Salahuddin kemuka usul bahas peristiwa keganasan Polis di Batu Buruk Sabtu lalu

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub telah mengemukakan usul tergempar dibawah peraturan 18 (1) bagi merundingkan dan membincangkan peristiwa keganasan polis pada 8 September 2007, di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Sekira dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, usul tersebut akan dibacakan oleh Salahuddin pada 11 September 2007 jam 11.30 pagi.

Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib telah menolak usul tersebut mengiktu peraturan 18 (2) yang tidak perlu disegerakan.

Teks penuh usul adalah seperti berikut:

YB. Tan Sri Ramli Ngah Talib
Yang DiPertua,
Dewan Rakyat Parlimen Malaysia,
50680 Kuala Lumpur.

9 September 2007

YB. Tan Sri,
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT PERKARA 18 (1)

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini diberikan notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan8

YB. Tuan Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) mohon mencadangkan:

“Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan peristiwa keganasan polis pada 8 September 2007, di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu”

Tan Sri Yang diPertua,

Pada hari Sabtu 8 September 2007, lebih kurang jam 11.45 malam , seorang anggota polis yang tidak beruniform telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan dengan menggunakan dengan sengaja peluru hidup dan akibatnya dua orang awam telah mengalami kecederaan yang sangat seruis.

Mangsa pertama Encik Swandi bin Abd Ghani, 37 tahun telah menggalami kecederaan parah dan sehingga usul ini dikemukakan beliau telah dipindahkan daripada Hospital Besar Kuala Terengganu ke Hospital Kubang Kerian, Kota Bahru, beliau masih dalam keadaan yang amat kritikal. Mangsa kedua, Encik Mohd Azman Bin Abd Aziz, 21 tahun juga mengalami kecedaraan parah dan masih dirawat di Hospital Besar KualaTerengganu.

Dewan yang mulia ini seharusnya diberikan peluang yang sebaiknya dan seadilnya untuk isu dan tragedi ini dibincang dan diperbahaskan secara terbuka agar keadilan dan maklumat sebenarnya dapat ditegakkan. Pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri perlu memperjelaskan kepada seluruh rakyak Malaysia kenapa peluru hidup perlu digunakan keatas orang awam yang tidak bersenjata.

Integriti pihak polis sangat–sangat dipersoalkan dalam peristiwa ini dimana seolah-olah budaya “trigger happay” diaplikasikan keatas orang awam tanpa memperhitungkan nyawa dan keselamatan awam.

Persoalannya, adakah penggunaan peluru hidup telah menjadi satu pendekataan baru pasukan Polis DiRaja Malaysia?. Tragedi hitam dan sedih ini tidak mungkin akan berlaku sekira pihak keselamatan memberikan keizinan (permit) kepada mana-mana pihak yang berhasrat ini menganjurkan perhimpunan aman sepertimana yang diperuntukan oleh perlembagaan Negara dan semangat demokrasi didalam Negara kita.

Saya mohon mencadang,
SALAHUDDIN HAJI AYUB

4 Respons

  1. Dengar warta berita t/hari tadi usul tersebut telah ditolak.Kalau kerajaan yakin dengan tindakannya tersebut ; menghalang ceramah dengan keganasan begitu;Apasal takut sangat nak bincangkan hal tersebut?

  2. mereka pasti berkata mereka berjaya melaakukan provokasi terancang untuk keuntungan mereka.Allah menyimpan hikmah untuk kita yang berjuang menegakkan kebenaran. Carilah hikmah itu dengan serangan terancang. Maju bangsaku dengan melawan Umno..

  3. Polis Malaysia ini ada lah Polis bangsat…mereka hanya berani membelasah orang melayu saja. Mereka amat takut pada orang Cina dan India. Semalam beribu ribu orang India mengadakan tunjuk perasaan di Putra Jaya sambil membawa beratus sepanduk dan memberi ucapan yang berapi…mereka tuntut supaya pehak polis melepaskan 15 buah bas kilang yang ditahan olih pehak polis.Pehak FRU yang hadir tak berani nak menyurai mereka..nyata lah FRU memang pondan..sama lah juga mereka berdepan dengan penternak babi di Melaka.Polis , FRU ni termasuk lah dalam gulungan babi yang berada di Melaka… Insaf lah diri wahai Polis bangsa melayu…jangan jadi babi…

  4. hANYA 2 pihak yang tak marahkan Polis: BARISAN NASIONAL dan BABI. Kalau gabung, jadi BABISAN NASIONAL

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: