MP’s PAS congratulates AK Party

The Islamic Party of Malaysia (PAS) wish to take this opportunity to congratulate the Justice and Development Party under the leadership of Honourable Brother Recep Tayyip Erdogan on the impressive and resounding victory in the recent Turkish Parlimentary elections.

We are thankful to Allah that your party has for the first time in Turkish modern history won reelection with an increased majority in popular votes.

May this victory give you the strength to implement policies for the benefit the ummah in Turkey and all over the world.

We also sincerely hope that your party will continue to lead the ummah in promoting goodwill and cooperation in enhancing the image of Islam and the muslims.

Dato’ Kamarudin Jaffar
Secretary General,
Member of Parliment, Tumpat
Islamic Party of Malaysia.

Kemenangan AK di Turki hasil sokongan padu rakyat
Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AK) pimpinan Perdana Menteri, Recep Taiyib Erdogan mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya parlimen yang telah diadakan pada 23 Julai lalu.

Kemenangan itu membuktikan bahawa rakyat Turki yang keluar mengundi tidak ragu-ragu untuk memastikan Parti AK mencapai kememangan mutlak agar sistem pentadbiran negara dapat dijalankan berasaskan Islam walaupun mendapat tentangan dari banyak pihak yang cuba menggagalkan kemenangan AK.

Keputusan penuh pilihan raya parlimen yang diumumkan SPR Turki semalam yang menawarkan 550 kerusi untuk dipertandingkan, tetapi hanya empat parti sahaja yang meraih kejayaan iaitu Parti AK (Islam) memperolehi 341 kerusi, Parti Republik Rakyat (Sekular) – 112 kerusi, Parti Tindakan Nasionalis (Nasionalis) – 70 kerusi dan Parli Bebas termasuk Kurdis (Nasionalis) sebanyak 27 kerusi.

Kemenangan AK tanda sokongan rakyat kepada Islam
Dalam sidang akhbar sejurus pengumuman keputusan, Perdana Menteri, Recep Taiyib Erdogan berjanji kepada para pengundi dan penyokong parti AK khasnya, bahawa pihaknya tidak akan berganjak dari merealisasikan prinsip asasi bagi sebuah negara republik, terutamanya bagi memulihkan sistem ekonomi dan demokrasi dalam pelbagai aspek.

Keyakinan itu disampaikan kepada para pengundi bagi menyatakan bahawa parti AK akan terus memelihara nilai dan penghormatan kepada semua rakyat berasaskan semangat republik yang bertunjangkan aliran Sekular, namun kenyataan beliau itu hanyalah sebagai satu cara bagi meredakan kemarahan para pengundi dari berbagai-bagai aliran kefahaman, kaum dan pegangan yang menyokong AK.

Keputusan pilihan raya 2007 menunjukkan bahawa AK memperolehi kenaikan sokongan 12 peratus berbanding pilihan raya 2002, ini menunjukkan bahawa imej isteri Erdogan dan Abdullah Gul yang bertudung tidak menghalang sokongan pengundi kepada Islam walaupun rakyat Turki umumnya mendapat pembelajaran sistem Sekular sejak puluhan tahun selepas Turki jatuh ke tangan pengkhianat Islam Mustafa Kamal Attartuk pada 1924.

Kemenangan AK juga terserlah di beberapa wilayah yang terletak di persisiran pantai Laut Hitam seperti di wilayah Samsun dengan meraih 57 peratus, Ordu 54 peratus, Rize 53 peratus, Kastamonu 39 peratus dan Sinub 43 peratus.

Peranan media yang adil beri kemenangan pada AK

Media di Turki sama ada yang bersifat cetak atau eletronik mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat di Turki, ia dianggap oleh para pemerhati politik sebagai kuasa keempat selepas presiden, perdana menteri dan timbalannya.

Media di Turki juga dianggap mempunyai kuasa yang amat berkesan seperti al-Quran oleh sesetengah individu masyarakatnya, justeru tidak hairanlah ia ditatap setiap hari seperti kitab suci al-Quran itu sendiri.

Di Turki, terdapat kira-kira 3,500 akhbar cetak dan lebih 300 stesen televisyen dari pelbagai aliran dan pendekatan, masing-masing menyiarkan laporan berita yang penuh dengan semangat keadilan dan jauh dari sifat penipuan, ini kerana apabila bahan yang disiarkan itu tidak tepat atau terdapat penyelewengan, maka ia akan dipulaukan, akibatnya ia tidak akan disokong oleh orang ramai dan akhirnya terpaksa menanggung kerugian kos serta membayar gaji pekerja.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: