Kerajaan hendaklah berlaku adil kepada pekerja

Ucapan YB Ismail Noh (PAS Pasir Mas) membahaskan Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2007 pada 28 Ogos 2007

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas kesempatan yang telah diberikan kepada saya untuk sama-sama berbincang dalam meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959. Saya mengaitkan dengan pindaan ini di mana di muka 7 menyebut rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262), fasal 1 sehingga 16. Saya mengambil fasal 16 iaitu fasal 15 bertujuan untuk melindungi kepentingan anggota kesatuan sekerja.

Berdasarkan kepada itu,saya membaca sepotong ayat Al-Quran Al-Karim bagi memudahkan perbincangan ataupun perbahasan saya pada petang itu iaitu [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah s.w.t berfirman dengan menyebut “Katakanlah wahai Muhammad, katakanlah kepada seluruh manusia, kepada yang beriman iaitu bekerjalah kamu pasti Allah s.w.t pasti akan melihat kerja kamu dan Rasulnya juga seluruh orang beriman. Kemudian semua kerja-kerja kamu itu akan dikembalikan ke alam akhirat, kemudian kamu akan diberitahu selepas daripada itu semua hasil apa yang telah kamu kerjakan di dunia ini”.

Bertolak daripada itu saya akan menyentuh beberapa perkara kerana saya melihat ianya mempunyai kaitan rapat di antara satu sama lain. Sebelum kita sampai kesatuan sekerja, perlu
kita menyebut ada faktor-faktor lain yang menyokong kepada berjaya atau tidak berjaya kepada kesatuan sekerja ini ataupun pindaan akta ini. Antara sokongannya ialah:-
(i) kerajaan itu sendiri;
(ii) turun kepada kesatuan sekerja;
(iii) majikan;
(iv) pekerja-pekerja; dan
(v) peraturan.

Apabila kita melihat kepada rentetan ini, kita dapat melihat bahawa kerajaan sendiri mesti memainkan peranan yang paling utama di dalam menjayakan semua kerja ia dilakukan oleh rakyatnya atau warga negara di sebuah kerajaan itu. Oleh itu, kerajaan ini mesti dipastikan dahulu. Saya rasa sahabat-sahabat saya daripada Barisan Nasional akan bersetuju dengan apa yang saya cadangkan ini. Kalau ia berlaku, kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t., kalau belum berlaku kita baiki pulih. Benda-benda ini bukan satu perkara statik, perkara mati, tetapi dia boleh
diperbincangkan, dia boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

Pertama sekali kerajaan itu sendiri mempunyai sahsiah adilah. Mempunyai keperibadian yang adil yang saksama yang merasakan bahawa warga negara di negara kita ini adalah anaknya sendiri. Tidak ada bezanya antara anaknya dengan anak orang lain. Ataupun tidak ada bezanya antara parti politik PAS, UMNO, Barisan Nasional, DAP dan lain-lain. Ia mesti dilayani dengan sama kerana mereka adalah warganegara Yang di-Pertuan Agong dan mereka adalah warganegara yang berkhidmat di negara ini apa sahaja parti politik yang mereka anuti.

Tidak diambil kira tentang fahaman parti politik dalam menyamakan keadilan. Dia adalah warganegara kita yang mesti kita laksanakan dengan sepenuh keadilan. Ini kerana mereka juga akan melakukan sesuatu produktiviti in touch. Mereka merupakan orang yang dapat melahirkan sesuatu yang baik walaupun mereka daripada kalangan orang yang bukan serumpun dengan kita. Hati bukan serumpun daripada Barisan Nasional kerana daripada parti-parti lain juga dapat mengeluarkan suatu yang terbaik untuk membina negara kita. Bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang , tetapi yang paling penting, selain daripada Jalur Gemilang itu pengisian kepada Kemerdekaan itu mesti dilaksanakan oleh semua pihak.

Apa yang penting ialah keadilan, kerajaan mesti meletakkan keadilan ini suatu status yang utama daripada yang lain. Apabila melakukan keadilan, saya rasa tidak timbul tidak puas hati walaupun saya daripada Parti PAS dan sahabat kita daripada DAP dan lain-lain.

Oleh itu, ucapan saya pada waktu saya masuk Dewan tahun 1999 saya menekankan bahawa Negara Islam mesti berteraskan kepada keadilan. Namun sekarang ini saya lihat semacam tidak sama.

Yang Berhormat Sungai Petani kita semacam tidak sama. Contohnya misalnya Tuan Yang di-Pertua, baru ini Timbalan Perdana Menteri pergi ke kampung saya betul-betul di kampung saya dan Yang Berhormat pergi bukan di atas tujuan parti politik tetapi atas dasar kerajaan. Satu jamuan rakyat diadakan. Rumah saya dengan tempat jamuan rakyat itu tidak lebih 100 meter.

Jadi saya tanya pihak-pihak yang berkaitan saya kata, “Apakah ini jamuan parti ataupun jamuan kerajaan?” Mereka menjawab, “Jamuan kerajaan”. Tidak apalah saya tunggu. Pada hari Jumaat di Kampung Slow Machang di Masjid Slow Machang di Samping sebelah Slow Machang diadakan jamuan rakyat. Jaraknya 100 meter sahaja dengan rumah saya.

Di waktu Menteri KeKKWa membuat kempen budi bahasa sana sini, sana sini jelajah negara dan sebagainya tetapi saya lihat semacam tidak ada budi bahasa. Saya yang berada 100 meter sahaja tidak dijemput. Bukan saya hendak makan tetapi budi bahasanya begitu.

Pemergiannya adalah kerja kerajaan bukannya kerja parti UMNO, tidak. Walaupun sebelah petangnya kerja parti UMNO, tetapi jamuan makan saya diberi maklum bahawa kerja kerajaan. Ertinya apabila kerja kerajaan, duit PAS pun ada, duit UMNO pun ada duit semua parti pun ada. Mengapa tidak boleh berlaku keadilan ini?

Pada waktu Perdana Menteri pergi, saya menyanjung Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat pergi ke Kelantan baru-baru ini pada waktu merasmikan Jambatan kedua Sultan Yahya Putra. Apabila Perdana Menteri kita pergi, rakyat Kelantan menyambut kedatangan dengan hati terbuka. Dalam bahasa Arab menyebut “ahlan wahsahlan wa marhaban bikum”

Selamat datang Perdana Menteri, saya orang PAS pun selamat datang Perdana Menteri. Menteri Besar Negeri Kelantan pun mengatakan selamat datang Perdana Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang ini adakah kesatuan sekerja?
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Ke arah itulah. [Ketawa] Jadi saya hairan Menteri Besar Kelantan belai hairan mengapa, barangkali bukan hasrat Perdana Menteri saya tidak kata hasrat Perdana Menteri. Barangkali Perdana Menteri dia dihalang oleh pihak-pihak tertentu di negeri Kelantan. Minta Ketereh memperbaiki keadaan ini, kerana Ketereh ini saya kenal dia. Orangnya beragama, bapanya beragama tuan guru.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah kita masuk ke kesatuan sekerja.
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Kita masuk. Kerajaan ini mesti adil Tuan Yang di-Pertua keduanya mempunyai tanggungjawab yang sememangnya mesti dilakukan dengan sebaik-baiknya. Supaya budi bahasa itu dapat kita teruskan langsungkan.

Ketiganya mempunyai kasih sayang. Perkara ketiga ini kasih sayang kepada siapa sahaja warga negara yang berada sama ada warga negara dan tidak warga negara yang tinggal di negara kita ini. Mesti mempunyai kasih sayang yang sungguh-sungguh. Kemudian yang kedua, kesatuan sekerja.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Minta penjelasan. Boleh Yang Berhormat?
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Ya, boleh.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Wah, siapa punya alarm clock ah?
Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Itu masuk waktu Asar. Belum lagi. Saya terpanggil untuk bangun. Kebetulan masa Yang Amat Berhormat pergi ke Kelantan baru ini saya tidak ada dalam negeri. Saya diberitahulah kenapa Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak dijemput, sebab katanya mereka kasihan dengan Yang Berhormat Menteri Besar, dia sekarang tidak sihat, dia sakit masuk hospital. Maka dia…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [ Sri Gading ]: Kasih sayanglah maknanya itu….
Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: … makna sayang kat dia masalah. Agaknyalah saya pun tidak tahu. I was told, I was away. Terima kasih. Pasir Puteh ada saya tidak tahu.
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih kepada adinda saya Ketereh. Allah s.a.w berfirman, dalam maksudnya iaitu “Hendaklah kamu menjauhkan diri kamu daripada zan (syak) [membaca sepotong hadis] sesungguhnya zam itu dosa”. Zam sahaja. Tok Guru Menteri Besar waktu itu sebelum daripada satu hari saya bersama dengannya sihat walafiat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, apabila kita sampai ke bill KeKKWa kita bangkitkan.
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Ya terima kasih. Kepada kesatuan sekerja, saya bersetuju sebenarnya dengan pindaan-pindaan walaupun tidak dengan semua pindaan ini, tetapi bersetujulah dengan sesetengahnya. Wujudnya kesatuan sekerja ini penting sebenarnya.
Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Pasir Puteh. Ini tak berkaitan dengan Islam Hadhari ya?
Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Tidak ada berkaitan. Terima kasih. Yang Berhormat, sahabat saya Yang Berhormat Pasir Mas, sahabat karib, luar dan dalam, inside outside.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah. Akta 262 ini Yang Berhormat, untuk lebih mantap.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dalam belum tentu lagi.
Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: 262 ini untuk memantapkan lagi pekerja dengan kementerian, jadi saya hendak tanya …
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Mas belum berucap lagi.
Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Oh! Belum berucap lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tunggu dia berucap. Dia baru hendak masuk ke kesatuan sekerja.
Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Tidak, saya hendak tanya ini, biar dia masuk sekali.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tak payah. Tak payah, nanti baru tanya.
Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Tak masuk, tanya dah. Saya rasa ada masa untuk Pasir Puteh berucap, insya-Allah. Dia tak perlu tanya sayalah. Dia akan buat ucapan. Kesatuan sekerja juga iaitu perlu ada kesatuan sekerja bagi membela nasib pekerja. Di waktu kerajaan tidak mempunyai tanggungjawab. Kalau kerajaan mempunyai tanggungjawab, kerajaan adil, kerajaan saksama, kerajaan mempunyai rahmat, kasih sayang dan sebagainya barangkali masalah-masalah yang berlaku kepada… sebagaimana yang telah saya katakan tadi.

Jadi wujudnya kesatuan sekerja ini untuk membela. Bila kita sebut untuk membela, ertinya dia dizalimi, baik dizalimi oleh kesatuan-kesatuan di bawahnya ataupun dizalimi oleh pihak atas. Maka dia menjadi orang perantaraan kerana itulah saya menyebut bahawa kesatuan pekerja ini biar betul-betul stand dia, iaitu stand orang yang mempunyai ‘dhurud sahsiah qawiah’, ini perlu juga Tuan Yang di-Pertua mendengar bahasa Arab ini.

‘Dhurud sahsiah qawiah’ mempunyai tenaga yang boleh menekan, menekan ertinya menekan dalam erti memberi kepentingan dan kemajuan kepada anak buah di bawah kita. Bukan hanya sekadar mengampu, bukan memuja, bukan memuji dan saya kira kesatuan kita ini insya-Allah tidak begitu.

Kita mahu bahawa kesatuan kita mempunyai wasitah, mempunyai orang tengah yang benar-benar membela dan jangan membela di waktu pilihan raya, dekat pilihan raya baru hendak membela, jangan. Membela di awal lagi. Selepas daripada pilihan raya, kita terus membela kesatuan-kesatuan mungkin yang ada di bawah kita. Kalau kita membela dekat pilihan raya macam ini orang mungkin ….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, macam mana boleh kaitkan dengan pilihan raya sekarang. Ini bil rang undang-undang dibentangkan. Adakah fikiran Yang Berhormat semata-mata untuk menghadapi pilihan raya. Tak ada, betul?

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Saya nampak bila pimpinan-pimpinan pusat pergi ke Kelantan, sudah hendak pilihan rayalah itu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Itu tidak ada hubung kait dengan pindaan yang kita bangkitkan sekarang.
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Saya lihat bahawa ini adalah pandangan saya. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, cadangan-cadangan yang baik, jangan dekat pilihan raya ataupun bila kita maklumat keadaan-keadaan begitu, awal lagi, apa sahaja yang tidak baik.

Contohnya Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini kita baca surat khabar. Tiap-tiap hari surat khabar kita melaporkan pekerja-pekerja Indonesia yang datang ke negara kita, mereka dianiayai, dizalimi, saya baru dapat maklumat sekejap tadi bagaimana seorang perempuan iaitu pekerja Indonesia yang datang sini kemudian dia keluar daripada majikannya, kemudian ditangkap oleh pihak tertentu dengan anggapan untuk dilindungi tetapi tidak dilindungi, dirogolnya. Dirogol sehingga mengandung.

Mengikut laporan lisan yang saya dengar bahawa dia cuba untuk membunuh anak kandungannya dengan memukul perutnya sendiri dan orang tanya saya tentang hukum, apa hukumnya. Jadi perkara-perkara beginilah yang mesti diteliti sungguh oleh kesatuan pekerja di mana kesatuan sekerja bukan berada di menara gading atau berada di tempat yang begitu tinggi,
berada di Kuala Lumpur semata-mata, berada di bandar-bandar besar semata-mata.

Jarang sekali yang turun ke bawah, turun ke padang melihat kes-kes yang berlaku di kalangan pekerja-pekerja asing dan pekerja-pekerja kita. Pekerja Indonesia, maaf Tuan Yang di-Pertua, bukan saya hendak bela kerana mereka beragama Islam tetapi dia di atas insaniah, di atas perikemanusiaan yang ada pada setiap kita pada hari ini. Jangan kita gunakan kerana mereka miskin. Jangan kita gunakan kerana mereka miskin datang ke tempat kita maka kita boleh buat berbagai-bagai andaian, berbagai-bagai kezaliman, berbagai-bagai tindakan rakus dan sebagainya, kita rogol dia, kita memperhambakan dia.

Sayidina Omar mengatakan pada seorang sahabat, “Wahai sahabat ku sejak bila manusia diperhambakan? Apakah dia dilahirkan oleh ibu dia diperhambakan oleh manusia?” Ini awal Islam lagi pada sebelum daripada hijrah. Sayidina Omar mengatakan kepada sahabat-sahabatnya jangan kamu memperhambakan manusia tetapi nampak di negara kita ini ada semacam perhambaan Tuan Yang di-Pertua, sama ada kita mengaku ataupun tidak mengaku, sama ada kita mengatakan ya ataupun tidak ya tetapi [Membaca sepotong ayat suci Al-Quran]

Kenyataan yang berlaku di negara kita ini begitu keadaannya. Apakah kita boleh pejam mata dalam keadaan begini? Kita sambut negara kita merdeka. Tanya bangunan-bangunan besar itu dibuat oleh siapa? Dibuat oleh pekerja. Pekerja datang daripada mana? Pekerja datang daripada …

