Soalan Jawab Lisan
Soalan No 9:
Usul-Usul:
“Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya suatu Suruhanjaya Diraja hendaklah ditubuhkan bagi menyiasat semua laporan-laporan dakwaan salah laku rasuah dan penyelewengan yang dihadapkan kepada Bekas Ketua Badan Pencegah Rasuah, Datuk Zulkifli Mat Noor dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Fakta-fakta kes yang dibawa oleh bekas Pengarah BPR Sabah, Ramli Manan terhadap Bekas Ketua Pengarah BPR itu sepatutnya tidak terlepas begitu sahaja oleh Peguam Negara. Begitu juga laporan yang dibuat oleh pegawai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengenai dakwaan kes
rasuah membabitkan Ketua Polis Negara seperti yang dinyatakan dengan jelas di Dewan yang mulia oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Kubang Pasu pada mesyuarat lalu membayangkan suatu yang tidak kena telah berlaku
dalam institusi Kerajaan kini.
Alasan penutupan kes-kes berprofil tinggi seperti ini oleh Peguam Negara menggambarkan betapa Integriti Jabatan Peguam Negara semakin terhakis dan kian lemah dari masa ke semasa.
Rakyat sepatutnya diyakinkan dengan pertanggungjawaban Kerajaan untuk memerangi salah laku rasuah, penyelewengan dan jenayah berprofil tinggi yang kian parah.” (Perdana Menteri)
Filed under: ADR Rantau Panjang, Soalan dewan, Usul | Leave a comment »