingga 5.30 petang

  • Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2007
  • Rang Undang-undang Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007
  • Rang Undang-undang Pilihan Raya (Pindaan) 2007
  • Rang Undang-undang Bank Islam (Pindaan) 2007
  • Rang Undang-undang Takaful (Pindaan) 2007
  • Rang Undang-undang Bil Pertukaran (Pindaan) 2007
  • Tinggalkan Jawapan

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

    Google photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: