Dato Halim cadang pemandu teksi diberi keutamaan untuk lesen individu selepas 10 tahun

Teks perbahasan peringkat Jawatankuasa (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) – 6 Sept. 2007

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih. Saya selalu naik teksi di Kuala Lumpur dan sebahagian besarnya bumiputera dan bukan bumiputera pun saya naik. Kebanyakan merungut sudah 15 tahun menjadi hamba kepada company, adakah satu polisi kerajaan buat selepas 15 tahun, misalnya 10 tahun ke boleh memberi keutamaan untuk lesen kepada orang perseorangan. Sekarang ini saya tahu lesen itu dibekukan oleh Kabinet.

Apa tujuan pembekuan ini kerana teksi mungkin banyak. Tetapi adakah satu polisi yang dibuat selepas 10 tahun ataupun 15 tahun, keutamaan diberi kepada pemandu teksi yang lama supaya dia boleh berdikari, tidak menjadi hamba company lagi. Ada ke polisi? Kalau tidak ada, bolehkah timbang perkara ini?

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Terima kasih Yang Berhormat. Memanglah dalam LPKP dahulu kita beri melalui syarikat supaya syarikat itu menjaga segala kebajikan pemandu dan segala kenderaan sepertinya untuk kita bagi standard. Kemudian bila perkara ini berlaku juga, banyak yang tidak baik seperti yang disuarakan oleh Yang Berhormat, kita bagi. Sekarang ini kita bagi kelonggaran kepada usahawan individu untuk memiliki teksi sendiri.

Lagi memberi masalah, bila sampai masa tertentu yang kita berkehendakkan laluan ataupun berkehendakkan berjalannya teksi, kerana mereka rasa buat teksi itu mereka punya sendiri, so mereka buat sendiri-sendirilah. Rasa hendak pergi, pergi. Rasa tidak hendak pergi, tidak pergi.

Ini juga mengganggu kepada perkhidmatan awam. Sebab itulah satu teksi kita bagi kepada 200 pelanggan dan teksi hari ini sudah cukup membanjiri negara kita. Sebab itu kita bekukan selain daripada kita hendak mengkaji, membaiki kesilapan-kesilapan ataupun masalah-masalah yang kita hadapi, kita rasa sudah mencukupi.

Kita bekukan kerana satu laluan, 200 orang dan kita kiralah berapa yang patut ada di Lembah Klang, berapa ada di Pulau Pinang, berapa ada di Johor Bahru. Itu hadnya. Kita beku bukan kerana tidak beri peluang kepada usahawan teksi untuk mendapatkan lesen teksi.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: