Dewan Rakyat tolak usul bincang isu ADUN Pelabuhan Klang

Dewan Rakyat hari ini menolak usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang untuk membincangkan isu pengguguran 37 pertuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros yang sebelum ini didakwa di bawah Akta Syarikat 1965.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib ketika menolak usul yang dibentangkan oleh Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) itu berkata, setelah menimbang usul tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2), beliau berpendapat, ia tidak perlu disegerakan kerana mahkamah juga telah membuat keputusan.

“Saya anggap isu itu sudah selesai kerana mahkamah sudah menetapkan keputusan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Zakaria bersama lima rakan kongsi niaganya sebelum ini didakwa di mahkamah antara lain atas tuduhan gagal mengadakan mesyuarat agung syarikat dan gagal menyerah simpan penyata akaun untung rugi kepada pendaftar syarikat.

Kit Siang ketika membentangkan usul itu berkata, pengguguran tuduhan terhadap Zakaria merupakan tamparan terbaru yang boleh memusnahkan keyakinan orang ramai dan para pelabur terhadap kedaulatan undang-undang negara ini.

“Kegagalan memberi penerangan yang memuaskan hati 37 tuduhan terhadap Zakaria, mengukuhkan persepsi orang ramai bahawa terdapat mereka yang berkuasa dalam politik di negara ini menikmati hak istimewa dan imuniti sehingga undang-undang yang dikenakan ke atas mereka berbeza daripada undang-undang biasa dikenakan terhadap rakyat lain,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: