Ziarah antara aktiviti mingguan Salahuddin di Kubang Kerian


Pada 10 Ogos lalu, selepas melancarkan Sambutan 50 tahun kemerdekaan peringkat Pemuda DUN Salor, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Haji Ayub melawat Pak Mat (tidak berbaju), salah seorang mangsa ribut di Salor baru-baru ini. Dalam lawatan tersebut, Salahuddin menyampaikan sumbangan peribadinya dan tabung kebajikan DUN Salor.

Beliau juga sempat menziarahi ibu tunggal yang suaminya baru saja meninggal dunia.

Rasuah membarah dikalangan anggota Polis, apa tindakan PM?

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar berkata, Perdana Menteri selaku Menteri Keselamatan dalam Negeri sepatutnya mengambil pandangan berat kenyataan Tun Hanif (semacam tuduhan) dan perlu bertindak segera bagi mengatasi masalah rasuah yang berleluasa dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
artikel tun hanif
Integriti dan kredibiliti polis terus menjunam dengan pendedahan salah laku polis oleh pelbagai pihak (Tun Hanif) dan perlu segera ditangani daripada terus merebak .

Menurut beliau, Kolum Tun Hanif Omar di dalam akhbar ‘The Star’ semalam, 12 Ogos yang melaporkan isu amalan rasuah yang kian membarah di kalangan anggota PDRM.

Dalam tulisannya,Tun hanif menegur dua badan yang berautoriti dalam negara iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Ia merupakan satu situasi yang sangat teruk apabila bekas Ketua Polis Negara sendiri menyuarakan korupsi yang berlaku dalam institusi yang mempunyai kredibiliti tinggi tersebut yang kini beliau sendiri telah ragu-ragu bahkan imej beliau turut tercalar dengan gejala yang tidak sihat ini,” jelas Kamaruddin yang juga Setiausaha Agung PAS.

Tun Hanif mengecam hebat amalan rasuah yang terlalu menular di kalangan anggota PDRM.

Beliau berpandangan bahawa siasatan tidak perlu dilakukan ke atas pegawai tinggi polis hari ini untuk mengenalpasti kebenaran dakwaan tersebut kerana cukup dengan hanya melihat kepada gaya hidup mewah mereka, ia jelas terbukti.

Tun Hanif yang juga bekas Ketua Polis Negara berkata, senario ini mungkin akan menjadi perbualan yang menghinakan, di samping boleh memusnahkan karier serta maruah seorang pegawai polis.

Beliau juga turut dimaklumkan oleh pegawai kanan PDRM dan BPR bahawa 40 peratus pegawai kanan PDRM boleh ditahan tanpa sebarang siasatan hanya berdasarkan kepada gaya hidup mereka yang mewah.

“Hal ini amat memalukan!” ujarnya lagi.

Menurut beliau, berdasarkan sumber maklumat dalaman, PDRM kini mempunyai dua ‘team’ iaitu team yang akan menangkap penjenayah tidak mengira bentuk jenayah yang dilakukan termasuk ketua kongsi gelap dan satu team lagi akan menyiasat polis yang menangkap penjenayah tersebut kemudian melepaskan mereka.

Tambahnya lagi, kedua-dua team tersebut masing-masing diketuai oleh Ketua Polis Negara dan seorang pengarah polis di Bukit Aman yang disokong oleh Timbalan Menteri.

Sungguhpun begitu, apabila kedua-dua pihak ini disiasat oleh BPR mereka dilepaskan dengan mudah.

“Ini menunjukkan bahawa Tun Hanif berpandangan seolah-olah BPR bersubahat dengan kedua-dua pihak tersebut, dan beliau juga turut mencurigai integriti BPR yang kini tidak boleh dipercayai lagi,” ujarnya.

Ribuan berpiket tuntut hak pekerja

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Haji Ayub bersama anggota Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan himpunan untuk terus menuntut gaji minimum RM900 dan cola RM300 bagi pekerja di sektor swasta.

Di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, dilaporkan lebih 2,000 pekerja sekitar bandaraya telah mula berkumpul dan bersama-sama melaungkan hak dan tuntutan mereka.

Turut kelihatan dalam piket tersebut adalah, Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah.

Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud berkata, piket pada hari ini bukanlah akan berakhir di sini kerana selepas ini mereka akan mengumpulkan 15,000 anggota MTUC dalam satu perhimpunan.

Katanya, pihak Majlis Tertinggi MTUC telah memberi mandat penuh kepadanya untuk mengadakan perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur.

“Kita sedang mencari tempat yang sesuai yang boleh menampung sejumlah yang besar ahli kita,” katanya ketika ditemui di lokasi berpiket di bulatan kilang Goodyear, Seksyen 15 Shah Alam.

Katanya, tujuan perhimpunan itu untuk menjelaskan kepada seluruh anggota MTUC untuk mendengar apa masalah dan juga isu yang ditanggung oleh pekerja swasta pada hari ini.

Piket yang berlangsung dalam suasan aman di sekitar lokasi Shah Alam dan Kuala Lumpur itu, diawasi oleh anggota keselamatan yang terus setia mengawal keadaan daripada awal perhimpunan sehingga berakhir kira-kira tujuh malam.

Hari ini, MTUC terus memberi tindak balas kepada sikap dingin kerajaan dengan mengadakan piket di 12 lokasi di seluruh negara yang disertai setengah juta ahli.

Di sekitar Lembah Klang dan Selangor, piket telah diadakan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur; Petaling Jaya di sekitar lebuh raya, dan Bandar Baru Bangi.

Manakala di Shah Alam dua lokasi utama ditentukan iaitu di bulatan kilang Goodyear Seksyen 15 dan di depan kilang Proton iaitu di Kawasan Perindustrian Hicom.

Di depan kilang proton, hampir seribu pekerja-pekerja proton yang beruniform biru membanjiri di sepanjang jalan di hadapan kilang mereka sambil terus melaungkan hak mereka.

Mereka mula memenuhi sepanjang jalan itu sebaik sahaja selepas waktu kerja, kira-kira jam lima petang.

Sebaik sahaja waktu kerja berakhir, para pekerja kilang Proton yang kebanyakannya menunggang motosikal berpusu-pusu menuju ke lokasi bersama-sama untuk berjuang menuntut ihsan daripada kerajaan.

Sambil mengangkat poster, ‘Gaji minima RM900 dan Cola RM300’ masing- masing terus bersorak apabila kenderaan yang melintasi mereka membunyikan hon.

Dr Mohd Hayati sambut 50 tahun merdeka edar jalur gemilang

Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati bin Othman bersama ADUN Tokai, Haji Taulan Rasul turut sama memeriahkan Sambutan 50 tahun kemerdekaan Malaysia dengan mengedarkan risalah dan bendera di Pekan Nat, Pendang pada 11 Ogos lalu.

Turut sama mengedar risalah dan bendera Pemuda-pemuda seluruh Pendang.