Kita nak tahu sebab kenapa Malaysia tarik diri calon Setiausaha Agung Komanwel

Ucapan Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin bin Jaffar ketika membahaskas Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2007 (2007) -peringkat Jawatankuasa (Kementerian Luar Negeri) pada 5 September 2007.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ada dua perkara. Pertamanya berkaitan dengan rancangan dan cadangan kerajaan di bawah Kementerian Luar Negeri untuk mencalonkan Yang Berhormat Menteri KekkWa sebagai Setiausaha Agong…

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, itu tidak kena mengena, ini cola Yang Berhormat.

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Yalah, saya hendak tahu kecekapan pegawai-pegawai kementerian dalam mengendalikan pencalonan dan kemudiannya penarikan dengan cara yang amat menghina negara kita, calon yang telah kita isytiharkan yang kementerian telah isytiharkan, tiba-tiba tarik pencalonannya dengan cara yang begitu kucar-kacir sekali. Silakan.

Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Pengerusi, saya boleh jawab. Tetapi soalnya kita kena ikut peraturan, ini tidak bawah B.13 mana kita ada peruntukan yang telah dibelanjakan ini tidak kena mengena, dia tidak masuk langsung dalam itu.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya sudah…
Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Setakat yang kita faham…
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya sudah tegur Yang Berhormat, kita kena ikut…
Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: … iaitu begitu bahawa kita hendak…
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kita berbincang soal tambahan ini untuk cola.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Ya, betul. Ia berkaitan….
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cadangan itu tidak kena mengena dengan….

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: …Ini ialah untuk pegawai. Pegawai bekerja untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Dasar-dasar kerajaan antara satu yang saya sebutkan tadi ialah keputusan hendak mencalonkan tokoh kita sebagai Setiausaha Agong Komanwel. Ini kita perlu bincang sebab dahulu sudah gagal sekali kes mencalonkan tokoh kita menjadi Setiausaha Agong OIC, kalah.

Bukan kalah nombor dua kalah nombor tiga kepada Turkey, kepada Bangladesh. Ini sekali lagi ditarik pencalonannya dan cara pengendalian penarikannya juga adalah amat memalukan.

Mula-mula beliau sendiri mengumumkan, selepas itu kementerian kata tidak tahu, selepas itu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kata kena bincang di peringkat Kabinet dahulu sebelum apa-apa penjelasan yang khusus. Selepas mesyuarat Kabinet selepas membincangkan hal itu tidak ada apa-apa penjelasan.

Jadi ini saya fikir perlu diberi perhatian dan dijelaskan kepada rakyat. Kalau-kalau Yang Berhormat Menteri yang berkenaan ada masalah-masalah ke ada apa-apa sebab, sebab beliau sendiri pun tidak mahu memberi apa-apa ulasan yang lanjut. Keduanya begitu juga berkaitan dengan pengendalian kementerian ini dalam hubungan kita dengan negara Indonesia.

Baru-baru ini seorang jurulatih karate dari Indonesia telah dipukul sebegitu teruk sekali tetapi sekali lagi pengendaliannya the handling dengan izin of the issue have been very-very disgraceful to the country sehingga kita dengar bahawa pihak Indonesia mengugut tidak mahu menghantar wakil untuk merayakan sambutan 50 tahun merdeka dan sebagainya barulah ada usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah itu dengan baik, dengan penuh kehormatan kepada sebuah negara jiran iaitu Indonesia.

Jadi ini soalan-soalan yang saya ingin kementerian jelaskan sebelum kita bersetuju untuk meluluskan gaji untuk kementerian, terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: