Banyak Undang2 Menyekat kebebasan akhbar – Senator Wan Ubaidah

Senator Wan Ubaidah Wan Omar berkata, kewujudan beribu-beribu blog dalam negara, mungkin kerana kerajaan terlalu banyak undang-undang menyekat kebebasan akhbar yang cuba mengkritik pemerintah.

Banyak undang-undang yang terlalu menutup kebebasan akhbar misalnya akhbar yang di keluarkan oleh PAS yang pada awalnya dua kali seminggu telah disekat menjadi dua kali sebulan.

“PAS hanya bergantung kepada satu akhbar sahaja, jika diberi kelonggaran mungkin suara-suara dalam blog tidaklah sehebat hari ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 di Dewan Negara semalam.

Katanya, dengan kemudahan internet yang hanya dihujung jari membolehkan mereka menyatakan pandangan dan perasaan mereka memandangkan akhbar-akhbar arus perdana hanya menyatakan pandangan kerajaan.

Wan Ubaidah tidak menafikan wujud blogers yang membuat kenyataan melampau, mengancam dan membuat fitnah serta boleh merosakkan akidah umat Islam.

“Ini dapat dilihat dalam blog Murtad Malaysia di mana orang-orang Melayu yang murtad memberi kenyataan menyatakan kenapa mereka mahu keluar Islam dan sebagainya,” kata beliau.

Sementara itu, Senator Mumtaz Md Nawi berkata, kerajaan seharusnya mengkaji sama ada betul atau tidak apa yang ditulis oleh mana-mana blogers sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Menjawab celahan Senator Dato’ Tajul Urus Mat Zin, Mumtaz berkata, blogers tidak boleh dianggap sebagai ahli politik yang ‘desperado’ kerana ia bergantung kepada blog yang dilayari oleh kumpulan belia ataupun pelayar internet.

“Apabila kita bercakap dengan orang yang terlibat dalam politik, blog yang mereka nampak adalah blog politik tetapi apabila kita terlibat dalam blog hiburan mereka akan layari blog hiburan,” katanya ketika membahaskan rang undang-undang yang sama.

Katanya, apabila blogers bercakap soal politik jangan terus menganggap dia ‘desperado’ kerana tidak semua perkara yang dibincangkan adalah salah dan jika melanggar batasan perlu diambil tindakan.

(Gambar – Para Senator BN yang diketuai Tan Sri Muhammad Muhd Taib membuat laporan Polis keatas laman blog Malaysia-Today yang dikatakan olehnya menghina Intitusi Yang Dipertuan Agung dan memperlekehkan Islam sebagai agama pesrekutuan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur – 23 Julai 2007).

“Jangan kerana nyamuk seekor kelambu dibakar dan janganlah marahkan seorang bloger semua blog yang lain ditutup, kita tidaklah anti blog tetapi kalau ada blog yang tidak bertanggungjawab harus diambil tindakan,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: