Tahap kesan kesihatan penapis air membimbangkan

Dr Mohamed Hayati Othman (PAS-Pendang) melahirkan kebimbangan tentang tahap dan kesan kesihatan terhadap rakyat Malaysia sering membelanjakan wang untuk membeli penapis sama ada menggunakan batu-batu atau mineral bagi mendapatkan air yang bersih.

Dr Mohd HayatiDr Hayati mempersoalkan sama ada Kementerian Kesihatan ada menjalankan penyiasatan terhadap penapisan atau yang menggunakan mineral daripada segi kandungan bahan-bahan berat seperti zink atau bahan mineral lain terutama penapis yang menggunakan batu batan.

“Apakah air yang dihasilkan daripada penapis ini memberi kesan buruk kepada kesihatan kerana ramai yang tidak percaya keselamatan bekalan air awam,” soalnya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sessi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Dalam reaksinya kepada soalan tersebut, Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Dr Abdul Latif Ahmad menjelaskan, kerajaan sedang menyediakan satu bil perubatan, medical divise act.

Bagaimanapun belaiu mengakui, pada masa ini, tidak ada perundangan khusus bagi memastikan air yang diminum daripada proses penapisan adalah lebih baik serta tidak mendatangkan kesan.

Dalam soalan asal Jimmy Donald (BN- Sri Aman) meminta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada semua air paip yang disalurkan oleh badan-bdan kerajaan selamat diminum tanpa rawatan selanjutnya.

Jimmy sewaktu mengajukan soalan tambahannya menyatakan timbul sikap ‘tidak percaya’ orang ramai’ terhadap mutu air paip yang menyebabkan orang ramai terpaksa menggunakan cara lain bagi menentukan air paip itu selamat.

Jelas Abdul Latiff, pihak kementerian berusaha memastikan bahawa air yang dibekalkan melalui bekalan awam adalah selamat daripada tiga sudut iaitu tidak ada bahan-bahan biologikal, tidak ada logam berat serta tidak mempunyai bahan-bahan resedur seperti prestisite.

Gaji minima: Salahuddin persoal kerajaan tidak terima cadangan MTUC

YB Salahuddin AyubAhli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mempersoalkan tindakan kerajaan yang masih tidak menerima cadangan MTUC untuk mengadakan gaji minima kepada pekerja-pekerja dalam negara.

Beliau menolak dakwaan pekerja-pekerja sengaja gemar berpiket untuk menuntut hak mereka. Salahuddin berkata demikian ketika mencelah Badruldin Amiruddin (BN Jerai) ketika membahaskan Rang Undang-undang Akta Kesatuan Sekerja hari ini.

“Pihak MTUC telah mengadakan rundingan dengan kerajaan puluhan tahunnya lamanya tetapi kerajaan kerajaan memandang sepi tuntutan mereka,” soal Salahuddin.

Ketika mencelah ucapan Ahli BN Jerai itu, Salahuddin mengutarakan isu pekerja-pekerja yang berpendapatan rendah mesti diberi pembelaan sepenuhnya oleh kerajaan apatah lagi ketika negara menyambut kemerdekaan yang ke 50 tahun.

Karikatur Nabi Isa: Salahuddin mendapat penjelasan Makka Osai

Dalam kesibukan menghadiri sidang Dewan Rakyat pada hari kedua hari ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub sempat berkunjung ke Pejabat Editorial Makka Osai, di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
dengan ketua pengarang Makka Osai
Menunjukkan sesuatu kepada Chief Editor Makka Osai mengenai beberapa perkara yang perlu diperhalusia mengenai isu penghinaan gambar Jesus Christ yang melibatkan penggantungan khbar Makka Osai.

dengan pengurus besar makka osai 28 Ogos 2007

Pada 21 Ogos lalu, satu ruangan “Kata-kata Hari ini” diungkapkan dalam bahasa tamil bermaksud ” mereka yang menyedari kesalahan mereka, akan masuk syurga serta karikatur Nabi Isa memegang sebatang rokok di tangan kanannya manakala tangan kirinya memegang setin minuman.

dengan pengurus besar makka osai pada 28 Ogos 2007

Pihak Makka Osai tidak berniat untuk menghina Nabi Isa dan penganut Kristian dan telah mengaku atas kesalahan teknikal dan pegawai yang bertanggungjawab menyiarkan gambar tersebut telah diberhentikan serta merta.

Setelah mendengar dan meneliti dokumen-dokumen, Salahuddin berpandangan penggantungan akhbar Makka Osai wajar ditarik balik.

Makka Osai bersama media 28 Ogos 2007
Sidang media.
Teruskan membaca

Ahli Parlimen PAS turut Sambut 50 tahun Kemerdekaan

Sambutan Kemerdekaan Peringkat Parlimen Tumpat pada 24 Ogos 2007 di Pasar Wakaf Bharu jam 9.00 malam

Sambutan merdeka di Tumpat
Acara dimulakan dengan menaikkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negaraku.

Sambutan merdeka di Tumpat
Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar menyampaikan ucapan perasmian.

Pada 25 Ogos lalu, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa turut mengadakan sambutan 50 tahun kemerdekaan negara di Kg Tok Guru, Sabak, Pengkalan Chepa jam 9.30 pagi.

Sambutan 50 tahun Kemerdekaan Pengkalan Chepa
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman melaungkan Merdeka, merdeka, merdeka selepas merasmikan sambutan 50 tahun kemerdekaan peringkat Parlimen Pengkalan Chepa.

Sambutan 50 tahun Kemerdekaan Pengkalan Chepa

Sambutan 50 tahun Kemerdekaan Pengkalan Chepa
Pertunjukan seni silat oleh kanak-kanak.

Dewan Rakyat: Soalan dan Usul MP PAS 27 Ogos 2007

Soalan Jawab Lisan

  • Kamarudin Bin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kenapakah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan tiba-tiba menarik diri sebagai calon Setiausaha Agung Komanwel.
  • Rang Undang-Undang

  • Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2007 (Menteri Sumber Manusia)
  • Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2007 (Menteri Sumber Manusia)
  • Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Pindaan) 2007
    (Menteri Sumber Manusia)
  • Usul-Usul

  • Tuan Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun [ Rantau Panjang ] akan mencadangkan:-
    “Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya suatu Suruhanjaya Diraja hendaklah ditubuhkan bagi menyiasat semua laporan-laporan dakwaan salah laku rasuah dan penyelewengan yang dihadapkan kepada Bekas Ketua Badan Pencegah Rasuah, Datuk Zulkifli Mat Noor dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

    Fakta-fakta kes yang dibawa oleh bekas Pengarah BPR Sabah, Ramli Manan terhadap Bekas Ketua Pengarah BPR itu sepatutnya tidak terlepas begitu sahaja oleh Peguam Negara.

    Begitu juga laporan yang dibuat oleh pegawai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengenai dakwaan kes rasuah membabitkan Ketua Polis Negara seperti yang dinyatakan dengan jelas di Dewan yang mulia oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Kubang Pasu pada mesyuarat lalu membayangkan suatu yang tidak kena telah berlaku dalam institusi Kerajaan kini.

    Alasan penutupan kes-kes berprofil tinggi seperti ini oleh Peguam Negara menggambarkan betapa Integriti Jabatan Peguam Negara semakin terhakis dan kian lemah dari masa ke semasa. Rakyat sepatutnya diyakinkan dengan pertanggungjawaban Kerajaan untuk memerangi salah laku rasuah, penyelewengan dan jenayah berprofil tinggi yang kian parah.” (Perdana Menteri)

  • Monsoon Cup: Pendedahan JK Integriti Parlimen merosakkan Imej Terengganu

    Kuala Terengganu: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara dari Terengganu sebulat suara menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan negatif dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh mengenai penganjuran Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun.

    Beliau berkata, jawatankuasa berkenaan tidak seharusnya mendedahkan pada umum aduan yang diterima daripada sesi pendengaran awam, sebaliknya perlu merujuk sama ada kepada penganjur, kerajaan negeri mahupun kerajaan Pusat jika ada isu yang memerlukan penjelasan lanjut sebelum dibawa ke Parlimen.

    “Walaupun melalui proses pendengaran awam, aduan tidak boleh didedahkan apatah lagi maklumat didedahkan itu tidak tepat.

    “Pendedahan pada media memberi kesan buruk dan merosakkan imej Terengganu dan kerajaan Pusat.

    “Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara Terengganu menyifatkan kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti kepada media, sekarang kita mempertikaikan pula integriti pengerusi terbabit,” katanya pada sidang media di Kelab Teluk Warisan, Pulau Duyong, semalam.

    Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) juga antara salah seorang Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Integriti yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (BN Grik).

    Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkata, aduan diterima menyatakan keuntungan penganjuran sukan Monsoon Cupitu hanya diraih oleh individu tertentu sedangkan pada keseluruhannya ia dikatakan tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan.

    Kenyataan Wan Hashim ini adalah hasil pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat ini di Kuala Terengganu Rabu lepas yang antara lain turut membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penganjuran sukan itu yang dikatakan membazir dan tidak menguntungkan.

    Kes AKSB: Tindakan BPR dedah maklumat dalam media menghairankan

    Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar melahirkan tandatanya dan terkejut dengan tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang dianggap berbeza dalam menangani kes Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berbanding kes-kes lain terutamanya yang membabitkan kes berprofil tinggi.

    “Pada kebiasaannya, apabila sesuatu kes itu diajukan kepada Dewan Rakyat, BPR akan memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa kes dalam siasatan dan maklumat itu sulit atau ia masih berada dalam siasatan dan ia tidak boleh dihebahkan.

    “Tetapi dalam kes AKSB, saya berasa sangat hairan bagaimana BPR boleh membuat penjelasan secara terperinci kepada media,” ujarnya.

    Semalam Berita Harian melaporkan BPR menyiasat AKSB berhubung penyelewengan projek membaik pulih infrastruktur bekalan air pada tujuh daerah Kelantan yang membabitkan kos RM600 juta.

    Siasatan dibuat selepas BPR menerima maklumat ada bahan digunakan bagi kerja membaik pulih paip lama dan menaik taraf loji bekalan air di negeri itu, tidak mengikut spesifikasi.

    Menurutnya, menteri yang berkaitan akan berdolak dalih dengan pelbagai alasan seolah-olah ingin menutup aib pihak tertentu.

    “Tetapi kenapa kali ini dalam membicarakan kes pengurusan air Kelantan, ia diumumkan kepada khalayak tidak seperti kes-kes sebelum ini? Kamaruddin mempersoalkan tindakan BPR dalam kes ini.

    “Saya mendesak supaya tindakan BPR dalam menjalankan siasatan dalam kes-kes yang membabitkan rasuah tidak ditekan atau dipengaruhi oleh mana-mana parti politik,” tegasnya lagi.

    Beliau mengingatkan BPR supaya keputusan kes ini kelak tidak akan dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan juga tidak dengan maksud untuk menjatuhkan mana-mana individu mahupun parti politik.

    Kamaruddin yang juga merupakan Setiausahan Agung PAS mengulas siasatan awal BPR terhadap AKSB berhubung penyelewengan dalam projek membaik pulih infrastruktur bekalan air tertumpu kepada pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di Merbau Chondong, Machang yang bernilai RM65 juta.

    Sumber badan itu dipetik sebagai berkata, pegawai BPR sudah mula memeriksa dan mengambil dokumen berkaitan projek berkenaan di pejabat AKSB, di Kota Bharu serta syarikat yang diberi kontrak melaksanakannya, Rabu lalu.

    Salahuddin bersama Pemuda bermotor Honda 70 di Kubang Kerian

    Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!!

    Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub melancarkan ekspedisi bermotor Honda 70 peringkat Kubang Kerian sempena menyambut 50 tahun Kemerdekaan Negara di Kubang Kerian Khamis lalu.

    Salahuddin sambut 50 merdeka peringkat pemuda kubang kerian

    Salahudin sambut merdeka bersama pemuda bermotor Kubang Kerian

    Salahuddin pekik Merdeka

    Ahli Parlimen Tumpat hadir Mesyuarat Politik AIPA selaras perundangan

    KUALA LUMPUR 21 Ogos: Ahli parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar turut hadir pada hari kedua Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA).

    Dato KJ hadir sidang AIPA 21 Ogos 2007 AIPA akan menubuhkan kokus sebagai mekanisme tetap untuk membangunkan inisiatif dalam semua bidang kepentingan bersama ke arah menyelaraskan undang-undang AIPA.

    Setiausaha Agung AIPA yang baru dilantik, Datuk Md. Yusoff Md. Zain berkata, tugas kokus termasuk menyemak status pelaksanaan kira-kira 400 resolusi AIPA dan bertindak sebagai mekanisme tetap untuk memantau pelaksanaannya.

    ‘‘Kokus akan mencadangkan, apabila perlu, penyelarasan undang-undang dan peraturan yang akan menyediakan sokongan perundangan ke arah pewujudan Komuniti ASEAN.

    ‘‘Ia juga akan mewujudkan persekitaran yang akhirnya akan membawa kepada transformasi perhimpunan kepada Parlimen ASEAN yang tidak semestinya mengikut model Parlimen Eropah tetapi menepati keunikan ASEAN sendiri dan akan hanya mengambil amalan terbaik Parlimen Eropah,’’ katanya.

    Bercakap pada mesyuarat Jawatankuasa Politik AIPA, beliau berkata, keanggotaan kokus itu akan terdiri daripada kumpulan teras tiga anggota Parlimen dari setiap negara anggota, seorang wakil dari setiap negara pemerhati khas, Setiausaha Agung AIPA dan masing-masing seorang pegawai dari Sekretariat Nasional AIPA.

    Mesyuarat Jawatankuasa Politik AIPA dipengerusikan oleh Datuk Dr Wan Junaidy Tuanku Jaafar turut dianggotai Datuk Kamarudin Jaffar (Gambar-Utusan).

    Beliau berkata, kokus AIPA akan bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun dan laporan daripadanya, termasuk cadangannya, untuk dipertimbangkan dan diterima pakai oleh perhimpunan agung melalui jawatankuasa eksekutif.

    ‘‘Kokus itu yang akan bermesyuarat secara tetap akan menyumbang ke arah usaha menjadikan AIPA sebagai institusi yang lebih efektif dan bersepadu,’’ kata Md. Yusoff.

    “Kokus juga mendorong integrasi dan kerjasama baru dan lebih baik dijalin dalam kalangan Parlimen negara anggota AIPA dan menjadi jentera pemacu ke arah pewujudan persekitaran yang akan membolehkan Parlimen ASEAN direalisasikan,” katanya.

    AIPA gesa selaras undang-undang perangi dadah
    Jawatankuasa Politik AIPA dalam mesyuaratnya hari ini menerima resolusi mengenai kepentingan mewujudkan usaha perundangan yang sama bagi menyelaraskan undang-undang untuk memerangi kedua-dua isu itu.

    Jawatankuasa itu berkata, di sebalik pelbagai program tindakan diambil oleh kerajaan ASEAN untuk memerangi masalah pengedaran dadah dan kesan buruknya, ancaman dadah masih wujud malahan semakin meningkat.
    Teruskan membaca

    Pemuda MCA perlu dedah siapa melanggar Perlembagaan Negara

    ADR TumpatAhli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar mendesak Pemuda MCA mendedahkan mana-mana pihak yang dimaksudkan badan itu sebagai mereka yang didakwa melanggar perlembagaan negara.

    “Jika ia ditujukan kepada Pemuda Umno (kerana kenyataan Pemuda MCA yang menyatakan kami tidak menghunus keris) maka Pemuda Umno perlu menafikan jika mereka tidak terbabit dengan dakwaan. Jika ia ditujukan kepada Umno secara umumnya, pemimpin Umno perlu menjawab atau menafikannya,”kata Kamarudin hari ini.

    Sementara katanya, jika ia dilaungkan kepada Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien kerana isu penggunaan bahasa untuk UPSR, Hishamuddin perlu menjawab telahan Pemuda MCA itu.

    Atau jika ianya berkaitan dengan unsur provokatif yang sering menjadi penghias kata oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, menantu PM itu perlu menjawab atau menafikan kecaman Pemuda MCA, kata Kamarudin yang juga Setiausaha Agung PAS.

    Menurut Kamarudin lagi, tuduhan yang dilemparkan Pemuda MCA itu satu tuduhan yang bahaya dan bersifat provokatif.

    Justeru itu beliau mendesak semua pihak yang tersabit dengan tuduhan itu menjawab secara terbuka sementara Pemuda MCA pula perlu mengemukakan bukti atas tuduhan itu.

    Sambil menyifatkan tuntutan dalam resolusi Pemuda MCA serta laungan kepada pihak yang dikatakan melanggarkan perlembagaan itu suatu kemelut perkauman dalam Barisan Nasional (BN), beliau bimbang isu ini akan menjadi bahan untuk mencetus sentimen tertentu.