Dr Hayati minta kerajaan main peranan supaya masyarakat takutkan tuhan

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]:Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada jawapan tadi saya rasa ada beberapa perkara yang Timbalan Menteri tidak menyebut. Banyak perkara-perkara yang ada dalam masyarakat ini yang boleh mempengaruhi berlakunya sumbang mahram ini.

Saya rasa kita ada banyak program-program hiburan yang melampau, bentuk-bentuk VCD lucah yang mudah diperoleh, majalah-majalah dan akhbar yang sering memaparkan gambar-gambar yang menaikkan ego kelelakian.

Jadi soalan saya, apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan untuk menyedarkan masyarakat supaya mereka ini menjadi masyarakat yang takutkan Tuhan. Terima kasih.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, dalam Rukun Negara kita memang ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ adalah satu rukun yang pertama. Itu pun sentiasa di peringatkan di sekolah, institusi pendidikan juga kita sentiasa tekankan pengajian agama masing-masing, jadi itu memang telah ada.

Tentang terdapat majalah-majalah lucah dan sebagainya, saya ingin terangkan di sini melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri kita sentiasa memantau penerbitan dan juga majalah-majalah yang diimport daripada luar negara.

Jika ada dapat itu mungkin adalah melalui saluran yang tidak sah atau diseludup, adalah tidak benar mengatakan ada banyak majalah yang lucah. Jika ada saya minta memberi maklumat dan kita sentiasa mengambil tindakan terhadap mereka yang mengedarkan dan menjualkan majalah tersebut. Sekian, terima kasih.
(Soalan Jawab Lisan No. 10 – 6 Sept. 2007)

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: