Salahuddin serah memorandum kepada Ketua Polis Negara esok

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub akan mengetuai anggota Dewan Pemuda PAS dan pimpinan PAS untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara mengenai anggota Polis menggunakan peluru hidup dalam Insiden di Batu Buruk, sabtu lalu.

Memorandum tersebut akan diserahkan pada 12 September 2007 (Rabu) jam 12.00 tengahari di Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Salahuddin kemuka usul bincang perlantikan Tan Sri Zaki sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub telah mengemukakan usul tergempar dibawah peraturan 18 (1) bagi merundingkan dan membincangkan isu perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi yang penuh kontroversi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Sekira dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, usul tersebut akan dibacakan oleh Salahuddin pada 12 September 2007 jam 11.30 pagi.

Teks penuh usul adalah seperti berikut:

YB Tan Sri Ramli Ngah Talib
Yang Dipertua
Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
50680 Kuala Lumpur

10 SEPTEMBER 2007

YB. Tan Sri

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18 (1)

Saya Salahuddin Hj Ayub (Kubang Kerian) mohon mecadangkan satu usul di bawah peraturan mesyuarat 18(1) dikemukakan bagi Dewan yang Mulia ini membincangkan isu perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi yang penuh kontroversi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Tan Sri Yang diPertua,

Perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan baru–baru ini oleh Kerajaan Malaysia telah menimbulkan banyak persoalan yang boleh menjejaskan kredibiliti, integriti dan reputasi badan kehakiman di dalam Negara kita.

Dalam amalan biasa, saya merujuk kepada amalan penuh berprestij Negara-negara Commonwealth, adalah jarang-jarang dan aneh sifat amalannya melantik seorang peguam secara terus (direct) untuk menjadi hakim di Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi dalam system kehakiman Negara.

Biasanya amalan yang dilaksanakan ialah hakim-hakim mahkamah persekutuan akan melalui proses perlantikan sebagai hakim mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan terlebeh dahulu.

Perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai hakim mahkamah persekutuan juga telah menimbulkan reaksi yang tidak sihat apabila umum mengatahui beliau adalah “a long standing umno’s lawyer” dan memegang jawatan dalam biro-biro parti Umno. Adalah dikhuatiri perlantikan beliau ini akan mengwujudkan satu tren yang kurang baik dalam amalan perlantikan hakim-hakim di Negara ini.

Realitinya, warga perundangan dan kehakiman Negara ini pastinya terkejut dengan perlantikan Tan Sri Zaki ini kerana lebih ramai lagi hakim-hakim yang lebih senior di mahkamah tunggi dan rayuan yang lebih layak dan berpotensi dilantik sebagai hakim-hakim di mahkamah persekutuan.

Saya merasakan wajar usul ini dipertimbangkan oleh dewan yang mulia ini supaya pihak kerajaan dapat memberikan jawapan yang boleh menyakinkan rakyat demi memastikan system kehakiman dan integriti kehakiman kita tidak menjadi satu bahan “mockery” dan runtuh wibawanya pada masa yang akan datang.

Yang Mencadang
SALAHUDDIN HJ AYUB
KUBANG KERIAN

Sidang Dewan Rakyat sesi pagi

Isu keganasan Polis di Batu Burok, Terengganu dan bakar bendera
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencelah ketika Dato’ Raja Ahmad (BN Larut) mencapan ucapan. [11 September 2007]

Kenyataan pemimpin Negara tidak konsisten – Abdul Fatah

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri tidak konsisten dan tidak seragam jawapannya berhubung status Malaysia Negara Islam pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mempertikaikan jawapan yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengenai langkah-langkah untuk mengatasi kebimbangan yang kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak dalam mentafsir Malaysia sebagai negara sekular dan Islam sebagai agama rasmi.

Abdul Fatah sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini menegaskan jawapan yang diberikan telah dirancang oleh pemimpin-pemimpin supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini di negara ini.

Justeru beliau mengharapkan Nazri dapat memberikan jawapan yang lebih konsisten daripada jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri di khalayak ramai.
“Kadang-kadang jawapan yang diberikan di hadapan umat Islam berlainan. Jawapan di hadapan ‘non muslim’ pula berlainan. Seolah-olah jawapan yang diberikan semuanya ‘jawapan takut’,” katanya yang menganggap jawapan yang diberikan untuk menyelamatkan diri.

“Jawapan pemimpin kerajaan tidak konsisten, Program Islam hadhari merupakan satu program semata-mata,” kata di lobi Parlimen.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kesal dengan sikap pemimpin Pas yang masih mempertikaikan penjelasan kerajaan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular atau teokratik.

Beliau berkata, penjelasan bahawa Malaysia adalah negara Islam yang ditadbir berasaskan prinsip Islam dan demokrasi berparlimen serta berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan dibuat berulang kali secara konsisten sama ada di dalam atau luar negara.

“Sama ada ucapan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri, semuanya memberi jawapan sama berhubung status Malaysia.

“Yang tidak konsisten ialah dia (Pas). Di depan masyarakat bukan Islam dia cakap lain, depan orang Islam, dia cakap lain,” katanya menjawab soalan tambahan Abdul Fatah Harun (Pas-Rantau Panjang) yang mendakwa tiada keseragaman jawapan pemimpin kerajaan berhubung status Malaysia itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Malaysia bukan negara sekular – TPM
KUALA LUMPUR 17 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia bukan negara sekular tetapi merupakan sebuah negara Islam dengan takrifnya yang tersendiri.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Malaysia tidak pernah berpegang kepada sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana perlembagaan jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi.

Teruskan membaca