Pilihanraya Guna Dakwat: ….. kalau lambat tanyalah Sultan, kata Dato’ Nazri

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri): Pertamanya cadangan penggunaan indelible ink. Untuk maklumat Yang Berhormat, SPR sedang membuat kajian penggunaan indelible ink kepada pengundi yang keluar mengundi sebagai bukti bahawa mereka telah mengundi dan tidak mengundi dua kali.

SPR telah pun merujuk kepada Majlis Fatwa Islam, dari segi kesesuaian untuk diguna pakai bagi mereka yang beragama Islam. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, apabila orang Islam pergi sembahyang, maka bila dia ambil air sembahyang, dia dikenakan syarat supaya setiap air itu mesti mengenakan kulit.

Sebab itu, kalau di kalangan orang Islam, sebenarnya tatu yang permanent itu tidak dibenarkan kerana air yang dia ambil sembahyang itu tidak mengena kepada kulit. Jadi dalam soal indelible ink ini, kita hendak dapatkan dahulu kepastian daripada Majlis Fatwa sama ada ink yang dikenakan itu dia tidak boleh ditembusi oleh air untuk kena kulit. Kerana orang Melayu, dia sembahyang 5 waktu sehari. Jadi kalau kita bubuh indelible ink ini, mungkin ada empat waktu yang kita tidak boleh menjalankan sembahyang. Jadi, itu sahaja.

Daripada segi soal lain, kita tidak ada masalah. Kita tunggulah Majlis Fatwa ambil keputusan. Kalau tidak pun, kita syaratkan kena kepada yang bukan Islam sahaja. Itu pula mungkin nanti diskriminasi. Jadi, kita tunggu keputusan daripada Majlis Fatwa.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Jadi, berapa lama? Berapa lama?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ini kena tanya Majlis Fatwalah, sebab dia berada di bawah kerajaan negeri.

Jadi, mereka hendak panggil mesyuarat, saya tidak boleh tentukan kerana agama ialah terletak di bawah kerajaan negeri dan penghulu agama ialah sultan. Lebih baik Yang Berhormat halakan pertanyaan ini kepada sultan yang ada sekaranglah, bila?

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Menteri…

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kalau hendak tanya mengapa lambat, tanyalah kepada sultan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Pendang.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih menteri dan Tuan Yang diPertua. Kita dapati banyak penggunaan bahan-bahan yang boleh dibolehkan mengikut fahaman saya, iaitu seperti inai. Inai, orang hendak kahwin pun bubuh inai. Maknanya inai ini satu benda yang dibolehkanlah. Mungkin benda-benda lain pun boleh difikirkan oleh Majlis Fatwa, saya rasa.

Tidaklah mengambil masa yang terlalu lama untuk memberikan kebenaran kepada SPR kerana kami berjumpa, saya pernah berjumpa dengan Pengerusi SPR sendiri berhubung dengan perkara ini. Cakap dia itu, macam berdolak-dalik banyak perkara yang dihuraikan. Terima kasih.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak mengapalah. Maknanya itu bukan soal saya untuk menentukan ataupun soal suruhanjaya, ini soal agama. Kalau Yang Berhormat rasakan iaitu benda ini hendak dipercepatkan, pergilah suruh sultan-sultan semua panggil mesyuarat cepat supaya Majlis Fatwa boleh… [Ketawa][Dewan riuh][Disampuk] Itu memang betul, agama bukan soal saya dan Yang Berhormat saya ingat, benda-benda tentang agama ini kita tak usah pertikailah. Yang ini kita telah rujuk kepada Majlis Fatwa. Jadi terpulanglah kepada Majlis Fatwa untuk mengambil keputusan.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Yang hak ini tidak rambang ni. Kalau kita perhati betul-betul, pengundi pos terutama sekali askar. Selain daripada kertas undi yang dihantar balik setelah mereka itu menerima dan mengundi, satu lampiran saksi kepada pengundi itu sendiri dihantar. Saksi itu biasanya pegawai yang menyaksikan, ditandatangani oleh pegawai saksi pengundi itu. Tak boleh ke kerajaan tidak menggunakan kertas saksi itu?

Hanya kertas mengundi sahaja yang hantar balik supaya askar saat ini tidak terikat dengan pegawai dia sewaktu dia nak memangkah undi walaupun di dalam kem ataupun di mana-mana sahaja. Itu penting.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, ini sebenarnya amalan yang telah dijalankan semenjak kita merdeka dulu. Saya masih ingat iaitu pada pilihan raya tahun 1999, kita telah dimaklumkan iaitu bahawa banyak di kawasan-kawasan undi pos telah memihak kepada pihak pembangkang. Tapi pada ketika itu kita tidak mahu pertikaikanlah tentang kesahihannya.

Saya sendiri pun di kawasan Padang Rengas, saya telah hampir kalah pengundian pos ini tapi tidak mengapalah. Maknanya memang betul pada ketika itu yang sebenarnya rakyat memang mempunyai perasaan marah kepada kerajaan. Jadi, kita jangan pertikaikan waktu dia menguntungkan kita, kita kata dia bagus. Waktu dia merugikan kita, kita kata tak bagus. Sebenarnya benda ini hati rakyat.

Bagaimana cara sekalipun kita nak putar alam, tapi kalau rakyat marah, dia tidak akan undi kita. Dan kita di Barisan Nasional tidak mahu menang secara tipu, lebih baik kita kalah dan kita serah. Macam bukan tak pernah kita kalah, kita kalah di Terengganu, kita kalah di Kelantan.

Jadi, ini semua mengikut keadaanlah dan rakyat tahu dan faham. Bukan mudah nak tipu mereka, dia akan tahu sama ada dia ini diperalat atau mahu ditipukan oleh kerajaan. Jadi sebab itu kita kena beri kepada rakyat sendiri, pengundi untuk mereka menyatakan perasaan mereka dan saya nak bagi tahu di sini, kita tidak menggunakan undi pos untuk mendapat kemenangan.

Dan kita tidak bangga pun, kerajaan yang menipu bukan kerajaan yang diredhai oleh rakyat.
Oleh sebab itu kita tidak akan melakukan perkara ini.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Terima kasih, apa logiknya kita tengok. Masa yang diberi peluang untuk kita membuat bantahan dan tuntutan ialah tujuh hari tetapi daripada tarikh kita buat bantahan itu sampai kepada hari perbicaraan, sampai sebulan lebih. Di celah-celah itu pula SPR hantar surat pula kepada pembantah, tanya kepada pembantah di manakah alamat mereka-mereka yang di bantah. Logik atau tidak logik?

Yang kita bantah ini kita tidak tahu orang itu mari, dia hantar surat kepada kita pula suruh kita pula bagi tahu. Ini berlaku di Kelantan dan saya ada buktinya, apa logiknya? Tadi diberi masa tujuh hari, kita buat bantahan. Di celah-celah itu dia hantar kepada kita balik tanya kita di mana duduk orang yang kita bantah itu. Ini mengambil masa yang panjang juga. Lebih baik bagi masa dua minggu kepada kita membantah daripada kita melengah-lengahkan tarikh perbicaraan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, bagi 30 hari pun macam itu juga, lagi panjang. Kalaulah yang tujuh hari ini pun kita mengambil kira perkara-perkara lain yang perlu dilakukan oleh mahkamah, itu akan melewatkan lagi bukan sahaja dari segi Yang Berhormat sebutkan itu tetapi ada perkara-perkara lain lagi. Kalau yang tujuh hari itu menyebabkan juga ada kelewatan disebabkan ada persoalan yang akan ditanya, kalau 30 hari pun ada juga soalan lagi, lagi panjang.

Jadi, lebih baik kita kata tujuh hari dan biarlah apa juga kelewatan sedikit itu yang dilakukan oleh mahkamah, itu tanggungjawab mahkamah, mereka yang melewatkan. Jangan Suruhanjaya Pilihan Raya yang melewatkan tarikh wakil rakyat yang sah untuk mengambil kerusi di Dewan.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Terima kasih. Saya ingin dapat kepastian daripada pihak menteri tentang pusat mengundi ini.

Apakah kerajaan tidak berhasrat untuk menjadikan masjid-masjid juga sebagai tempat mengundi seperti mana berlaku di Selatan Thai. Di Selatan Thai, walaupun negeri itu bukan negeri Islam tetapi diberi kepercayaan. Maknanya tempat yang tidak mempunyai sekolah, anjung masjid juga digunakan tempat mengundi.

Namun di Malaysia ini, usahkan di masjid di sekolah-sekolah agama rakyat pun dia tak bagi tempat mengundi, sebab dia bimbang takut dipengaruhi oleh parti pembangkang PAS.

Jadi saya rasa untuk kali ini ada berlaku di satu tempat mengundi ataupun pusat mengundi dalam DUN Bukit Tuku, iaitu dulunya pusat mengundi di peti undi, ataupun UPU Kubang Nyiur di situ tidak ada sekolah kebangsaan, tidak ada dewan hanya ada satu masjid saja. Pihak SPR sanggup membawa pengundi-pengundi di situ di tempat yang luar daripada DUN itu, iaitu di Sekolah Kebangsaan Klang bawah DUN Chetok.

Apabila ada satu protes, oleh kerana bercanggah dengan peraturan ini, maka sekarang ini peti undi tersebut digabung dengan peti undi… di situ ada sekolah kebangsaan. Dijadikan tempatkan mengundi. Ini menyebabkan pengundi ada di peti undi Kubang Nyiur terpaksa berjalan jauh keliling dua peti undi yang lain untuk mengundi di…..

Jadi saya harap kepada pihak menteri, supaya masjid juga boleh dijadikan pusat mengundi, jangan kita takut kepada masjid untuk menjadikan tempat kita mengundi. Sekian, Terima kasih.
———
Ucapan Dato Mohamed Nazri Aziz pada 10 Julai 2007 sewaktu menggulung perbahasan Ran Undang-Undang Pilihanraya (Pindaan) 2007 ms 72-73

Satu Respons

  1. […] banyak perkara yang dihuraikan. Terima kasih. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak mengapalah. Maknanya itu bukan soal saya untuk menentukan ataupun soal suruhanjaya, ini soal agama. Kalau Yang […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: