Khidmat MP Pendang melampaui kawasan yang diwakili BN

Khidmat Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati bin Othman bukan sekadar dalam kawasannya semata-mata tetapi melampaui kawasan Parlimen yang diwakili BN.

bantu mangsa kebakaran
Beliau turut bersimpati dengan guru-guru dan pelajar mangsa kebakaran Pondok Batu Lima, Bandar Hilir, Sik pada 22 September lalu.

Pada petang 22 September 2007, Ahli Parlimen Pendang bergegas melihat kesan kebakaran tersebut seterusnya menyampaikan sumbangan peribadi dan daripada Lajnah Kebajikan PAS Kedah.

Sebanyak 40 buah podok pelajar yang menuntuk ilmu agama secara sistem pondok dengan membaca kitab tua dan sistem akademik biasa dengan peperiksaan PMR dan SPM habis terbakar hangus tinggal arang dan abu.

Kesedihan jelas terbayang diwajah pelajar lelaki berkenaan dan mereka terpaksa menumpang didalam bilik kelas dengan sehelai sepinggang.

Kebakaran mungkin berpunca dari litar pintas kerana pada bulan ramadhan mereka makan dikantin dan tiada siapa yang memasak.

Tiada kemalangan jiwa kerana kebanyakan pelajar sedang bertadarus disurau sebelum menjelang waktu sahur.

DRr Hayati yang juga Pengerusi lajnah kebajikan PAS Kedah menyeru orangramai yang ingin menyumbang bantuan untuk meringankan beban pelajar dan sekolah buat menghadapi musibah tersebut, boleh disampaikan bantuan kepada melalui Lajnah Kebajikan PAS Kedah bolehlah di masukkan kedalam BIMB 020011010006747, PAS KEDAH, (Lajnah Kebajikan ).

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: