Dato Halim: ‘Spiritual strenght’ penting dalam Pembangunan Sumber Manusia

Ucapan Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pembangunan Sumber Manusia (Pindaan) 2007 pada 29 Ogos 2007.

Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat tertarik dengan ucapan daripada Yang Berhormat Kuala Terengganu yang membuatkan saya rasa nak bercakap pada hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau tak ada Yang Berhormat tapi nak bercakap, bercakaplah fikir apa yang nak cakap.
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Fikir, dah ada dalam fikiran itu. Dalam pembangunan sumber manusia ini Tuan Yang di-Pertua, saya nak bawa dari perspektif Islam. Saya rasa dari segi perspektif Islam pun tidak jauh bezanya dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat daripada Kuala Terengganu.

Apabila kita membicarakan tentang pembangunan sumber manusia, pokoknya kita nak membangunkan manusia itu sendiri. Manusia inilah yang menjadi ejen yang boleh menentukan kebaikan, keuntungan, keburukan, kejahatan dan sebagainya. Sebab itu Allah sebut dalam satu
ayat Al-Quran [Membaca sepotong ayat Al-Quran], berlakunya kerosakan di atas muka bumi sama ada di darat di laut ialah hasil perbuatan manusia.

Tangan manusia ini yang menentukan sama ada masyarakat itu baik, kilang itu baik, company itu menjadi baik, produktif ataupun inovatif ataupun sebaliknya. Manusia itu sendiri, apabila kita membincangkan soal ini, di sana ada empat faktor.

Yang Berhormat Menteri, empat faktor mengikut Islamic prospect ataupun event. Satunya dipanggil spiritual strength. Spiritual strength. Ini sangat penting itu letak nombor satu. Kalau tidak ada kekuatan spiritual pada dalam apa yang berlaku ini dia merupakan satu surface sahaja. Sebab itu spiritual strength ini sangat penting. Mesti ada syllabus nya. Sama ada swasta hendak latih ataupun hendak mengadakan sekolah latihan ke, kelab latihan ke, kelas latihan, mesti ada masukkan di sini satu daripada syllabus nya ialah unsur-unsur nilai murni yang kuat. Ini penting.

Apabila ini berlaku, pekerja itu merasa bertanggungjawab, dia dengan sendirinya mudah mendisiplinkan. Dia merasa dia tidak boleh, tidak mari lewat. Kalau dia mari pukul lapan dia merasa satu tekanan jiwa dia mesti buat. Dia merasa berdosa. Ini bukan masalah skil, masalah dalaman. Kalau dia, katalah keluar pergi makan, dia ambil masa yang secukupnya untuk makan. Dia tidak leka, tidak ponteng. Di pejabat, dia buat apa yang excellent. Ini dia menjaga harta company itu sendiri seperti mana harta dia sendiri. Ini perlu kepada kekuatan dalaman ataupun spiritual strength yang disebut dalam Islam sebagai akidah.

Yang kedua, itulah yang diistilahkan sebagai high touch oleh Kuala Terengganu tadi. Yang keduanya iaitulah akademik ataupun knowledge. Apabila kita hendak melatih sesuatupelatih, mestilah kita fokus kepada apa yang hendak dilatih. Kalau company ini merupakanelectricity dia mestilah knowledge tentang electricity itu tinggi. Mempunyai basic knowledge.Knowledge nya sangat tinggi. Ini berlaku.

Saya tengok dalam Kementerian Pertanian, pelatihpelatih dalam bahagian pertanian diberi latihan dua tahun untuk menjadi pelatih pertanian. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Assalamualaikum ustaz. Ustaz.

Dato’ Haji Ab. Haji bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Guru, begitu juga dua tahun.
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Assalamualaikum ustaz.
Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Jerai, Jerai.
Dato’ Haji Ab. Haji bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Silakan.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat walaupun di peringkat mana, tetapi Yang Berhormat dan kita membentuk manusia, adakah Yang Berhormat bersetuju
bahawa pembentukan kelakuan manusia, mental manusia itu sebenarnya adalah di dalam perut ibunya itu sendiri, sudah boleh kita membentuk anak yang akan dilahirkan itu dan pembentukan itu dapat kita buat secara teratur dan tersusun dengan sistem pelajaran yang ada.

Jadi apabila mereka ini memegang sesuatu jawatan, mereka ini pendidikan mereka itu, pembentukan mereka itu daripada kecil daripada perut ibu sampailah dia besar dia akan jadi baik. Kadang-kadang ini tidak dilakukan oleh keluarga dan akhirnya kerajaan terpaksa mengambil alih untuk membentuk modal insan negara kita akan datang. Jadi contohnya kalau dadah hari ini, kerana kegagalan keluarga membendung dan menjaga anak-anak mereka, akhirnya rakyat kena keluar duit untuk menyelamatkan mereka-mereka ini daripada gejala dadah.

Adakah Yang Berhormat bersetuju supaya bukan spiritual yang Yang Berhormat kata tadi tetapi daripada dalam perut ibu, kandungan ibu itu kita boleh dah bentuk dengan kelakuan ibu bapa itu. Kadang-kadang anak pun buat perangai macam itulah bila di keluar mari ke dunia. Jadi macam mana Yang Berhormat? [Ketawa]

Dato’ Haji Ab. Haji bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Persoalan itu betul tetapi ia lebih dekat dalam kita bercakap dari segi pembentukan keluarga. [Ketawa]. Jadi kementerian, saya hendak cakap dari segi ini tetapi bukan sekarang. Sekarang kita ambil ialah sekolah latihan. Tak pergi lebih awal lagi. Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya iaitu knowledge. Mesti mempunyai knowledge seperti katakanlah walaupun pelajar-pelajar ini, siswazah-siswazah ini lulus universiti semua tetapi bila hendak jadi guru mesti dapat latihan. Ilmu perguruannya, barulah dia mampu untuk menghadapi masalah itu.

Yang ketiganya ialah skil. Skil ini sangat penting. Kalau tidak ada skil walaupun ilmu ada, walaupun spiritualnya kuat, dia tidak boleh buat apa. Dia tidak maju dan tidak hendak produktif. Ini saya ingat skil.. Jadi untuk mendapat ini, tiga training ini mesti dibuat mengikut perspektif Islam. Satunya di panggil basic training. Apa yang hendak diajar. Nak masukkan ini supaya nak mengubahkan sikap manusia ini, basic training ini apa dia?

Yang kedua intermediate training. Apa dia kelas dua ini? Yang ketiganya ialah advance training. Advance training ini bukan kursus yang merupakan training yang disebut tadi oleh training bagi kita ada tiga peringkat training yang mesti dibuat serta menilai sesuatu itu selepas sesuatu training itu adakah berjaya atau tidak.

Yang keempatnya Tuan Yang di-Pertua, saya ringkaskan ini, iaitu akhlak. Apabila kita sempurnakan di sini, akan timbullah budaya, sikap. Sikap produk itu sendiri, manusia itu dah berubah sebagaimana yang telah dibuat oleh Jepun, sebagaimana dibuat oleh Germany dan sebahagiannya dibuat oleh orang-orang-orang Cina kita di sini. Sahabat-sahabat kita, dia sangat, walaupun dia katalah beragama lain tetapi committed dengan kerja itu.

Sebagaimana orang Jepun committed itu sangat tinggi. Kalau kita dapat laksanakan ilmu ini, kita
telah lahirkan satu produk yang telah dibentuk, yang boleh memberi produktif…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tangga Batu.
Dato’ Haji Ab. Haji bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Ya.
Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

Saya seronok juga Yang Berhormat menyebut tentang orang Jepun, orang negara-negara China dan rakan-rakan kita yang Tionghoa. Yang Berhormat boleh tak baru saya satu keputusanlah, saya kadang-kadang fikir juga. Kalau dibandingkan dengan konteks pelaksanaan kerja rang-orang-orang Islam di negara kita, berbanding dengan orang Jepun, yang mana lebih Islamik?
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

Dato’ Haji Ab. Haji bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Kalau mengikut Islam, Jepun lebih Islamic dari segi sikapnya tetapi yang tidak ada pada Jepun, pada Germany, pada orang lain ada satu perkara iaitu bukan, apabila kita membuat pembangunan, kita dapat melahirkan satu sahsiah yang baik. Satu identiti yang baik tetapi akhlaknya itu, hanya committed kepada kerja sahaja. Di luar daripada ini dia membuat kacau. Dia berseronok, merosakkan masyarakat, di sinilah timbulnya sama sendirinya berzina, sama sendiri, macam-macam berlaku. Ini yang tidak ada. Kita mesti melahirkan satu produk bukan sahaja committed dengan kerja tetapi dia juga relevant dan baik dengan masyarakat. Dia tidak membuat keadaan-keadaan yang akan merosakkan masyarakatnya sendiri. Ini yang tidak ada. Inilah yang dinamakan akhlak ataupun budaya yang hendak dilahirkan dalam pembentukan pembangunan manusia mengikut cara-cara yang saya telah alami sendirilah. Sebab saya telah dilatih sebagai instructor bahagian ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Pendang.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Pengkalan Chepa, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bersetujukah Yang Berhormat kalau kita katakan bahawa hasil ataupun the last result daripada apa yang kita ajar itu adalah untuk membentuk pekerja-pekerja yang, satu beramanah yang mengikut konsep ihsan yang telah di sebut oleh Rasulullahlah iaitu [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. Maknanya Allah sentiasa melihat apa yang kita buat.

Apakah bersetuju Yang Berhormat. Maknanya konsep amanah itu terletak dalam konsep ihsan yang diterangkan oleh Rasulullahlah.

Dato’ Haji Ab. Haji bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Apa yang disebutkan oleh Rasulullahlah dalam soal ini bukan soal amanah tetapi dia panggil sebagai ubudiah, yang kedua baru amanah, yang ketiga baru masuliah, yang keempatnya ialah [Menyebut Bahasa Arab], excellent.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat kata pendek pun sudah sebegini…

Dato’ Haji Ab. Haji bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Dah nak habis dah ni. Jadi empat-empat ini kalau kita dapat rangkumkan dalam satu syllabus satu manhaj, satu kurikulum dan kita bagikan kepada training-training tadi, saya yakin bahawa kita dapat menciptakan kalau tidak 100% pun, boleh mengeluarkan produk pembangunan manusia yang dikehendaki oleh masyarakat kita terutama sekali di masyarakat timur ini. Sekian.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: