Bodoh, binatang, pergi jahanam!, ucapan harian MP BN bila bertegang leher dengan pembangkang

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Taib hari ini memberi amaran kepada semua anggota parlimen (MP) agar tidak lagi menggunakan perkataan kesat dan berbaur prejudis ketika berbahas.

Amaran itu diberikan ketika beliau cuba meredakan ketegangan antara anggota parlimen Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang yang saling tuduh-menuduh mengenai sikap patriotisme mereka.

Pertikaman lidah itu bermula apabila Datuk Mohd Said Yusoff (BN-Jasin) bangun mempersoalkan tindakan anggota parlimen parti pembangkang yang didakwa tidak berdisiplin dan tidak mempunyai sikap patriotik apabila tidak bangun semasa sorakan “Merdeka” dilaungkan sebelum persidangan bermula sebelah pagi.

“DAP ni macam mana kita nak buat contoh soal disiplin, pagi tadi masa kita laung merdeka dia tak bangun… Ini menunjukkan mereka tidak setia kepada negara,” katanya yang disambut sorakan anggota parlimen BN yang lain.

Kenyataan Mohd Said itu membuatkan Ketua Pembangkang Lim Kit Siang bangun mempertahankan barisan pembangkang dan menyifatkan apa yang berlaku pagi itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada anggota dewan.

“Apa yang berlaku tanpa notis… kita pun tak tahu,” katanya yang disambut ejekan beberapa anggota kelab penyokong kerajaan.

Mohd Said berkata sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, secara automatik akan melaungkan “Merdeka”, setiap kali diminta berbuat demikian.

Keadaan menjadi bertambah gamat apabila kedua-dua pihak saling bertikam lidah hampir 10 minit sebelum Ramli campur tangan dan meminta mereka bertenang.

“Minta semua duduk dan bertenang… Siapa yang tidak bangun dan melafazkan ‘merdeka’ tadi belum tentu dia tidak taat setia,” katanya yang disokong oleh anggota parti DAP.

Belum reda ketegangan itu, keadaan kecoh kembali apabila Timbalan Menteri Pelajaran yang sedang menjawab soalan mengenai isu disiplin pelajar sekali lagi mengaitkan DAP sebagai parti yang tidak mengikut peraturan.

Mendengar kenyataan itu, beberapa anggota pembangkang bangkit membantah dan meminta supaya tuduhan itu, dan tuduhan yang mendakwa anggota parti DAP tidak patriotik, ditarik balik.

Dalam ketegangan dan saling membalas tuduhan itu, beberapa anggota parlimen telah menggunakan pelbagai perkataan kesat seperti bodoh, binatang dan go to hell (pergi jahanam).

Kekecohan kali kedua itu memaksa Ramli sekali lagi campur tangan dan mengeluarkan amaran supaya kedua-dua pihak tidak lagi mengeluarkan kata-kata kesat dan menghentikan pertikaman lidah itu.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: