Dewan Rakyat: Soalan dan Usul MP PAS 4 September 2007

Soalan Jawab Lisan

  • Soalan no. 17 – Dato’ Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ]
  • minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah dan tindakan disiplin yang diambil terhadap segelintir pelajar sekolah menengah yang melakukan adegan lucah yang tersebar luas di ‘laman web lucah’ yang kemudiannya dilaporkan media tempatan baru-baru ini.

    Rang Undang-Undang

  • Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2007 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. “ (3 September 2007).

    Perbelanjaan tambahan bagi tahun 2007
    Maka dengan ini dibenarkan oengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi sembilan bilion tujuh ratus lapan puluh enam juta tujuh ratus empat puluh tiga ribu lima ratus sepuluh ringgit (RM9,786,743,510) daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi tahun 2007 yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan spenuhnya oleh Akta Perbekalan 2007 [Akta A1276].

  • DAN Usul dibuat oleh Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
    “ Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sepuluh juta lima ratus ribu empat ratus sembilan puluh ringgit (RM1,010,500,490) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2007, bagi Maksud-maksud dan Butiranbutiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2007 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 10 Tahun 2007 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut. “

    Usul-Usul

  • Usul dibawah peraturan 27 (1) oleh YB Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun [ Rantau Panjang ] akan mencadangkan:-

  • “Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya suatu Suruhanjaya Diraja hendaklah ditubuhkan bagi menyiasat semua laporan-laporan dakwaan salah laku rasuah dan penyelewengan yang dihadapkan kepada Bekas Ketua Badan Pencegah Rasuah, Datuk Zulkifli Mat Noor dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

    Fakta-fakta kes yang dibawa oleh bekas Pengarah BPR Sabah, Ramli Manan terhadap Bekas Ketua Pengarah BPR itu sepatutnya tidak terlepas begitu sahaja oleh Peguam Negara. Begitu juga laporan yang dibuat oleh pegawai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengenai dakwaan kes rasuah membabitkan Ketua Polis Negara seperti yang dinyatakan dengan jelas di Dewan yang mulia oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Kubang Pasu pada mesyuarat lalu membayangkan suatu yang tidak kena telah berlaku
    dalam institusi Kerajaan kini.

    Alasan penutupan kes-kes berprofil tinggi seperti ini oleh Peguam Negara menggambarkan betapa Integriti Jabatan Peguam Negara semakin terhakis dan kian lemah dari masa ke semasa.

    Rakyat sepatutnya diyakinkan dengan pertanggungjawaban Kerajaan untuk memerangi salah laku rasuah, penyelewengan dan jenayah berprofil tinggi yang kian parah.” (Perdana Menteri)

    Teruskan membaca

    Speaker tolak usul Abdul Fatah untuk bincang tindakan Polis pukul Juri Karate Indonesia

    Usul di bawah Peraturan 18 (1) oleh YB Haji Abdul Fatah Harun untuk menangguhkan Majlis Mesyuarat untuk membincangkan suatu perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan iaitu mengenai tindakan Kekerasan anggota Polis Di Raja Malaysia yang mengancam keselamatan Tetamu Negara Dalam Pertandingan Karate Asia di Nilai, Negeri Sembilan”.

    Harap Maaf, audio visual kurang memuaskan.

    Usul bagi membincangkan tindakan polis Malaysia memukul Ketua Juri yang juga Jurulatih Karate Indonesia, Donald Pieters Luther Kolobita yang dibawa Abdul Fatah Harun (PAS Rantau Panjang) hari ini ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

    Usul yang dibacakan oleh Abdul Fatah di bawah perkara 18 (1) itu ditolak oleh Ramli di bawah perkara 18 (2) iaitu perkara itu tidak perlu untuk disegerakan.

    Mengulas isu itu Abdul Fatah berkata, usul tersebut dibawanya ke Parlimen bagi membincangkan soal imej negara yang tercalar atas perbuatan polis.

    Tindakan kasar itu hanya menjejaskan imej negara kerana jurulatih itu djemput secara rasmi, dan masalah yang ditimbulkan oleh polis itu hanya mengeruhkan hubungan diplomatik antara dua negara, katanya.

    Mengulas kenyataan Dato’ Mohd Said Yusof (BN-Jasin) yang menyifatkan kes itu satu kes kecil berbanding isu kejadian-kejadian pecah rumah membabitkan warga Indonesia, Fatah berkata, isunya bukan soal pendatang tetapi ianya adalah isu imej negara.

    Kejadian pecah rumah yang dilakukan pendatang tanpa izin dari negara jiran sebenarnya bukan masalah negara jiran tetapi kelemahan pihak keselamatan negara ini memastikan keselamatan rakyat negara ini dari ancaman tersebut.

    “Isu ini jangan dikelirukan kerana isu tindakan polis memukul jurulatih itu adalah membabitkan soal undangan rasmi dan beliau (Donald Kolobita) hadir atas undangan rasmi,”tegasnya.

    Terdahulu sebelum ditemui di luar Parlimen Abdul Fatah telah membacakan teks usul tersebut di hadapan Speaker Dewan Rakyat selepas sesi soal jawab Parlimen.

    Dr Mohd Hayati di Dewan Rakyat pada 3 September 2007

    Ahli Parlimen Pendang Dr Mohd Hayati sewaktu mencelah soalan yang berkaitan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

  • Soalan asal daripada Dato’ Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI
    PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
    (a) sejauh manakah keberkesanan FAMA di dalam menangani masalah pemasaran petani kecil durian, rambutan, manggis, dokong, limau dan buah naga akhir-akhir ini di seluruh negara; dan
    (b) adakah kita masih perlu mengimport buah-buahan tempatan dari luar dan menyebabkan petani kita merana.
  • Harap Maaf, audio visual kurang memuaskan.

    Dato Kamarudin di Dewan Rakyat 3 September 2007

    Soalan No 9:

    Dato’ Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian akan mengkaji semula arahan menandatangani akujanji yang dikenakan kepada pensyarah Universiti.

    Harap Maaf, audio visual kurang memuaskan.