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Mengangguk kepala sambil memandang ke arah Yang Berhormat Pasir Mas]
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Jerai bersetuju dengan saya sekarang ini. Dia angguk-angguk.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bangun]
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sri Gading apa hendak tanya?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya minta sedikit laluan daripada Yang Berhormat Pasir Mas. Kalau hendak membela pekerja Indonesia, tidak ada salahnya tetapi memperkatakan bahawa kita memperhambakan mereka, itu sudah keterlaluan. Ucapan Yang Berhormat Pasir Mas ini nanti akan diambil oleh saudara-saudara kita di Indonesia untuk memburukkan kita, kita ini termasuklah Pasir Mas sendiri. Jadi saya harap perkataan memperhambakan mereka itu dipadamkanlah, ditarik balik. Dia sebagai pekerja dan Kerajaan Malaysia dengan pelbagai kementerian sedang merangka, sedang memperkatakan, sedang membahaskan supaya majikan-majikan dalam negara ini memberikan layanan yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja mereka termasuk daripada Indonesia, daripada Thailand, daripada Filipina dan negara-negara yang menghantar pekerjanya, jadi tak kena bahasa Yang Berhormat Pasir Mas itu tak kena. Ianya memburukkan imej negara kita. Saya minta maaf, kita memberikan layanan yang terbaik. Ada kejadian macam itu.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Saya faham. Saya faham. Saya faham Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya tak nafikan ada majikan yang bersifat kasar, yang bersifat biadab, yang bersifat zalim kepada pekerja, ada. Dan ada sesetengah mereka dibawa ke muka pengadilan. Begitulah layanan kerajaan kita kepada pekerja-pekerja yang datang. Kita tidak nafikan jasa mereka.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah.
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Cukup, cukup saya faham dah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya ….
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Saya faham.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: … sebenarnya menghormati Yang Berhormat Pasir Mas ini yang beragama, …
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Terpaksa bangunlah, baiklah. Terpaksa bangunlah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dalam masa yang sama, dalam kita membenarkan beliau berhujah, kita juga kena jaga nama baik negara.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, baiklah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah.
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih kepada Sri Gading.
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jerai hendak menambah.
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ya?
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Jerai saya bagi. Saya jawab satu-satu dahulu.
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ya, okeylah ya. Terima kasih Pasir Mas.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Ya. Saya rujuk kepada Yang Berhormat Sri Gading tadi dengan membantah perkataan saya mengatakan perhambaan. Saya menyebut perhambaan itu di mana ada unsur-unsurnya walau pun tidak semuanya kerana dalam bahasa percakapan ada bahasa yang disebutkan [Menyebut pepatah Arab] bermaksud saya minum air laut. Bukan semua air laut saya minum. Saya minum hanya segelas air sungai. Bukan saya minum… dalam bahasa percakapan bahasa Arab yang Sri Gading kita ini tahu bahasa Arab. Bila saya kata ‘sharibtu ma-annahri’ – saya minum air sungai. Bukan semua air sungai saya minum. Saya minum segelas sahaja. Itu maknanya saya mengatakan bahawa perkataan itu disebut umum tetapi dikehendaki sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat.
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Sifat sedikit itulah yang dikehendakinya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Boleh balik lagi kesatuanlah.
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tadi sudah berucap dengan panjang
lebar.
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Maaf, saya nak selesai, saya nak selesai.
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Saya nak kupas…tertib ayat Yang Berhormat.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Itulah yang kita minta daripada kerajaan supaya berlaku keadilan. Jangan tidak memilih siapa dia. Ada Nabi S.A.W menyebut [Bercakap dalam bahasa Arab]. Wahai Fatimah anak Muhammad, wahai Fatimah kamu anak aku. Kalau kamu mencuri wahai Fatimah, pasti aku akan potong tangan kamu. Nabi Muhammad ini hakim, dia mengatakan pada anak buah dia, anak perempuan dia iaitu Fatimah. Sekiranya kamu Fatimah mencuri, aku akan potong tangan kamu. Ertinya tidak ada pilihan. Saya minta kerajaan kita, kerajaan yang ada sekarang inilah, Islam Hadhari ini. Pasir Puteh dah tak ada dah. Patut dia boleh menolong saya. Mesti bertindak cergas mengambil kesempatan melindungi kerana kerajaan ini disebut dalam hadis Rasulullah,

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, ada perkara yang lain untuk dibangkitkan?
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Ada lagi.
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Bangun] Yang Berhormat,
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, kita beralih kepada perkara yang lain.
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Saya nak puji, saya nak puji sikit Datuk. Puji siapa? Kerajaan?
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Saya nak puji kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah.
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Boleh?
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Ketawa]

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Nabi kata [Bercakap dalam bahasa Arab]. Nabi kata kerajaan yang adil itu [Bercakap dalam bahasa Arab]. Nabi S.A.W kata [Bercakap dalam bahasa Arab]. Nabi kata bahawa sultan, pemimpin yang adil di atas muka bumi ini dia adalah bayangan Allah S.W.T di atas bumi. Status Datuk, bagaimana Allah memuji kerajaan yang adil itu tanpa mengira kerajaan mana sekalipun. Kalau BN adil, termasuk dalam ini. Kalau BN tidak adil, dia termasuk dalam kalimah [Bercakap dalam bahasa Arab], kerajaan yang melakukan kesalahan.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kira setujulah cuma dia tak mahu masuk saja. [Ketawa]. Terima kasih Yang Berhormat, saya macam ini, kita dapat lihat Yang Berhormat, keadilan undang-undang kita Yang Berhormat. Kalau kita tengok dari segi pekerja dan majikan, kalau pekerja itu dianiayai, majikan itu akan dibawa ke mahkamah. Kita tengok ada yang mana majikan yang mendera, yang membunuh. Hari ini pun ada dalam surat khabar di mana dua suami isteri ditahan reman oleh polis untuk siasatan kerana membunuh dia punya maid ataupun pembantu rumah. Ada juga surat khabar yang baru ini di mana pembantu rumah mendera seorang bayi yang umur lapan bulan sehingga mati. Dia pun juga dihadapkan di mahkamah. Ini maknanya keadilan undang-undang.

Cuma satu Yang Berhormat, Yang Berhormat bersetuju tak dengan saya, tadi saya lupa nak cakap, memberitahu kepada pemimpin MTUC supaya kempen banyak rakyat-rakyat Malaysia ini bekerja dengan kilang-kilang kerana hari ini kita dapat lihat banyak kilang-kilang mengambil pekerja-pekerja asing di atas sebab-sebab tertentu. Jadi mungkin MTUC boleh menolong rakyat dan kerajaan memberitahu kepada syarikat-syarikat supaya mengambil rakyatrakyat tempatan keutamaan diberi kepada rakyat-rakyat tempatan untuk bekerja di kilang-kilang yang wujud dalam negara ini. Kerana hari ini Yang Berhormat tengok kita pergi kilang mana pun dia tak ambil rakyat tempatan kerana sebab masalah rakyat tempatan dia kata sat ambil cuti, cuti kenduri kahwin sana sinilah.

Ini lumrah kita di Malaysia, kalau saudara mengadakan perkahwinan, takkan kita nak tinggal. Tapi dia ambilnya pekerja asing. Jadi saya nampak Yang Berhormat, selain daripada kerajaan menasihati syarikatsyarikat ini, apakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya kalau boleh MTUC juga main peranan untuk menggunakan pengaruh dia orang ini untuk menasihati syarikat-syarikat, pengilang-pengilang mengambil rakyat tempatan kecuali, cuba kita tengok macam kedai-kedai makan. Takkanlah nak ambil order makan, nak cuci meja sikit itu pun kena ambil daripada negara asing. Takkan rakyat tempatan tak ada kerja? Jadi ini menyebabkan rakyat tempatan tak ada peluang untuk bekerja. Bukan dia tak mahu kerja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, cukuplah.
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Macam mana pandangan Yang Berhormat? Saya nak tanya pasal Yang Berhormat bersetuju tak dengan pandangan yang bernas ….

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Datuk yang adil, saya setuju apa yang disebut oleh saudara Jerai sekejap tadi di mana sepatutnya MTUC ini mengambil pekerja-pekerja kita sebelum daripada mengambil orang lain. Keutamaan, kita mesti mempunyai keutamaan.

Keutamaan pertama, keutamaan yang kedua, keutamaan yang ketiga. Jadi saya confirm balik apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jerai sekejap tadi di Kelantan sendiri satu stesen
minyak, saya berhenti baru ini di Kota Baharu, dulu saya melihat ….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, stesen minyak….
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Tak, tak ini masuk ini. Pekerja-pekerja. Dulu pekerja-pekerjanya orang tempatan, Datuk. Saya balik baru ini, saya taruk minyak kat dia, bukannya sebahagian besar, seluruhnya pekerja-pekerja asing. Saya terlalu berdukacita. Kalau menteri mahu, saya boleh bagi secara personal, tak boleh bagi secara umum di sini. Saya boleh bagi secara personal.

Di Kelantan, di Kota Baharu padahal Kelantan ini 100% daripada tempatan dan mempunyai tenaga mahir yang begitu tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain dari segi pekerjanya. Jadi, saya tekankan tadi cuba kita lihat kepada bangunan-bangunan besar kita ini dilakukan, dilaksanakan oleh mereka.

Buruh-buruh kasarnya daripada luar, pembantu-pembantu rumahnya daripada luar kerana kalau mereka kita tidak lindungi sungguh-sungguh dan kesatuan sekerja ini tidak turun ke padang melihat sungguh, mendapat maklumat daripada akar umbi sungguh-sungguh dan membutirkan kemudian selesaikan kes mereka ini, tolong bawa kes mereka ini.

Saya tak tahu apakah kesatuan kerja ini mempunyai peguam-peguamnya sendiri yang dapat membela anak buah dia yang dianiayai. Saya tak cakap tentang yang tidak dianiayai itu biasa saja tapi sekarang ini kerana kes ini terlalu besar di negara kita sekarang ini dan tidak boleh kita nak tutup mulut dah sekarang ini. Kalau kita tutup mulut di sini di Parlimen, kita boleh tutup mulut di sini tetapi mereka pulang ke negara mereka, mereka akan bagi tahu kes-kes yang berlaku dan akhir sekali mereka menjadi bahan kempen, mereka menjadi surat khabar. Surat khabar yang melaporkan apa yang berlaku di negara kita.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Yang Berhormat, sikit Yang Berhormat. Ada rakyat Malaysia, ini pada pandangan Yang Berhormatlah. Dia kahwin dengan orang asinglah, Pakistan. Dia ikut suami dia pi, dia kena dera di sana. Dia nak balik mai, dia kena bayar kat pak mertua RM30,000 lebih, anak ditahan di sana. Jadi yang ini pun lagi satu masalah yang kita hadapi. Masalah anak-anak kita ini kerana depa nak cari yang hidung-hidung Shah Rukh Khan itu, itu mancung boleh kupas nyor itu, depa ikut. Akhirnya anak-anak kita di sana tersangkut. Jadi, ini masalah sosial Yang Berhormat.

Jadi adakah pihak ini, kita mencadangkan kepada MTUC supaya kita gunakan kerana nak pam minyak tadi Yang Berhormat, saya rasa sedihlah. Nak pam minyak itu budak yang duduk dalam kampong belakang stesen minyak itu pun boleh kerja. Pasal apa kita nak pi ambil daripada negara lain? Macam mana Yang Berhormat? Bersetuju tak dengan saya?

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Sepatutnya begitu Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya cadangkan tumpukan kepada rang undang-undang, yang perkara-perkara yang lain anggap kalau mustahak boleh simpanlah untuk perbahasan.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Ya, ya. Tak banyak dah Tuan Yang di-Pertua, tak banyak dah. Cuma ada dua helai lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, baiklah.
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Oh, tidak ada dah. Sikit lagi, sikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ha, bagus.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Saya nak tekankan bahawa kesatuan sekerja ini mesti mengambil tahu sungguh-sungguh dan mesti bersama-sama dengan mereka dengan peguam-peguam di semua peringkatnya sehingga anak ataupun pekerja-pekerja yang datang ke negara kita untuk mendapat sikit sebanyak makan minum mereka kerana negara mereka susah daripada kita dan kita Alhamdulillah negara kita ini, Alhamdulillah khairat, Allah S.W.T bagi kebajikan yang begitu banyak, mesti kita syukuri. Dengan kelapa sawitnya, dengan tanah-tanah yang begitu terbiar. Di Kelantan banyak tanah-tanah terbiar. Tanah padi misalnya, bendang-bendang padi yang terbiar ada.

Sekarang ini mula diusahakan oleh orang-orang daripada Selatan Thai yang datang ke sana. Kami melayani mereka dengan baik, kemudian berbagai-bagai lagi acara yang kita buat dengan mereka supaya hubungan kita dengan mereka baik dan kita dapat hasil yang banyak.

Jadi kita kena ingat bahawa kedatangan mereka juga adalah suatu nikmat Allah s.w.t untuk membantu kita. Barangkali kita tidak boleh membuat kerja-kerja kasar, kerja-kerja kotor, kerja-kerja bahaya dan kerja-kerja yang seumpamanya dengannya, tapi kita dibantu oleh mereka. Nasib mereka kena diambil tanggungjawab, kalau mereka jatuh daripada bangunan yang tinggi, mereka ada anak lima, enam orang anak. Kita mesti banci anak dia, paling tidak boleh bagi pampasan bukan sahaja pampasan kepada mereka, kepada dia sahaja tetapi di rumah itu ada anak yatim empat, lima, enam orang misalnya. Ini mesti diambil kira.

Orang Kelantan kata mesti ada sifat taksir. Maknanya ‘taksir kita’, maknanya kalau benda ini berlaku pada kita macam mana? Bagaimana berlaku pada dia? Berlaku pada kita, kita tidak mahu. Maka berlaku pada dia juga sedemikian. Ertinya segala hak dia, wang simpanan dia,
jangan payah.

Saya dengar cerita bagaimana susahnya hendak dapat benda-benda ini kerana kita tidak ada guam bela kita. Guam bela kita tidak guam bela dia, kita tidak bela dia. Kita bela yang kita. Jadi Nabi s.a.w beritahu, nabi kata bayarlah gaji, bayarkanlah upah sebelum pada kering peluhnya.
Kalau negara kita mengambil pendekatan ini, mengambil pendekatan Islam, diterima oleh semua masyarakat, ada orang Cina, orang India, semua warga negara akan menerima.

Nabi kata bayarlah upahnya sebelum daripada kering peluhnya. Kerana itulah kerajaan negeri Kelantan Tuan Yang di-Pertua, bayar gaji kepada kakitangan Kelantan, bukan 31, bukan 30, tidak, 25 Hijrah sudah dibayar gaji. Ini ke depan daripada kerajaan lain.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Yang Berhormat untuk penjelasan, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri lain pun bayar macam itu juga. 23 hari bulan masuk sudah. Tidak percaya Yang Berhormat tengok akaun Yang Berhormat, Parlimen bayar berapa hari bulan masuk? Hendak perbetulkan fakta Yang Berhormat.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Sama-sama 20 Tuan Yang di-Pertua, tapi dalam bulan Islam ada bukan 31, ia untung sehari lagi. Sama-sama 23 pun untung sehari lagi, kerana kita bayar pada bulan Islam.

Ertinya kesatuan sekerja kita mesti ada guam bela yang membela kita dan membela mereka. Begitu juga wang-wang dan duit-duit mereka jangan payah. Hendak keluar duit mereka, simpanan mereka, dan kalau ada belum ada simpanan, EPF dan sebagainya kita mesti ada caruman, ada simpanan, ada kebajikan kepada mereka. Menolong dan membantu kerana mereka susah.

Saya bimbang dalam keadaan susah begini Menteri di Jabatan Perdana Menteri membaca hadis Rasulullah s.a.w (membaca sepotong hadis), hampir-hampir susah itu menjadi kufur dia dengan Allah s.w.t. Kita jangan mengambil kesempatan di atas susahnya orang sebegini. Orang susah mari ke tempat kita, kita cuba menyusahkan dia lagi. Menyusahkan dengan peraturan, menyusahkan dengan kehidupan dan macam-macam susah. Saya pun pening kepala.
Ada sahabat saya daripada Jogjakarta telefon kepada saya, bagaimana saya hendak bohong? Kalau saya bohong saya berdosa.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada orang kata Yang Berhormat bohonglah. Orang kata Yang Berhormat bohongkah?
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Bukan begitu. Dia telefon kepada saya bagaimana dengan orang-orang Indonesia yang kerja di sini. Baik, saya hendak kata macam mana? Bagus, Alhamdulillah, sihat walafiat…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, berhujah dengan benda-benda dengan pegawai-pegawai boleh buat catatan, menteri jawab, ini yang berkaitan…
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Ya, kerana itulah saya minta daripada menteri supaya memberi kemudahan kepada kesatuan sekerja yang ada ini supaya dapat mengambil inisiatif yang benar-benar dan jangan sesekali mengambil kesempatan daripada kemiskinan orang. Susahnya Bangladesh, susahnya Indonesia, susahnya rakyat di Selatan Thai, maka kita guna kesempatan ini untuk kesenangan kita dan kita hidup di atas air mata orang lain. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik Yang Berhormat, kawan Yang Berhormat sedang tunggu lama, dah tidak boleh tahan tengok.
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Ya, sekian, terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: