Salahuddin bersama Mahfuz Lancar Kempen Anti Jenayah di Johor Bahru


JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub yang juga rakyat Johor bersama Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar melancarkan Kempen Anti Jenayah di Larkin Terminal di sini.

Rakyat perlu mencari punca mengapa indeks jenayah negara meningkat pada kadar yang sangat membimbangkan.

“Kes-kes jenayah seperti bunuh, rogol dan rompak terus berlaku saban harl dan ini amat menakutkan semua pihak,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar.

Mahfuz berucap melancarkan kempen mencegah jenayah peringkat negeri Johor seterusnya mengedar risalah kepada orang ramai, di Terminal Bas Larkin, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfuz Mohamad serta AJK PAS Pusat, Mazlan AHman.

Menurutnya, peningkatan kadar jenayah mutakhir ini berpunca dari kelemahan dasar budaya dan penyiaran negara yang gagal mengawal keutuhan budaya masyarakat.

Kegagalan dasar-dasar ini, jelasnya menyebabkan sebahagian masyarakat dipengarohi budaya dan unsur-unsur negatif yang sekali gus merangsang keinginan melakukan jenayah.

Kelemahan ekonomi dan pengurusan kewangan negara juga, katanya menyebabkan pengagihan kekayaan negara tidak dilakukan secara adil.

“Kegagalan ini menyebab¬kan sebahagian rakyat mengalami tekanan hidup berikutan kos sara hidup yang tinggi akibat kenaikan harga barang dan keperluan harian yang sangat membebankan,” katanya.

Debat RTM: Salahuddin berjaya benamkan hujah Khir Toyo

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata keberjayaan DEB hendaklah diukur dengan kayu ukur berdasarkan pelaksanaan DEB yang telah dicemari dengan faktor rasuah dan ketirisan dalam projek sementara pencapaian 30 peratus ekuiti bumiputera yang masih samar.

Salahuddin tidak menolak pelaksanaan DEB malah DEB perlu dikekalkan kerana sewaktu dicanangkan pelan dasar DEB oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussin, DEB adalah penyelesai kepada kisah buntu ekonomi orang Melayu dan bumiputera di samping tidak meninggalkan ekonomi kaum lain.

Katanya, hakikat kini, DEB ternyata hanya memperkayakan segelintir elit Melayu Umno dan Barisan Nasional (BN) serta taikun-taikun korporat Cina yang berupaya membeli projek dari faktor ketirisan sedangkan belenggu kemiskinan terutamanya di Sabah dan Sarawak masih berpanjangan.

Debat Perdana anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) 24 Julai lalu kelolaan Dato’ Johan Jaafar sebagai Perantara membincangkan soal sejauh mana DEB menjana semangat perpaduan sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan

Rungutan Ungku Aziz perlu dipandang berat
Hujah Salahuddin, rungutan di kalangan tokoh-tokoh besar seperti Profesor Diraja Ungku Aziz tentang kebimbangannya dengan faktor ketidakberjayaan DEB, jurang pendapatan yang masih jauh dan monopoli ekonomi oleh golongan tertentu ini perlu dilihat dengan serius.

Benar pelaksanaannya sedikit memberi manfaat kepada generasi DEB seperti beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan membuka peluang pekerjaan, rintisan pendidikan yang berkesinambungan membuka laluan menara gading yang lebih luas kepada anak Malaysia untuk berjaya dan korporatisasi yang mampu menerima graduan terdahulu berkhidmat untuk membangunkan negara.

Namun masih terdapat golongan tertinggal kerana adanya amalan rasuah, kronisme dan ketirisan dalam pelaksanaan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, kemiskinan dan ketinggalan ini adalah dasar utama dalam pelaksanaan DEB.

Kata Salahuddin yang juga Ketua Dewan pemuda PAS, bahawa dari kajian ilmiah yang dilakukan UKM dalam meneliti pencapaian DEB tidak boleh diketepikan kerana ia adalah faktor yang menyumbang kepada ‘kegagalan’ DEB itu sendiri.
Teruskan membaca