Dato Halim minta papantanda “Letih boleh membawa maut” dipasang

Teks perbahasan Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengakalan Chepa] sewaktu membahaskan Perbekalan Tambahan Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Kerjaraya) pada 6 September 2007.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menarik mengenai RM120 juta, iaitu kerja-kerja pembaikan berkala yang telah dilaksanakan 2006, 2007. Saya hendak tanya dan minta penjelasan, adakah dibuat kajian tentang cerun-cerun yang boleh dikatakan bila terkena hujan tidak mampu lagi. Bolehkan JKR membuat jangkaan, cerun ini mestilah dibaiki lebih awal daripada apa yang berlaku. Bila berlaku, barulah segala-galanya dibaiki. Itu saya hendak tanya.

Yang kedua mengenai B.27, (2), RM38,500,000 ini. Bayaran gaji kakitangan kontrak. Berapa ramai kakitangan kontrak yang berada di JKR? Tidakkah JKR mengamalkan kontrak untuk buat kerja ini kepada swasta? Jadi kalau ini, apa guna kita ambil kakitangan kontrak lagi?

Yang ketiga, iaitu bayaran pampasan tol. Saya hendak mintalah tol di jalan Lebuh Raya Pantai Timur ini terutama sekali di Selangor yang telah begitu lama dan satu lagi di sebelah Pahang, boleh dihapuskan kerana bayarannya sedikit. Kalau boleh dihapuskan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan kalau tidak boleh hapus, bila boleh dihapus, bila kontrak itu akan tamat?

Yang ketiga, iaitulah bilangan kelima, RM1,000,000,000 itu, pembinaan menara. Saya kira kalau boleh JKR menimbangkan untuk meletakkan tanda-tanda yang lebih banyak lagi di jalan raya. Bukan menara sahaja seperti ”letih itu boleh membawa maut”, seperti di Eropah.

Tanda-tanda seperti ini boleh membawa kesedaran kepada pemandu-pemandu. Begitu juga saya tengok bahawa tanda-tanda ini termasuklah dengan pihak polis, mungkin yang saya hendak cakap ini boleh jadi tidak di bawah Kementerian JKR. Misalnya katalah di Eropah sana, 500 meter lagi kamera yang akan menangkap ini diberi notis. Sekarang ini kita tengok kamera itu disembunyikan.

Di negara-negara maju, kamera ini di notis terlebih dahulu. 500 meter lagi sudah ada kameranya, diberitahu. Bukan dia hendak mengenakan denda, tetapi memberi peringatan supaya pemandu ini lebih berhati-hati. Kalau boleh, tanda-tanda seperti ini dibuat di jalan raya.

Kemudian, saya hendak tanya yang keenam ini, RM30,600,000 bertambah ini, berapa banyak dan mengikut kakitangannya, bilangan yang menerima imbuhan baru ini. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: