Ahli Parlimen Kubang Kerian serah memo kepada MB Negeri Sembilan

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Haji Ayub menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Negeri Sembilan masalah penduduk Kg Abok yang diarahkan berpindah untuk dibina lingkaran Jalaraya fasa kedua Bandar Seremban.

Memorandum tersebut telah diserahkan Salahuddin kepada Setaiusaha Sulit kepada Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut sama menyerahkan memorandum tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani.

Teks penuh memorandum adalah seperti berikut:
Kepada :
YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan,
Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,
Pejabat Menteri Besar N.Sembilan,
Tingkat 5, Blok B, Wisma Negeri,
70503 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Salam Sejahtera,

YAB,
MEMORANDUM TUNTUTAN RAKYAT BERHUBUNG MASALAH PENGAMBILAN TANAH RAKYAT DI KG ABOK , JALAN TOK UNGKU


PAS Negeri Sembilan telah beberapa kali dijemput oleh pihak penduduk Kg Abok untuk mengadakan pertemuan dengan mereka bagi menyelesaikan masalah penduduk di sana. PAS Negeri Sembilan menyedari beberapa usaha telah dilakukan oleh kerajaan Negeri Sembilan pimpinan YAB Dato’ Seri Utama dalam usaha mencari penyelesaian terbaik untuk semua pihak termasuk pemaju projek dan pihak penduduk. Walaubagaimanapun, pihak penduduk menyatakan dalam setiap pertemuan , ruang perbincangan antara pihak kerajaan dan penduduk tidak dibuka dan ini menyulitkan pihak penduduk untuk menyatakan pandangan dan permintaan mereka. Lantaran itulah , penduduk mengadakan pertemuan dengan pihak kami bagi menyatakan masalah dan permintaan mereka. Hasil dari pertemuan tersebut , kami ingin menyampaikan beberapa permintaan mereka untuk perhatian dan pertimbangan pihak YAB Dato’ Seri Utama :-
Teruskan membaca