Tragedi Batu Burok: Salahuddin serah memorandum kepada PBB

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Haji Ayub menyerahkan memorandum mengenai Tragedi Batu Burok, Terengganu kepada Wakil PBB adalah Mr. Gunnar Mattsson-Marn.

Salahuddin serah kepada wakil PBB
Mr Gunnar Mattsson-Marn bertugas sebagi Security Adviser for Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam.

Teks penuh memorandum adalah seperti di bawah

MEMORANDUAM ADUAN PENYALAHGUNAAN KUASA POLIS DIRAJA MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN PELURUH HIDUP DALAM INSIDEN DI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU PADA 8 SEPTEMBER 2007

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melihat insiden pada 8 September 2007 di Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu sebagai satu penyalahgunaan kuasa dan telah melanggari hak asasi manusia. Untuk makluman pada malam tersebut diadakan majlis penerangan anjuran Gabungan Tuntutan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH).

Malangnya pihak Polis telah bertindak secara tidak profesional dan mengikut prosuder dalam menyuraikan para hadirin bersempena majlis penerangan tersebut dengan melepaskan pancutan air dan gas pemedih mata serta menangkap orang awam tanpa memberikan amaran. Lagi yang lebih malang sekali apabila Polis menembak menggunakan peluru hidup ke arah orang awam yang tanpa bersenjata.

Dalam insiden tersebut dua orang telah ditembakan oleh Polis yang tidak beruniform, Polis tersebut juga tidak memperkenalkan indentiti mereka. Dua orang awam tersebut adalah Suwandi Abdul Ghani, 37 tahun, yang menembusi paru-parunya, dan seorang lagi, Muhamad Azman Aziz, 21 tahun, telah terkena pada lehernya. Suwandi telah dipindahkan ke Hospital Kubang Kerian (dari Hospital Kuala Terengganu) untuk menerima rawatan lanjut.

Bagi kami tindakan Polis menggunakan peluru hidup sangat keterlaluan, kejam, tidak berperikemanusiaan, dan tidak profesional sama sekali. Dalam pengetahuan kami, seseorang anggota polis tidak boleh sama sekali mengacukan pistol kepada orang ramai dengan niat untuk menakut-nakutkan tanpa ada apa-apa tujuan.

Lebih-lebih lagi menembak secara membabi buta. Kami juga yakin bahawa Polis harus memperkenalkan diri mereka bagi tujuan pencegahan. Bagi kami juga, tindakan tersebut tidak wajar kerana Polis berkenaan sepatutnya melepaskan tembakan amaran terlebih dahulu ke bahagian atas. Sekiranya masih terancam, Polis boleh menembak sasarannya di bahagian bawah (bawah paras pinggang).
Teruskan membaca

Khidmat MP Pendang melampaui kawasan yang diwakili BN

Khidmat Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati bin Othman bukan sekadar dalam kawasannya semata-mata tetapi melampaui kawasan Parlimen yang diwakili BN.

bantu mangsa kebakaran
Beliau turut bersimpati dengan guru-guru dan pelajar mangsa kebakaran Pondok Batu Lima, Bandar Hilir, Sik pada 22 September lalu.

Pada petang 22 September 2007, Ahli Parlimen Pendang bergegas melihat kesan kebakaran tersebut seterusnya menyampaikan sumbangan peribadi dan daripada Lajnah Kebajikan PAS Kedah.

Sebanyak 40 buah podok pelajar yang menuntuk ilmu agama secara sistem pondok dengan membaca kitab tua dan sistem akademik biasa dengan peperiksaan PMR dan SPM habis terbakar hangus tinggal arang dan abu.

Kesedihan jelas terbayang diwajah pelajar lelaki berkenaan dan mereka terpaksa menumpang didalam bilik kelas dengan sehelai sepinggang.

Kebakaran mungkin berpunca dari litar pintas kerana pada bulan ramadhan mereka makan dikantin dan tiada siapa yang memasak.

Tiada kemalangan jiwa kerana kebanyakan pelajar sedang bertadarus disurau sebelum menjelang waktu sahur.

DRr Hayati yang juga Pengerusi lajnah kebajikan PAS Kedah menyeru orangramai yang ingin menyumbang bantuan untuk meringankan beban pelajar dan sekolah buat menghadapi musibah tersebut, boleh disampaikan bantuan kepada melalui Lajnah Kebajikan PAS Kedah bolehlah di masukkan kedalam BIMB 020011010006747, PAS KEDAH, (Lajnah Kebajikan ).

Kedah banjir lagi: MP Pendang ziarah mangsa banjir

Sejak Sabtu lepas , Pendang sekali lagi dilanda banjir, kalau tahun lepas berlaku seleaps aidil fitri, tetapi tahun ini semasa umat islam sedang berpuasa ramadhan.

Banjir di PendangDalam mengharungi puasa Ramadhan, Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman dan ADUN Tokai, Tuan Hj Mohd Taulan Rasul (gambar bawah – atas bot – di depan) menziarahi mangsa banjir yang tidak berpindah dari rumah ke rumah mereka sambil menyampaikan sedikit bantuan juadah berbuka puasa kepada mangsa terlibat.

Walau bagaimanapun banjir pada tahun ini tidaklah seserius pada tahun lepas.

Pendang banjir lagi