Ahli Parlimen PAS turut Sambut 50 tahun Kemerdekaan

Sambutan Kemerdekaan Peringkat Parlimen Tumpat pada 24 Ogos 2007 di Pasar Wakaf Bharu jam 9.00 malam

Sambutan merdeka di Tumpat
Acara dimulakan dengan menaikkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negaraku.

Sambutan merdeka di Tumpat
Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar menyampaikan ucapan perasmian.

Pada 25 Ogos lalu, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa turut mengadakan sambutan 50 tahun kemerdekaan negara di Kg Tok Guru, Sabak, Pengkalan Chepa jam 9.30 pagi.

Sambutan 50 tahun Kemerdekaan Pengkalan Chepa
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman melaungkan Merdeka, merdeka, merdeka selepas merasmikan sambutan 50 tahun kemerdekaan peringkat Parlimen Pengkalan Chepa.

Sambutan 50 tahun Kemerdekaan Pengkalan Chepa

Sambutan 50 tahun Kemerdekaan Pengkalan Chepa
Pertunjukan seni silat oleh kanak-kanak.

Dewan Rakyat: Soalan dan Usul MP PAS 27 Ogos 2007

Soalan Jawab Lisan

  • Kamarudin Bin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kenapakah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan tiba-tiba menarik diri sebagai calon Setiausaha Agung Komanwel.
  • Rang Undang-Undang

  • Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2007 (Menteri Sumber Manusia)
  • Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2007 (Menteri Sumber Manusia)
  • Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Pindaan) 2007
    (Menteri Sumber Manusia)
  • Usul-Usul

  • Tuan Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun [ Rantau Panjang ] akan mencadangkan:-
    “Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya suatu Suruhanjaya Diraja hendaklah ditubuhkan bagi menyiasat semua laporan-laporan dakwaan salah laku rasuah dan penyelewengan yang dihadapkan kepada Bekas Ketua Badan Pencegah Rasuah, Datuk Zulkifli Mat Noor dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

    Fakta-fakta kes yang dibawa oleh bekas Pengarah BPR Sabah, Ramli Manan terhadap Bekas Ketua Pengarah BPR itu sepatutnya tidak terlepas begitu sahaja oleh Peguam Negara.

    Begitu juga laporan yang dibuat oleh pegawai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengenai dakwaan kes rasuah membabitkan Ketua Polis Negara seperti yang dinyatakan dengan jelas di Dewan yang mulia oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Kubang Pasu pada mesyuarat lalu membayangkan suatu yang tidak kena telah berlaku dalam institusi Kerajaan kini.

    Alasan penutupan kes-kes berprofil tinggi seperti ini oleh Peguam Negara menggambarkan betapa Integriti Jabatan Peguam Negara semakin terhakis dan kian lemah dari masa ke semasa. Rakyat sepatutnya diyakinkan dengan pertanggungjawaban Kerajaan untuk memerangi salah laku rasuah, penyelewengan dan jenayah berprofil tinggi yang kian parah.” (Perdana Menteri)

  • Monsoon Cup: Pendedahan JK Integriti Parlimen merosakkan Imej Terengganu

    Kuala Terengganu: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara dari Terengganu sebulat suara menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan negatif dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh mengenai penganjuran Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun.

    Beliau berkata, jawatankuasa berkenaan tidak seharusnya mendedahkan pada umum aduan yang diterima daripada sesi pendengaran awam, sebaliknya perlu merujuk sama ada kepada penganjur, kerajaan negeri mahupun kerajaan Pusat jika ada isu yang memerlukan penjelasan lanjut sebelum dibawa ke Parlimen.

    “Walaupun melalui proses pendengaran awam, aduan tidak boleh didedahkan apatah lagi maklumat didedahkan itu tidak tepat.

    “Pendedahan pada media memberi kesan buruk dan merosakkan imej Terengganu dan kerajaan Pusat.

    “Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara Terengganu menyifatkan kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti kepada media, sekarang kita mempertikaikan pula integriti pengerusi terbabit,” katanya pada sidang media di Kelab Teluk Warisan, Pulau Duyong, semalam.

    Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) juga antara salah seorang Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Integriti yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (BN Grik).

    Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkata, aduan diterima menyatakan keuntungan penganjuran sukan Monsoon Cupitu hanya diraih oleh individu tertentu sedangkan pada keseluruhannya ia dikatakan tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan.

    Kenyataan Wan Hashim ini adalah hasil pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat ini di Kuala Terengganu Rabu lepas yang antara lain turut membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penganjuran sukan itu yang dikatakan membazir dan tidak menguntungkan.