Rasuah membarah dikalangan anggota Polis, apa tindakan PM?

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar berkata, Perdana Menteri selaku Menteri Keselamatan dalam Negeri sepatutnya mengambil pandangan berat kenyataan Tun Hanif (semacam tuduhan) dan perlu bertindak segera bagi mengatasi masalah rasuah yang berleluasa dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
artikel tun hanif
Integriti dan kredibiliti polis terus menjunam dengan pendedahan salah laku polis oleh pelbagai pihak (Tun Hanif) dan perlu segera ditangani daripada terus merebak .

Menurut beliau, Kolum Tun Hanif Omar di dalam akhbar ‘The Star’ semalam, 12 Ogos yang melaporkan isu amalan rasuah yang kian membarah di kalangan anggota PDRM.

Dalam tulisannya,Tun hanif menegur dua badan yang berautoriti dalam negara iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Ia merupakan satu situasi yang sangat teruk apabila bekas Ketua Polis Negara sendiri menyuarakan korupsi yang berlaku dalam institusi yang mempunyai kredibiliti tinggi tersebut yang kini beliau sendiri telah ragu-ragu bahkan imej beliau turut tercalar dengan gejala yang tidak sihat ini,” jelas Kamaruddin yang juga Setiausaha Agung PAS.

Tun Hanif mengecam hebat amalan rasuah yang terlalu menular di kalangan anggota PDRM.

Beliau berpandangan bahawa siasatan tidak perlu dilakukan ke atas pegawai tinggi polis hari ini untuk mengenalpasti kebenaran dakwaan tersebut kerana cukup dengan hanya melihat kepada gaya hidup mewah mereka, ia jelas terbukti.

Tun Hanif yang juga bekas Ketua Polis Negara berkata, senario ini mungkin akan menjadi perbualan yang menghinakan, di samping boleh memusnahkan karier serta maruah seorang pegawai polis.

Beliau juga turut dimaklumkan oleh pegawai kanan PDRM dan BPR bahawa 40 peratus pegawai kanan PDRM boleh ditahan tanpa sebarang siasatan hanya berdasarkan kepada gaya hidup mereka yang mewah.

“Hal ini amat memalukan!” ujarnya lagi.

Menurut beliau, berdasarkan sumber maklumat dalaman, PDRM kini mempunyai dua ‘team’ iaitu team yang akan menangkap penjenayah tidak mengira bentuk jenayah yang dilakukan termasuk ketua kongsi gelap dan satu team lagi akan menyiasat polis yang menangkap penjenayah tersebut kemudian melepaskan mereka.

Tambahnya lagi, kedua-dua team tersebut masing-masing diketuai oleh Ketua Polis Negara dan seorang pengarah polis di Bukit Aman yang disokong oleh Timbalan Menteri.

Sungguhpun begitu, apabila kedua-dua pihak ini disiasat oleh BPR mereka dilepaskan dengan mudah.

“Ini menunjukkan bahawa Tun Hanif berpandangan seolah-olah BPR bersubahat dengan kedua-dua pihak tersebut, dan beliau juga turut mencurigai integriti BPR yang kini tidak boleh dipercayai lagi,” ujarnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: