Debat RTM: Salahuddin berjaya benamkan hujah Khir Toyo

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata keberjayaan DEB hendaklah diukur dengan kayu ukur berdasarkan pelaksanaan DEB yang telah dicemari dengan faktor rasuah dan ketirisan dalam projek sementara pencapaian 30 peratus ekuiti bumiputera yang masih samar.

Salahuddin tidak menolak pelaksanaan DEB malah DEB perlu dikekalkan kerana sewaktu dicanangkan pelan dasar DEB oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussin, DEB adalah penyelesai kepada kisah buntu ekonomi orang Melayu dan bumiputera di samping tidak meninggalkan ekonomi kaum lain.

Katanya, hakikat kini, DEB ternyata hanya memperkayakan segelintir elit Melayu Umno dan Barisan Nasional (BN) serta taikun-taikun korporat Cina yang berupaya membeli projek dari faktor ketirisan sedangkan belenggu kemiskinan terutamanya di Sabah dan Sarawak masih berpanjangan.

Debat Perdana anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) 24 Julai lalu kelolaan Dato’ Johan Jaafar sebagai Perantara membincangkan soal sejauh mana DEB menjana semangat perpaduan sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan

Rungutan Ungku Aziz perlu dipandang berat
Hujah Salahuddin, rungutan di kalangan tokoh-tokoh besar seperti Profesor Diraja Ungku Aziz tentang kebimbangannya dengan faktor ketidakberjayaan DEB, jurang pendapatan yang masih jauh dan monopoli ekonomi oleh golongan tertentu ini perlu dilihat dengan serius.

Benar pelaksanaannya sedikit memberi manfaat kepada generasi DEB seperti beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan membuka peluang pekerjaan, rintisan pendidikan yang berkesinambungan membuka laluan menara gading yang lebih luas kepada anak Malaysia untuk berjaya dan korporatisasi yang mampu menerima graduan terdahulu berkhidmat untuk membangunkan negara.

Namun masih terdapat golongan tertinggal kerana adanya amalan rasuah, kronisme dan ketirisan dalam pelaksanaan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, kemiskinan dan ketinggalan ini adalah dasar utama dalam pelaksanaan DEB.

Kata Salahuddin yang juga Ketua Dewan pemuda PAS, bahawa dari kajian ilmiah yang dilakukan UKM dalam meneliti pencapaian DEB tidak boleh diketepikan kerana ia adalah faktor yang menyumbang kepada ‘kegagalan’ DEB itu sendiri.

Pertahan DEB untuk survival
Akhirnya Salahuddin dan Khir Toyo bersetuju bahawa mempertahankan DEB untuk survival bangsa dan generasi akan datang amatlah wajar, tetapi kebimbangan berlakunya lagi soal rasuah, ketirisan dan ketidakupayaan dalam menjalankan amanah ‘wang rakyat’ ini perlu diatasai secara drastik.

Janganlah DEB disebut lagi pada masa akan datang sebagai satu lagi masalah yang bakal dibicarakan dan akhirnya kupasannya masih sama soal pelaksanaannya.

Marilah bersama-sama membuka semula dasar yang diilhamkan Tun Razak ini dengan semangat sayangkan negara sempena 50 tahun kemerdekaan. Bangsa Melayu dan Bumiputera haruslah pula membuka kepompong masalah yang silam untuk tujuan muhasabah.

Rintislah idea-idea baru seperti yang dikatakan Khir bahawa perlunya bumiputera terutamanya Melayu mencari jalan merintis perkara baru untuk diusahakan sebagai satu pencapaian yang boleh diikuti oleh kaum lain.

Hujah Salahuddin lagi, bahawa DEB perlu dijalankan dengan semangat Islam yang mana Allah menghargai kepelbagaian ciptaannya hanya untuk memakmurkan bumi.

Janganlah hanya kerana bila menyebut Islam ada pihak yang akan, “menyatakan bahawa asyik-asyik Islam sebagai penyelesai”, tetapi apa penyelesaiannya”.

Sebaliknya kuatkanlah ia dengan dasar bahawa Islam mengajar supaya kita menuntut ilmu yang pelbagai (Ekonomi,sains, teknologi dan kejuruteraan sekali pun) untuk memajukan bumi, setelah ilmu itu dicapai bimbinglah ilmu itu dengan garis panduan yang dilakarkan dalam syariat Islam supaya nafsu kita sering terdorong untuk melakukan kebaikan!

Salahudin yang tidak goyah dengan faktanya iaitu DEB gagal sebab petualang dalam UMNO (tidak semua orang UMNO) walaupun berkali-kali Johan mencelah untuk menyelamatkan Khir Toyo.

Walaupun cuba dihalang secara halus perantara, Salahudin masih mampu menghadiahkan kebenaran dan, Khir Toyo semakin panik dan kalut walaupun dia dapat mengawal pergerakan fizikalnya tetapi matanya semakin merah, nafas semakin sempit dan mulut semakin memuncung.

Satu Respons

  1. kebenaran tu tetap benar

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: